ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 22 January 2015

KETAKSUBAN

Saturday, March 24, 2012

Masalah besar dengan segelintir umat Islam ialah gemar menyalahtafsir ajaran Islam mengikut selera sendiri kemudian mudah taksub pada fahaman atau ideologi yang mendakwa dirinya lebih Islamik berbanding orang lain.

Dek kerana adanya sesetengah kalangan kita yang gagal memanfaatkan akal fikiran anugerah Allah s.w.t maka mudahlah jarum-jarum hasutan menusuk masuk mempengaruhi tindakan yang kerapkali melampau had-had batasan yang dianjurkan oleh Islam.

Apabila kita membaca bait demi bait kenyataan dari Yazid Sufaat, bekas tahanan ISA yang dikaitkan dengan serangan 9/11, tidak sukar untuk kita meletakkan dirinya ke dalam kelompok yang suka menyalahtafsir ajaran Islam & taksub pada ideologi yang songsang.

Menurut beliau, tindakan militan yang didakwa membawa nama buruk kepada Islam sebenarnya melakukan kerja "pemasaran" apabila jumlah yang memeluk Islam semakin ramai".

"Niat mereka adalah suci. Apa yang mereka lakukan adalah satu ibadat, dan mereka mungkin melakukan kesilapan di sana sini, tetapi iman mereka, kepercayaan mereka terhadap keesaan Allah adalah benar".
- Yazid Sufaat, FreeMalaysiaKini, 21 Mac 2012 -

Ramai kalangan kita yang mengurut dada dan termenung seketika selepas membaca kenyataan di atas, sebabnya mudah, sekilas pandang pun sudah tampak betapa melencongnya fahaman yang dipegang oleh bekas tahanan ISA itu.

Dalam hal ini Yazid tidak keseorangan sebenarnya. Tidak sedikit orang Islam yang mengalaminya. Banyak kes yang boleh dijadikan sempadan & pengajaran disebabkan ketaksuban pada fahaman yang songsang.
Misalnya peristiwa rompakan senjata di dua Kem Tentera (302 AW & 304 AW) di Grik, Perak pada 2 Julai 2000 yang dilakukan oleh sekumpulan pengganas dari kumpulan Al-Maunah & kejadian berdarah di Memali, Kedah.

Kedua-dua peristiwa tersebut bertitik tolak dari silap kefahaman pada ajaran Islam, pendek akal & taksub pada kepercayaan yang ditanam oleh ketua mereka kononnya kerajaan yang memerintah adalah anti Islam & kafir, kemudian ianya menjadi motivasi yang menggerakkan mereka untuk mendekati penyelesaian secara kekerasan & melampaui batasan agama.

Dalam Al-Quran ada dinyatakan panduan yang menganjurkan umat Islam supaya bersederhana dan tidak bertindak secara melampau batas, antaranya;-

Surah Al-A'raf, ayat 31 maksudnya;
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas".

Surah Al-A'raf, ayat 55 maksudnya;
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas".

Malah dalam kitab tulisan Al-Imam Ibnu al-Qayyim (Madarij al-Salikin) juga ada menerangkan peri pentingnya berhati-hati dengan hasutan syaitan yang kerap berselindung disebalik perkara yang baik tapi sebenarnya mendorong kepada wujudnya tindakan yang melanggar batasan.

“Sebahagian ulama salaf berkata: "Apa yang diperintahkan oleh Allah, pasti syaitan akan mengganggu dengan dua tarikan; sama ada ke arah pengabaian ataupun ke arah berlebihan. Syaitan menganggap mana-mana daripada dua perkara ini sebagai kejayaan, iaitu pertambahan atau pengurangan".

Samada Yazid, Al-Maunah mahupun peristiwa berdarah Memali, mereka berkongsi satu persamaan yang jelas & titik temu yang setara antara satu dengan yang lain. Taksub pada pemahaman yang salah, singkat akalnya & cenderung menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat yang mereka yakini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Walhal apa saja seruan yang baik, tujuan & matlamat yang bermanfaat jika caranya menggunakan kaedah yang mendatangkan mudarat maka penghujungnya hanya mengundang nama busuk pada kesucian agama Islam itu sendiri.

Surah Al-Baqarah, ayat 44 maksudnya;
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...