panas!!!!Rakyat Mahu Tahu Hasil Siasatan Pemilikan Saham Luar Biasa Azmin-Shamsidar
04-04-2012, 08:06 PM
Post: #1
| |
panas!!!!Rakyat Mahu Tahu Hasil Siasatan Pemilikan Saham Luar Biasa Azmin-Shamsidar >> wangolds.com
Rakyat Mahu Tahu Hasil Siasatan Pemilikan Saham Luar Biasa Azmin-Shamsidar
AIDCNews – 4/03/12 – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sekali lagi tampil menggesa pihak kerajaan mengumumkan hasil siasatan pembelian dan pemilikan saham ‘luar biasa’ Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Taharin sekitar tahun 1992-1994. Anuar pernah laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009 berkata pemilikan saham Azmin-Shamsidar sekitar tahun 1992-1994 tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya Azmin sebagai pegawai kerajaan yang hanya menerima gaji sekitar RM3,000 sebulan. Anuar seperti dilaporkan Utusan Malaysia mengemukakan bukti tiga keping dokumen pembelian saham kepunyaan Shamsidar yang menggunakan alamat di No. 13, Jalan H-1, Fasa 5, Taman Melawati, Kuala Lumpur yang melabur di tiga buah syarikat iaitu Multi Purpose, FEHS dan Kemayan Oil Palm Berhad. “Di syarikat Multi Purpose Holding Berhad (MPHB), Shamsidar telah mendapat keuntungan sebanyak RM21,731 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker TA Securities Sdn. Bhd.) selepas membeli 10,000 lot saham dengan harga RM2.17 sen untuk satu lot. “Pelaburan saham di syarikat FEHS pula, Shamsidar mendapat keuntungan sebanyak RM280,000 (setelah ditolak kos perkhidmatan broker Rashid Hussain Securities Sdn. Bhd.) selepas membeli 100,000 lot saham bernilai RM2.80 sen satu lot. “Hasil pembelian saham di Kemayan Oil Palm Berhad, Shamsidar memasukkan keuntungan RM250,003 ke akaunnya, soalnya dari mana Shamsidar dan Azmin dapat duit sebanyak itu? Ini yang Azmin kena jawab,” katanya. Sekitar tahun 1992-1994, Azmin adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Malaysia. “Kita mahu tahu dari mana Azmin dan isterinya memperoleh wang sampingan? Apakah pembelian dan pemilikan saham ini mempunyai kaitan dengan Anwar kerana Azmin bertindak sebagai Setiausaha Sulit Kewangan pada ketika itu,” katanya lagi. |
No comments:
Post a Comment