Faktor Anwar Tersungkur, Warkah Keramat Berusia 16 Tahun Meletup Kembali
AIDCNews – 22/12/10 – Sepucuk warkah yang berusia 12 tahun 7 bulan bertajuk “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda, adik Azmin Ali pada 5 Ogos 1997 ditujukan kepada Yang Amat Berhomat, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia meletup kembali di internet sejak beberapa minggu yang lalu.
Meskipun warkah setebal 19 muka surat nampak usang hingga klip kertasnya pun berkarat, namun isi kandungan warkah itu menjadi faktor utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di puncak kuasa dalam kerajaan tersungkur dan terlucut jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Penulis warkah itu bernama Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada Azmin Ali (sekarang Timbalan Presiden PKR). Warkah itu ditulis dengan sokongan keempat-empat kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda (kecuali Azmin Ali) iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.
Ketika warkah itu ditulis, Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Warkah itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana membabitkan moral penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Azmin Ali. Isteri Azmin bernama Shamshida Taharin, manakala pemandu peribadinya, bernama Azizan Abu Bakar yang sebelum ini pernah menjadi pemandu peribadi isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab, walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis, demi menyelamatkan abang saya, iaitu Mohamed Azmin Ali dari terus teraniaya, maka kami adik beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak”, kata Ummi Hafilda dalam warkah itu.
Warkah itu mencatatkan Shamshida Taharin, ipar mereka mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar. Perkara ini disahkan oleh Aton, pembantu rumah Azmin. Aton memberitahu, Datuk Seri Anwar akan menelefon Shamshida antara jam 6.30 petang, 8.30 malam dan kadang kala 12 tengah malam, ketika Azmin sedang nyenyak tidur, mereka berbual secara sembunyi-sembunyi di antara setengah jam hingga satu setengah jam.
Pengesahan Azizan Abu Bakar, 12 Jun 1997
Hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida turut disahkan oleh pemandu peribadi Shamshida sendiri, iaitu Azizan Abu Bakar.
Pada 12 Jun 1997, Azizan telah datang ke pejabat Ummi Hafilda mengesahkan hubungan sulit tersebut. Perbualan selama dua jam setengah itu, membongkar modus operandi hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida yang melibatkan orang perantaraan Anwar, Dato Nallakarupan.
Menurut Azizan, kebiasaannya, setiap kali pertemuan majikannya (Shamshida) dengan Datuk Seri Anwar, beliau akan membawa isteri Azmin Ali itu ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan Datuk Seri Anwar akan datang menjemputnya dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla. Mereka akan pergi ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam. Waktunya kira-kira jam 5.30 petang dan pada kebiasaannya hari Rabu.
Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Bukti Pertemuan Anwar – Shamshida, 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin)
Pada tarikh itu, Azizan menelefon Ummi Hafilda, membocorkan maklumat mengenai pertemuan sulit majikannya. Ummi kemudian menelefon abangnya, Mohd Azman Ali untuk turut serta menyaksikan kecurangan ipar mereka. Ummi juga turut membawa rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis.
Sesampainya, di Bangsar Shopping Complex, apa yang diperkatakan oleh Azizan Abu Bakar benar-benar berlaku. Sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37 kepunyaan Dato Nalla datang menjemput Shamsida kira-kira jam 5.30 petang dan mereka menuju ke Tivolli Villa.
Azizan yang ditugaskan menunggu majikan di Bangsar Shopping Complex itu turut menyertai Ummi Hafilda, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis mengekori kereta Daimler WBV 37 ke Tivoli Villa itu.
Sesampai di Tivoli Villa, Ummi Hafilda meminta bantuan kawannya, Puan Normala yang tinggal di kondominium mewah itu untuk mendapat kebenaran masuk.
Kira-kira jam 7.40 malam, kelihatan kereta Daimler Dato Nalla itu kelihatan keluar semula dari Tivolli Villa dan menghantar Shamshida ke Bangsar Shopping Complex, di mana Azizan telah siap sedia menunggunya.
Polis peribadi Anwar telefon Ummi Hafilda, 10 Julai 1997
Selepas kejadian 30 Jun 1997, tersebar surat layang bertajuk “Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim” [klik di sini] kepada beberapa pihak, termasuk Datin Seri Wan Azizah, polis pengiring Datuk Seri Anwar telah menelefon Ummi Hafilda pada 10 Julai 1997, jam 8.15 malam. Klik di sini
Polis pengiring Datuk Seri Anwar bernama Zul Aznam itu meminta Ummi Hafilda menutup kes ini dan tidak menceritakan kes tersebut kepada sesiapa pun, termasuk kepada kedua ibu bapanya.
Beliau juga memberi amaran kepada Ummi Hafilda bahawa Datuk Seri Anwar merupakan tokoh yang amat penting dan berkuasa di negara ini.
Datuk Seri Anwar Telefon Azizan Abu Bakar, 13 Julai 1997
Datuk Seri Anwar sendiri turut menelefon Azizan Abu Bakar pada 13 Julai 1997 dan meminta kerjasama Azizan menafikan segala pertuduhan dalam surat layang tersebut (“Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim”).
Menurut Anwar, Azmin sendiri akan datang bersemuka berbincang dengan Azizan.
Homoseksual : Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar
Dalam warkah itu juga turut dilampirkan Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar sekitar tahun 1992, di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa, ketika beliau menjadi pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya tertekan. Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti (bekerja sebagai pemandu Dr Wan Azizah) dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Ibrahim”, Kata Azizan.
Pengakuan bersumpah itu dibuat pada 5 Ogos 1997.
Menurut Azizan lagi, salah seorang lagi mangsa hubungan homoseksual Datuk Seri Anwar adalah Sukma Darmawan yang dikenali umum sebagai adik angkat Anwar, rakyat Indonesia yang mempunyai butik di Hotel Hilton bernama (Gianfranco) “Ferre”.
Ummi Hafilda sendiri pernah menemui Sukma Darmawan pada 2 Ogos 1997 dan dalam pertemuan itu, Sukma mengakui beliau mengidap penyakit misteri. Sakit (di bahagian dubur) bila duduk dan berjalan.
Lihat kandungan penuh warkah tersebut, dalam bentuk google.doc Klik di sini
Azmin Ali Pujuk Ummi Hafilda Tarik Balik Warkah
Setelah dua minggu warkah keramat itu dihantar kepada Perdana Menteri, dengan tergesa-gesa Azmin Ali pulang ke rumah emaknya di Klang Gate dengan tujuan untuk menemui adiknya, Ummi Hafilda. Kedatangan Azmin ditemani oleh kroni bisnesnya, Datuk Sng Chee Hua.
Datuk Sng berbual dengan bapa Azmin, Haji Ali bin Omar (arwah), manakala Azmin pula mengajak Ummi Hafilda berbincang di di bilik adiknya di tingkat atas.
“Dia (Azmin) punya merayu bagai nak gila, kalau selama ini dia begitu angkuh dengan adik beradik dan sukar untuk berbual mesra, tetapi petang itu dia seolah-olah baru dapat skrip lakonan daripada juburin (Anwar). Masih terngiang-ngiang di telinga kerana perkataan tersebut, (yang) dia tak pernah sebut seumur hidup, dia kata, i love you as my sister, and now i need your help, kau tolong tukar semua statements kat polis, nanti aku ajar apa nak cakap, yang selebihnya boss aku (Anwar) uruskan dengan Rahim Noor.
“Anwar nak kau cakap kat polis yang kau tak nampak kereta Nalla, Daimler WBV37 ambil Shida (Shamshida) kat Bangsar Shopping Complex pergi Kondo Tivoli Villa dan Anwar nak kau bacakan satu deraf yang dia buat untuk kau muncul kat TV , dan kau buat-buat lah nangis menyesal buat tuduhan ini, kau mesti cakap yang kau dah diupah”, kata Ummi Hafilda di blognya. Klik di sini
Ummi Hafilda menolak pujukan abangnya itu.
“Sorry Min, aku tak boleh, aku tak boleh tarik balik apa yang aku dah bagi tahu dalam surat itu. Aku tak nak muncul kat TV. Macam tidak ada maruah diri, dah buat, tiba-tiba tarik balik. Apa pandangan orang pada aku (tarik balik) semata-mata kerana duit. No way Min, sorry dan macam mana aku nak nafikan pasal kereta Nalla itu, sebab gambar (yang dirakamkan Ummi semasa mengintip Shamshida dan Anwar di Tivoli Villa) aku dah bagi (kepada Dr Mahathir) dalam laporan aku itu”
Ketika itu Azmin masih berlembut. Beliau meminta adiknya berfikir panjang dan akan berjumpa sekali lagi di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur.
Ummi Hafilda keberatan untuk hadir dalam pertemuan kedua di Restoran Seri Melayu. Azmin yang memahami psikologi adiknya yang tidak mahu bekerjasama telah menelefon berkali-kali mengingati adiknya supaya hadir. Kali ini Azmin berkeras dengan nama Anwar dan berbentuk ugutan.
“Boss aku (Anwar) suruh kau datang, kalau tak (datang), dia naik angin nanti, dan aku tak guaranteeapa (akan) jadi selepas itu”, gertak Azmin.
Pada tarikh yang ditetapkan Azmin sekali lagi hadir dengan ditemani oleh Datuk Sng Chee Hua menemui Ummi Hafilda. Mereka berbincang di Bilik VIP, Restoran Seri Melayu.
“Di Restoran Seri Melayu, bukan main dia merayu sekali lagi, dia tawarkan wow cukup-cukup lumayan dia kata even boss dia (Anwar) akan beri mana-mana projek kepada kau dan dicampur lagi dengan duitcash“.
Sekali lagi Ummi Hafilda menolak tawaran abangnya itu. Penolakan kali kedua ini benar-benar membuatkan Azmin marah.
“Kalau kau masih berdegil, kau akan terima akibatnya, boss aku rapat dengan Rahim Noor(Ketua Polis), nanti kita tangkap kau di bawah ISA, aku bagi masa kat kau 48 jam selepas itu..sorry,”, marah Azmin.
Ummi Hafilda dan Azizan Menemui Karpal Singh
Oleh kerana ketakutan kerana sentiasa diekori oleh orang-orang Datuk Seri Anwar, akhirnya Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menemui peguam Karpal Singh untuk meminta nasihat perundangan. Pertemuan mereka diadakan di pejabat Karpal, di Lorong Pudu, Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, Ummi Hafilda dan Azizan menceritakan segala-galanya kepada Karpal, termasuk memberi salinan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Berdasarkan bukti dan salinan surat itu, Karpal membangkitkan isu salah laku Datuk Seri Anwar di parlimen dan mendesak kerajaan mempercepatkan proses siasatan.
Kata-kata cabaran Karpal kepada Anwar terkandung dalam hansard parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997. Klik di sini
Ummi Hafilda dan Azizan Ditangkap Polis
Tidak berapa lama selepas pertemuan dengan Karpal Singh, pada 17 Ogos 1997, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ditangkap polis.
“Telah ditangkap polis di rumah kawan saya arwah Dr Ristina pada 17hb ogos 1997 selepas 2 minggu surat saya dikeluarkan atas arahan si penderhaka (Anwar Ibrahim) kepada KPN ketika itu Tan Sri Rahim Noor. Saya telah didera secara mental sepanjang malam dari pukul 12 hingga ke Subuh tanpa henti dengan cara yang pernah dilakukan kepada pelampau komunis 40 tahun yang lampau. Ini disahkan sendiri oleh DSP Aziz di dalam mahkamah yakni cara dan teknik penderaan mereka ke atas saya. Namun alhamdulilah Allah memberi kekuatan dalaman yang hebat dan maksimum untuk saya terus konsisten hingga ke subuh”, kata Ummi Hafilda dalam artikelnya bertajuk, ” Perjuangan Menentang Kemungkaran Insan Munafik dan Pengorbanan Srikandi”
“Bala tidak berakhir di situ, namun saya terus berada dalam cengkaman polis hampir selama setahun sebelum surat saya setebal 19 muka surat dimasukkan semula dalam buku ’50 dalil’ tulisan arwah Khalid Jafri. Cengkaman yang dimaksudkan dimana hampir setiap minggu saya diambil oleh pihak polis di rumah kakak saya untuk disoal siasat setiap pergerakan saya. Fikiran saya ketika itu benar benar ditahap yang paling derita, stress yang dasyhat. Trauma ditangkap dan didera masih belum luput dari ingatan. Saya dilarang bertemu dengan sesiapa ataupun membuat panggilan telepon. Setiap pergerakan diekori dan perbualan dirakam. Mereka akan memaki hamun saya sekiranya saya cuba mendapatkan mana mana pandangan ahli politik ketika itu. Bayangkan setahun hidup seperti penjara sebelum akhirnya surat keramat saya diterima oleh Dr Mahathir setelah bukti bukti kukuh diperolehi dari Tan Sri Musa Hassan sepanjang 6 bulan menjalankan penyiasatan dan akhirnya Anwar dipecat pada 2 September 1998 setahun selepas penderitaan yang dahsyat yang dialami”
Menurut bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Anwar, ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar supaya mereka menarik balik tohmahan salah laku seksual Datuk Seri Anwar itu.
Selepas ditangkap, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din dan Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin menemuduga dan mendapat penarikan balik pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan itu.
Katanya, operasi “turning over” dan “neutralisation” untuk menakutkan mereka berdua dan pihak polis berjaya mendapatkan pengakuan penarikan balik daripada mereka berdua walaupun secara hakikatnya mereka tidak rela.
Surat penafian itu diserahkan kepada Datuk Seri Anwar.
Menurut bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus, walaupun surat penafian itu telah diberikan kepada Datuk Seri Anwar, namun Timbalan Perdana Menteri itu masih tidak berpuas hati akan memintanya akan dibuat beberapa pindaan.
Katanya, Anwar membuat beberapa pembetulan dengan memasukkan ayat berbentuk penafian dan Azizan tidak pernah menulis pengakuan bersumpah. Klik di sini
Begitu juga dengan surat penafian Ummi Hafilda, Datuk Seri Anwar mengarahkan agar dibuat beberapa pindaan mengikut kehendaknya.
Datuk Seri Anwar Dipecat 2 September 1998
Warkah Keramat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah buku bertajuk, “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” yang ditulis oleh Khalid Jafri. Buku itu tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO 18 Julai 1998.
“Surat saya berjaya sampai ke tangan Dr Mahathir melalui Datuk Seri Aziz Shamsuddin (Setiausaha Politik), tetapi berdasarkan maklum balas yang saya terima, surat itu dibuang ke tong sampah. Itu menurut salah seorang setiausaha Dr Mahathir pada masa itu. Namun Allah Maha Kaya apabila surat keramat saya ini akhirnya diambil oleh Allahyarham Datuk Khalid Jafri Bakar Shah (penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM) yang mana fakta-faktanya dimasukkan ke dalam buku berkenaan. Kesilapan besar yang berlaku apabila Azmin Ali membuat laporan polis mengenai buku ini” Kata Ummi Hafilda kepada wartawan Mingguan Malaysia, Saifulizam Mohamad.
” Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dipertanggungjawabkan menjalankan siasatan. Tidak salah saya pada masa itu, beliau merupakan pegawai kanan bahagian siasatan. Kita harus berterima kasih kepada Musa yang jujur sepanjang siasatan dijalankan. Kemudian Serbuan dibuat ke atas kediaman Datu S Nallakarupan(bekas rakan karib Anwar) dan banyak bukti diperolehi. Maklumat ini hasil daripada surat saya kepada Dr Mahathir”. katanya lagi.
Pihak Polis Di Raja Malaysia telah dengan segera menjalankan siasatan berhubung aduan ini. Hasil daripada siasatan, pihak polis telah merujuk Kertas Siasatan ini kepada Peguam Negara pada 9 Ogos 1998.
Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia, telah mengkaji dan meneliti semua keterangan berkaitan dengan tohmahan-tohmahan yang terdapat di dalam buku tersebut. Pendakwa Raya Malaysia berpuas hati bahawa salah satu tohmahan di dalam buku tersebut adalah prima facie berita palsu dan oleh yang demikian Pendakwa Raya Malaysia mengarahkan agar penulis buku iaitu Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah didakwa di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan dengan berita palsu berkenaan yang terdapat di muka surat 29 perenggan 12 buku tersebut.
Di dalam penyiasatan ini juga polis telah membuat penggeledahan di rumah kediaman Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dan menjumpai di antara lain 125 butir peluru Fiocchi 6.35 mm dalam kawalan atau milikan beliau. Sehubungan itu Y.B. Tan Sri Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia telah pun mengarahkan Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai didakwa kerana kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Disemak 1972).Klik di sini
Pada 12 Ogos 1998, Datuk Nallakaruppan telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Klikdi sini
Pihak polis juga memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memindahkan Dato Nalla dari penjara Sungai Buloh ke Buit Aman untuk meneruskan proses siasatan yang berkaitan dengan isu keselamatan negara. Klik di sini
Pada 2 September 1998, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan memecat Datuk Seri Anwar dari UMNO dan kerajaan melucutkan semua jawatannya dalam kabinet. Klik di sinidan di sini
Pada hari yang sama juga, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan berkaitan buku ”50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” memberitahu Mahkamah Tinggi Dato Nallakaruppan dipercayai mempunyai akses kepada rahsia negara melalui bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memungkinkan dia membocorkan rahsia negara. Klik di sini dan di sini
Diikuti dengan penahanan Dr. Munawar Anees, penulis ucapan Anwar pada 15 September 1998. Dr Munawar adalah seorang warganegara Pakistan dengan taraf pemastautin tetap Malaysia dan Amerika Syarikat. Klik di sini
Keesokan harinya, 16 September 1998, Azmin Ali turut ditahan reman. Klik di sini
Dengan penahanan Azmin itu, bermakna seramai tiga orang yang terdiri orang kanan dan kenalan rapat Anwar ditahan setelah Anwar dipecat dari jawatan kerajaan pada 2 September.
Lebih mengejutkan pada 19 September 1998, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Datuk Seri Anwar dan kedua-dua mereka dihukum penjara enam bulan. Klik di sini dan di sini
Datuk Seri Anwar Didakwa Di Mahkamah
Terdapat dua kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu Kes Rasuah dan Kes Liwat.
Kes Rasuah
Pada 2 November 1998, Datuk Seri Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat tuduhan rasuah. Klik di sini
1. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
2. “Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
3. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
4. “Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
Setelah perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar dan dihukum penjara enam tahun. Klik di sini
Kes Liwat
Pada 7 Jun 1999, Datuk Seri Anwar sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Tinggi untuk menghadapi tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.
Datuk Seri Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.
Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini
No comments:
Post a Comment