ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 12 May 2015

Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!

Datuk Seri Najib & Rosmah Mansor Bercuti di Perth Australia Menggunakan Duit Rakyat!!
May 12, 2015

Susah sangatkah? Pemimpin yang telah dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk menguruskan kekayaan dan khazanah negara dengan sebaiknya. Adakah sukar pemimpin menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat marhaen? Terbaru Datuk Seri Najib bercuti ke Australia menggunakan duit anda semua, duit pembayar (wang rakyat). Apa dah jadi ni? 

Kami faham, jikalau tujuan ke luar negara untuk urusan rasmi negara. Tetapi, kalau nak pergi bercuti pun ke luar negara pun nak naik jet peribadi yang kosnya ditanggung oleh kerajaan (duit rakyat Malaysia), memang tidak patut. Isu besar dan sangat salah jika percutian itu dibayar oleh pembayar cukai.

Sekarang ini pesawat MAS bagi kelas perniagaan hanya memiliki sekitar 20 kerusi, selebihnya adalah kelas ekonomi. Jikalau pemimpin mahukan privasi sangat, boleh menempah keseluruhan kelas perniagaan. “Asalkan pakai duit sendiri” apabila melibatkan urusan persendirian.

Perdana Menteri dari sebuah negara maju seperti Britain pun boleh naik pesawat awam, dengan hanya menaiki kelas perniagaan sahaja. Tidak sedikit pun David Cameron (1st world leader) mengambil kesempatan dengan kedudukan yang beliau miliki sehingga sanggup menggunakan hak dan duit rakyat untuk menggunakan VIP Lounge pun.

Ikutlah contoh yang baik. Rakyat juga yang senang nanti. Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri

Najib pada 3 Sepetember 2011 dari Berita Harian mengatakan beliau pergi ke Perth, Australia disebabkan lawatan rasmi.

Walaubagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri mengatakan Datuk Seri Najib Razak pergi Perth, Australia pada Hari Merdeka, 31 Ogos  2011 untuk membuat rawatan fisiotheraphy melibatkan lutut beliau.

Sebelum itu, setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Razak, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad mengatakan Perdana Menteri sedang bercuti pada masa itu tanpa mendedahkan lokasinya di mana.

Dan…yang paling terbaru, jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengenai isu ini :
  • Kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bercuti di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
  • Kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat
  • Kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara
  • Pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri
  • Kapal terbang Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) itu adalah dimiliki sepenuhnya oleh badan pelaburan kerajaan persekutuan Khazanah Nasional Bhd.

Tags:

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...