ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 22 January 2015

ULAMA MUKTABAR DUNIA MENGAKUI MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA ISLAM.

Ulama Muktabar Dunia Akui Malaysia Negara Islam: Ulama PAS bagaimana pula ??

Kuala Terengganu -- Pada bulan Julai lalu, satu pertemuan ulama-ulama
muktabar dunia telah diadakan di Malaysia dan mereka sepakat mengatakan
Malaysia sebuah negara Islam.

Berikut adalah pendapat ulama-ulama Islam tentang konsep negara Islam:

1. Syeikh Muhammad Abu Zuhrah
"Negara Islam (Darul Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa
pemerintah Islam, dalam mana kekuatan dan pertahannya berada di tangan
umat Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap muslim."

2. Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi)
"Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana
orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya."

3. Imam Al-Fahistani
"Negara Islam ialah negara yang hukum pemerintah Islam berkuatkuasa ke
atasnya."

4. Imam Syafie berkata, mana-mana negara yang pernah menjadi negara Islam,
status ini tidak akan hilang menurut hukum fiqh Islam, sekalipun umat
Islam telah dikalahkan di negara berkenaan.

Ini bermakna bahawa republik-republik Islam yang berada di bawah
pemerintahan komunis dan juga kuasa-kuasa lain hari ini adalah dianggap
sebagap sebagai negara Islam yang dijajah dan menjadi kewajipan umat Islam
membebaskannya apabila mereka mampu (Ali Mansur, 1965, 129).

Jika diteliti pendapat ulama-ulama muktabar di atas, jelas sekali Malaysia
negara Islam kerana ia dipimpin dan diperintah oleh orang Islam.

Manakala umat Islam pula hidup aman damai di dalamnya (kecuali
dihuru-harakan oleh sebilangan kecil puak-puak Pas).

Abu Yaala, ulama dari mazhab Hambali dan Al-Mawardi, ulama terkemuka
mazhab Syafie telah menggariskan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab
sesebuah pemerintahan Islam dalam buku yang berjudul A-Ahkam
As-Sultaniah.

Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga
kepentingan agama dan mentadbir urusan negara serta umat.

Al-Mawardi menghuraikan secara terperinci tugas-tugas yang perlu dilakukan
oleh pemerintah Islam seperti berikut:

1. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang
boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak
oleh ulama yang berdasarkan Quran dan Sunnah.

2. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan
tugas-tugas pemerintahan. Menurut Al-Mawardi, "harus melantik orang kafir
yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan
dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiiz).\" (1996,
27).

Mengenai perlantikan wanita sebagai menteri dan jawatan-jawatan awam yang
lain, para ulama mempunyai pendapat yang berbeza. Sebahagian ulama seperti
Al-Mawardi berpendapat tidak harus, manakala sebahagian yang lain seperti
Imam Abu Hanifah dan Ibnu Jarir At-Tabari berpendapat harus melantik
wanita memegang jawatan-jawatan awam kecuali jawatan tertinggi sebagai
ketua negara.

Manakala Dr Ibrahim Abdul Hamid dari Universiti Al-Azhar dalam kajiannya
Nizamul Qada' Fil Islam, menyokong pendapat Imam Abu Hanifah dan Ibnu
Jarir At-Tabari kerana tiada sebarang dalil yang kukuh melarangnya.

Bahkan dalam sejarah Islam, terdapat contoh-contoh wanita dilantik
memegang jawatan awam, antaranya Saidina Umar pernah melantik Assyifa'
sebagai ketua perbendaharaan.

3. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari
pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

4. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan
menegakkan keadilan.

5. Mendirikan sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Hari
Raya, dengan membina masjid-masjid dan melantik iman-iman.

Al-Qadi Abu Yaala mengkelaskan masjid kepada dunia jenis iaitu Masjid
Sultan yakni masjid yang terletak di bawah kuasa pemerintah dan Masjid Am
iaitu masjid persendirian.

Bagi masjid sultan, kuasa melantik imam adalah menjadi hak pemerintah.
Dengan itu, tidak harus menjadi imam di masjid sultan melainkan orang yang
dilantik oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan melantik imam, maka dialah yang
berhak menjadi imam sembahyang, sekalipun ada orang lain yang lebih afdal
dan alim daripadanya.

Malah menurut Abu Yaala, "sekiranya imam rasmi telah selesai menunaikan
sembahyang berjemaah, tidak harus bagi orang lain mendirikan sembahyang
jemaah kerana ditakuti perbuatan tersebut dianggap sebagai bentuk
tentangan terhadap kuasa pemerintah".

Pendapat ini juga adalah pendapat Imam-imam Syafie, Maliki dan Hanafi.

6. Mengendalikan urusan ibadat mengerjakan Haji.

7. Mengendalikan urusan pungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan
amil dan sebagainya.

8. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

9. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah.

10. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan
urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan
bersenjata.

11. Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan
hukuman yang sesuai sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumannya oleh
syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan
sebagainya). Atau taazir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada
pemerintah menentukan bentuk hukumannya).

12. Melaksanakan tugas hisbab yang dalam konteks negara moden dikenali
dengan sebahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan mempastikan supada
adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang
diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

Dalam konteks Malaysia, kecuali beberapa perkara yang digariskan oleh
Al-Mawardi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, boleh dikatakan
keseluruhan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sebuah negara Islam telah
pun dilaksanakan.
Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan namun proses
memperbaiki dan menyempurnakannya dilaksanakan secara berterusan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...