RMK11: Tidak guna bincangkan sesuatu perkara jika tak mampu biayainya - Hishammuddin
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Mei 20, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 20, 2015 13:58 MYT)
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata perbelanjaan untuk Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) perlulah bersandarkan kepada kemampuan dan keperluan yang sedia ada.
Menurutnya, tiada guna pihak kerajaan membincangkan sesuatu perkara, sekiranya tidak mampu membiayainya kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah.
“Apa jua yang kita miliki mesti tepat dan berhubung kait dengan ancaman yang terpaksa kita hadapi.
“Dan ancaman hari ini mungkin berbeza daripada yang kita hadapi dahulu… kemunculan IS dan sebagainya,” kata Hishammuddin ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.
Bagaimanapun, katanya tidak ada guna jika negara memiliki aset-aset yang canggih sedangkan ancaman yang diterima hanyalah ancaman yang asas.
Beliau mengulas tentang peruntukan RMK11 bagi sektor pertahanan, di mana beliau menekankan tiga prinsip yang perlu disandarkan iaitu kemampuan, tahap ancaman dan pihak-pihak berkepentingan.
“Masa untuk kita membeli aset dengan sewenang-wenangnya tanpa memikir kepada tiga perkara asas tadi telah pun berlalu di bawah kepimpinan saya dalam kementerian ini,” kata Hishammuddin lagi.
Selain itu, beliau juga berharap agar kesemua sasaran akan disesuaikan bersandarkan kepada apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan RMK11 esok di Parlimen jam 11.30 pagi.
Pembentangan pada persidangan Dewan Rakyat itu merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang.

No comments:
Post a Comment