ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 12 May 2015

1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak Terengganu !!

Subhanallah .... 1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak Terengganu !! ?

Tuesday, May 12, 2015

GEMPAK bila mantan MB Terengganu MatSaid buat comeback setelah lama menyepi. Bercakap disidang DUN Terengganu tadi -

Syarikat di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) didakwa pernah hendak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, urus niaga pelaburan itu hendak dilaksanakan ketika 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, pelaburan itu terpaksa ditarik balik berikutan pelbagai masalah yang timbul.

“..... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri. - SINAR.

OK, perkara tidak berlaku .... Syukur  Alhamdulillah ! TAHNIAH kepada MatSaid kerana berani menolak cadangan 1MDB dulu dan kini berani mendedahkan satu cubaan KHIANAT oleh 1MDB satu ketika dulu.

Mulanya saya nak mencarut memaki 1MDB terutamanya orang yang tergamak berani mahu memperjudikan khazanah bumi Malaysia demi memuaskan nafsu serakah peribadi ! Tak kiralah siapapun orang itu ..... tapi sempat saya mengingatkan diri supaya sabar, takut admin tak lepaskan artikel ini. ( eh, sayalah admin ! )

Tapi memang menyirap darah baca ........ BALDI  HELL !

Bayangkan jika tuntutan gila itu dituruti dulu ...... saja2 je minyak disedut keluar dari bumi kita untuk entah berapa puluh tahun dan kita sebagai rakyat hanya melopong .... sebab semuanya terpaksa digunakan buat bayar hutang !

Gila !

Sebab minyak tak dapat, maka 1MDB rela meminjam dengan faedah yang tinggi ? Dan kerajaan pula rela bagi tanah dikawasan utama KL dengan harga yang ciput ....  dan sekarang tanah itu terpaksa dijual sedikit demi sedikit sebab nak bayar hutang  ... 

Apalah agaknya rupa cadangan cagaran minyak Terengganu itu  ? Jangan lupa, waktu awal 1MDB ni, Jho Low dikatakan aktif .... walaupun dinafikan penglibatannya oleh 1MDB dan Najib.

Apakah kerajaan ( sebab kerajaan merupakan pemilik penuh 1MDB ) setuju dengan cadangan seperti ini ?

Patutlah semuanya main SENYAP-SENYAP .... Kabinet tahu tak ? Najib tahu tak ? Eh, mestilah Najib tahu sebab  “..... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri."

Apalagi KES-KES LAIN yang disebut oleh Matsaid di atas ?

Subhanallah ...... apa nak jadi dengan Najib dan 1MDB ni ? 

PS - Mohon Matsaid dapat berikan penjelasan yang lebih lanjut. Rakyat berhak tahu cerita sepenuhnya. Jangan risau, blogger2 pro Umno takkan serang Matsaid. Mereka sokong kuat Matsaid ... kan ?



No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...