ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 8 January 2015

AJARAN SESAT 4

Satu lagi cabang hukum bagi agama Islam adalah Hadis dan Sunnah yang diambil dari kata-kata Rasullah yang telah diriwayatkan oleh keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya. Oleh itu harus juga kita lihat dan selidiki apa yang terkandung didalamnya dalam aspek memperkatakan tentang ajaran-ajaran sesat ini. Bersesuaian dengan saranan Nabi kita Muhammad saw supaya sentiasa berpengang kepada al Quran dan al Sunnah dalam menentukan apa juga hukum mahu pun perjalanan hidup kita. Rasullah telah berpesan, di riwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ahmad bin Muhammad al Hambal dari al Irbad bin Sayriah Rasullah bersabda yang maksudnya :

" Setelah selesai solat bersama kami, Rasullah pun menyampaikan pesanan kepada kami hingga kami menitiskan air mata, kata seorang sahabat yang lain, seumpama ini adalah nasihatnya yang terakhir. Kata Nabi, Aku berpesan kepada kamu sekelian supaya taatlah kamu kepada pemimpin yang adil walaupun dia dari golongan hamba sekali pun. Sesiapa diantara kamu yang hidup lama akan dapat melihat perpecahan dan perselisihan dalam Islam. Pada masa itu hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku yang berada dibawah nauangan Allah. Kamu gigit ia dengan kuat dan jauhilah oleh mu akan pekara baru. Kerana setiap pekara baru itu adalah bidaah dan sesat ".

Oleh itu kita telah ketahui bahawa perpecahan serta perselisihan faham telah pun dikatahui Rasullah saw dahulu lagi semasa beliau masih hidup. Maka Rasullah pun berpesan agar kita kembali merujuk kepada hadis iaitu sunnahnya atau sunnah sahabat iaitu digelar juga Khulafah al Rasiddin iaitu Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Inilah punca perpecahan dan perselisihan faham dikalangan umat Islam dahulu hinggalah sekarang apabila tidak merujuk kepada al Quran, hadis dan sunnah. Rasullah sendiri telah memberi beberapa contoh sebab perpecahan dikalangan umat Islam iaitu apabila :

1) Mereka tidak mengikuti ajaran Kitab Allah;

Dari al Darimi dari Yahya bin Ja'da berkata Rasullah saw yang maksudnya " Sesuatu Kaum itu akan tersesat apabila mereka berpaling dari ajaran Nabi mereka kepada ajaran yang bukan dari kalangan Nabi dari mereka atau bukan dari kitab suci mereka. Kemudian Allah menurunkan wahyuNya yang bermaksud 'Perlukah mereka memohon mukjizat yang lain' (tidakkah cukup alQuran itu sebagai mukjizat bagi Nabi sebagai bukti kebenarannya ? )".

2) Mereka selalu berdebat dan membantah arahan;

Dari Ibnu Maajah dari Abu Ummah berkata Rasullah saw yang bermaksud " Tidak tersesat suatu kaum selepas mereka mendapat petunjuk melainkan mereka diberi kepandaian berdebat dan membantah, sedangkan mereka membaca ayat-ayat suci yang menyatakan 'bahkan mereka itu adalah dari kaum yang banyak sekali bantahannya' ".

3) Mereka yang mengikut jejak langkah kaum Yahudi dan Nasrani;

Dari at Tarmizi dari Adi al Hatim berkata Rasullah saw yang maksudnya " Kaum Yahudi adalah kaum yang dimurkai Allah manakala kaum Nasrani pula adalah kaum yang sesat "

4) Mereka yang mendakwa dirinya sebagai nabi;

Dari at Tarmizi dari Tawban berkata Rasullah saw yang maksudnya " Tiada akan berlaku hari Kiamat sehingga ada kumpulan umatku yang mengikut kafir musrikin sehingga menyembah berhala dan akan lahir juga dari umatku 30 orang pembohong yang mendakwa dirinya nabi sedangkan aku adalah penutup segala Nabi-nabi dan tidak akan ada lagi Nabi selepas ku".

5) Orang muda yang suka mengeluarkan dalil-dalil dari al Quran;

Dari Abu Daud dari Saidina Ali kwh berkata Rasullah saw yang maksudnya " di akhir zaman akan keluar anak-anak muda yang berfahaman sesat yang suka mempersenda ayat-ayat al Quran yang dibawa oleh ku sedang Iman (guru) mereka tidak berkata begitu. Apabila kamu bertemu dengan golongan ini maka perangi mereka (habis-habisan) kerana Allah telah menyediakan ganjaram (pahala yang besar dihari kiamat) kepada sesiapa yang berjaya membunuh mereka".

6) Mereka yang berfahaman Murjiah dan Kadariah;

Daropada at Tarmizi dari Ibnu Abbas ra berkata Rasullah saw yang bermaksud " Ada dua golongan umatku yang pada hakikatnya tiada kaitan langsung dengan agama Islam iaitu kaum Murjiah dan kaum Kadariah ".

7) Mereka yang membiarkan kezaliman tampa pencegahan;

Dari at Tarmizi dari Saidina Abu Bakar as Sidiq berkata Rasullah saw yang bermaksud " Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu.. orang-orang yang sesat tiada akan mendatangkan kemuduratan kepadamu apabila kamu mendapat petunjuk "... dan Rasullah menambah lagi "Sesungguhnya manusia yang melihat kezaliman tetapi tidak pula menghalangnya, hampir saja Allah menimpakan azab seksaNya keatas mereka (ketika itu juga)".

8) Pemerintah yang ingkar melaksanakan hukum Allah.

Telah berlaku satu peristiwa dimana seorang dari kaum kenamaan Qurais ditangkap kerana mencuri, kemudian para pembesar Qurais memohon supaya ia dilepaskan dari hukuman tersebut dari Rasullah sedangkan mereka sendiri tidak berani bertemu Baginda, lalu mereka meminta pertolongan Osman bin Zaid (anak angkat Rasullah). Lalu Osman pun pergi bertemu Baginda dan menyatakan permintaan mereka itu. Baginda tersangat murka dan berkata "Adakah kamu (bersubahat) meminta safaat atas Hukum Hudud Allah ?". Kemudian Baginda berdiri lalu menyampaikan Khutbahnya " Wahai seklian manusia, sesungguhnya umat terduhulu sebelum kamu telah sesat kerana apabila orang mulia membuat jenayah mereka biarkan saja, sedangkan jika orang yang lemah (kebanyakan) membuat jenayah mereka Hukum Hudud keatas mereka. Demi Allah jika anakku sendiri (Saidatinah Fatimah) mencuri, aku sendiri akan memotong tangannya ".

9) Mereka yang bertuhankan hawa nafsu;

Dari Abu Daud dari Imam Ahmad bin Hambal daripada Muawiyah, bersabda Rasullah saw yang maksudnya "Sesungguhnya pengikut dua Kitab (Taurad dan Injil) sudah berpecah belah kepada beberapa golongan (Yahudi berpecah kepada 71 dan Nasrani berpecah kepada 72). Umat Islam kelak akan berpecah kepada 73 golongan iaitu 'al-hawa' (golongan yang mengikut hawa nafsu). Semuanya masuk neraka kecuali satu iaitu al Jamaah (ASWJ). Akan lahir dari kalangan umatku golongan yang diikuti hawa nafsu (Syaitan dan Iblis) seperti kawanan anjing yang berkejaran. Tiada urat nadi yang tidak dimasukinya (Syaitan dan Iblis itu). Demi Allah, wahai kaum Arab ! Jika kamu tidak menegakkan ajaran ku (Agama Islam), sudah pasti bangsa lain tidak akan mampu menegakkannya ".


KETERANGAN

Daripada kedua-dua sumber utama pegangan ASWJ dalam ajaran Islam iaitu Al Quran dan Hadis diatas dapatlah kita fahami bahawa ajaran-ajaran sesat telah pun dikesan sejak dahulu lagi malahan pekara ini telah dihuraikan oleh kedua-dua sumber ini dengan jelas sekali. Terlampau banyak ayat-ayat al Quran dan Hadis untuk dijadikan contoh, tetapi kita hanya dapat mendedahkan sebahagiannya sahaja. Apa juga setuasi yang berlaku sekarang dikalangan umat Islam di Malaysia khasnya juga pernah berlaku dizaman Rasullah saw dahulu. Cuma pemegang wataknya saja yang berbeza walhal ceritanya seperti diulang tayang saja. Tidakkah mereka sedar akan pekara ini ? Sebenarnya yang paling penting untuk semua umat Islam adalah Ilmu pengatahuan agama yang mantap. Kemudian rajin untuk membaca terjemahan al Quran dan Hadis supaya dapat mengambil ektibar dari kedua-dua sumber ini yang telah memuatkan segala sumber Ilmu yang luas. Ia adalah pelindung dari dakyah-dakyah songsang dan sesat golongan-golon

gruvsoul:
Aku de jumpe sorang mamat ni.
Time tu aku ngan member aku.

Die cam promote mende2 pasal tarikat ni..
pahtu die cakap, die ada kunci utk 'membuka' mende tu..
aku dgr pn dh macam citer dragon ball..

one:
Quote from: gruvsoul on May 05, 2010, 11:19:20 AM

Aku de jumpe sorang mamat ni.
Time tu aku ngan member aku.

Die cam promote mende2 pasal tarikat ni..
pahtu die cakap, die ada kunci utk 'membuka' mende tu..
aku dgr pn dh macam citer dragon ball..



Pasal tarikat2 tasawwuf ni agak susah nak xplain takut nanti lain yg dimaksudkan lain plak yg org faham..
Cuba baca link ni http://kubranewszamany.blogspot.com/2010_01_01_archive.html
ada 4 episod.. baca semua.. termasuk komen2.. semoga kita mendapat pencerahan sedikit mengenai peranan musuh kita yg paling nyata (iblis).. sebelum mendekatkan diri dengan mana2 tarikat tasawwuf

“sesiapa yang bertasawwuf tanpa fiqh, maka sesungguhnya dia menjadi zindiq, sesiapa yang mengamalkan fiqh tanpa tasawwuf maka sesungguhnya dia menjadi fasiq, sesiapa yang menghimpunkan antara kedua-duanya maka sesungguhnya dia telah mencapai hakikat” - IMAM MALIK

gruvsoul:
Mamat ni cakap mcmni..
"Kalau sekadar ikut quran, confirm ke masuk syurga?
Ada ilmu yang x diterangkan dalam quran. Dan ilmu2 ini diturunkan dari rasulullah s.a.w, kpd, para sahabat, kpd tabiin, kpd tabi' tabiin...dan dari keturunan tu ilmu diturunkan..
Ilmu itu memang ada dalam diri kita, tapi perlukan kunci utk membukanya.... macammana kalau aku boleh pertemukan korang dengan 'kunci' ilmu tersebut?"

Aku : "ah, al quran & al hadis xcomplete ke?"

Dia : "Complete wallahualam, tp memang xcukup utk masuk syurga"

Pastu die cakap, umat islam sekarang xde sorang pn yang masuk syurga. ish ish ish...
Habis air malta aku minum, aku pn blah trus.

one:
Hmmmmm..

kita hanya boleh bgtau sifat2 ahli syurga dan neraka berdasarkan al-quran dan Hadith..
Syurga dan neraka hak Allah bukan kita utk tentukan..



disaat akhir kewafatan baginda rasulullah pun baginda masih bimbangkan umatnya, mana mungkin baginda tidak mengistiharkan "kunci" ilmu tersebut utk menyelamatkan ummatnya.. (pendapat aje)

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...