Najib jawab kritikan Tun M Isnin ini - Sumber
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Mei 07, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 07, 2015 16:18 MYT)
KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan kira-kira 160 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara Isnin depan dijangka membincangkan isu utama kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan beliau.
Menurut sumber dalaman UMNO, pertemuan itu sekali gus mencari penyelesaian terbaik untuk membetulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan Najib yang juga presiden parti akhir-akhir ini.
"Semua maklum Najib kini mendapat tekanan selepas dikritik hebat di dalam blog dan di beberapa perjumpaan Dr Mahathir bersama rakyat.
"Ia melibatkan isu kepimpinan, banyak khabar angin terdapat perubahan pada peringkat kepimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat. Najib akan menjelaskan segalanya pada Isnin depan," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sumber berkata demikian ketika mengulas isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan ketiga Ketua Bahagian UMNO tahun ini bersama Najib pada Isnin depan.
Pertemuan sebelum ini dilaporkan tertumpu kepada isu jaminan Najib di dalam siasatan salah laku yang mungkin terjadi di dalam pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA: Nasib Najib bakal ditentukan pada Perhimpunan Agung UMNO - Rahim
BACA: Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Syed Ali
BACA: Beri saya peluang jelaskan kenapa 'serang' Najib - Tun Mahathir
Veteran UMNO, Tan Sri Rahim Tamby Chik sebelum ini dilaporkan berkata, Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada hujung tahun bakal menjadi penentu tempoh Najib kekal menjadi presiden parti, sekali gus perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14 atau sebaliknya.
Katanya, cadangan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak menangguhkan pemilihan parti pada 2016 menguatkan hujahnya terhadap tempoh dan penilaian tahap kemampuan Najib mentadbir negara.
Sementara itu, sumber menjelaskan, Najib juga dijangka membincangkan isu dakwaan pembelian tanah milik 1MDB oleh Tabung Haji seperti yang tersebar di media sosial sejak Rabu.
"Isu pembelian dua plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM772 juta, menggunakan wang pendeposit yang disimpan dalam syarikat berkenaan dan bukannya wang kerajaan akan dibincang dan ia akan dimasukkan di dalam bab perbincangan 1MDB," kata sumber itu.
BACA: Azeez arah pengurusan Tabung Haji jawab isu pembelian tanah 1MDB
BACA: Tun M gagal jelaskan isu sebenar 1MDB - Tun Faisal
Jelas sumber itu lagi, pertemuan itu dijangka turut membincangkan penurunan majoriti pada pilihan raya kecil (PRK) Rompin pada Selasa lepas terutama di kalangan pengundi Felda.
"Jelas kejatuhan majoriti terutama daripada pengundi Felda satu isu yang akan dibincangkan, walaupun menang, penurunan itu memberi sedikit sebanyak kesan kepada parti dan membuktikan ada perkara yang perlu dibaiki," jelasnya.
BACA: PRK Rompin: Kemenangan BN boleh dibanggakan - Hishammuddin
Dalam pada itu, satu sumber daripada Ketua Bahagian UMNO memberitahu, Najib diharap menjawab semua persoalan mengenai isu 1MDB pada Isnin depan.
"Selama ini Najib memberitahu ia masih di dalam siasatan, sampai bila siasatan itu akan selesai dan kami berterusan menerima tempias kritikan masyarakat dalam isu ini?
"Pertemuan Isnin depan diatur beberapa ketua bahagian 'otai' dan mereka meminta Najib memberi penyelesaian terhadap isu 1MDB yang dikatakan menjadi beban kepada parti hari ini.
"Ia juga menjadi platform Najib menjawab kritikan Dr Mahathir terutama mengenai 1MDB dan desas-desus pertukaran pimpinan tertinggi negara dalam masa terdekat," jelasnya.
Bagaimanapun, seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menafikan pertemuan itu diadakan bagi membincangkan isu kepimpinan tertinggi negara, sebaliknya menyifatkannya sebagai perjumpaan biasa presiden dengan ketua bahagian.
"Cuma makan-makan sempena hari ulang tahun UMNO," ujarnya.
Isnin depan juga merupakan ulang tahun ke-69 UMNO.

Untuk perkembangan terkini di jari anda, muat turun aplikasi Astro Awani diApp StoreatauGoogle Playstore.
No comments:
Post a Comment