LAFAZ sumpah laknat yang dilakukan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan lebih bermakna jika pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China difailkan di Mahkamah Syariah.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh Shazryl Eskay hanya bertujuan untuk mendapatkan keyakinan rakyat terhadap pertuduhannya ke atas Anwar.
“Sumpah itu tidak akan membawa sebarang makna jika pertuduhan tidak dibawa ke Mahkamah Syariah.
“Sepatutnya isu ini difailkan ke Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum sebarang sumpah dilakukan.
Selepas difailkan di Mahkamah Syariah, ia akan memudahkan perbicaraan dengan kedua-dua belah pihak akan bersumpah untuk membuktikan siapa yang benar dalam hal tersebut dengan disaksikan hakim,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, Isnin.
Beliau mengulas saranan beberapa ahli ulama yang mahu Anwar bersumpah bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio ‘Datuk T’ sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai warga China.
Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, sumpah laknat yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu juga tidak ada dalam syariat Islam.
“Bagaimanapun, jika mana-mana pihak ingin mengetahui kebenarannya, maka sebaiknya perkara tersebut difailkan ke Mahkamah Syariah dan biar mahkamah yang tentukan adakah Anwar patut bersumpah atau tidak.
“Jika kita desak Anwar bersumpah sekarang pun tidak ada gunanya kerana tiada sebarang desakan undang-undang yang boleh mendesak beliau berbuat demikian,” katanya.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Saranan Tan Sri Harussani ini memang baik dan berperaturan mengikut syariat Islam jika Anwar Ibrahim itu mahu dengar kata atau menerima nasihat para ulama.
Oleh kerana perlakuan zina yang didakwa umum dilakukan Anwar sebagaimana terdapat dalam video seks yang kini tersebar melalui blog-blog tertentu, maka sewajarnya ada pihak yang tampil membuat aduan ke mahkamah syariah.
Seelok-eloknya aduan tersebut dilakukan oleh para ilmuan agama atau ulama seperti para mufti atau siapa jua yang berpendidikan tinggi dalam agama Islam.
Mahukah Anwar bersumpah di hadapan hakim mahkamah syariah kalau kes berkenaan diadukan seperti yang dicadangkan itu?
Setahu rakyat, dalam kes liwat beliau dengan Saiful Bukhari, Anwar sendiri telah mendakwa penuduh di mahkamah syariah, tapi hingga kini tidak pun Anwar bersumpah laknat sedangkan Saiful telah melakukannya walaupun tidak di hadapan hakim mahkamah syariah.
Apapun, kalau Anwar ikut undang-undang dan peraturan syariah, dah lama masalah peribadinya itu selesai. Tidak akan berlaku anak-anak Muda Melayu bertindak kurang ajar di dalam rung solat masjid kerana mahu membela Anwar bin Ibrahim.
Segalanya berlaku disebabkan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.
Read more: http://sa-melayu.blogspot.com/2011/05/isu-video-seks-failkan-kes-anwar-ke.html#ixzz3PjrpnW00
No comments:
Post a Comment