BAB 1 : PENGENALAN KEPADA PEMIKIRAN
apa itu permikiran?
keunikan manusia terletak pada keinginan untuk mengetahui sesuatu.
keupayaan intelek perlu dipupuk untuk mengingatkan kualiti berfikir seseorang.
proses berfikir adalah seperti operasi yang menggunakan fakta-fakta lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
bagaimana mendefinasikan pemikiran?
bayangkan apakah yang berlaku dalam minda anada ketika anda berfikir.....
senaraikan : apa yang berlaku,dimana ia berlaku,apa yang terlibat dan untuk apa.
manfaat berfikir
membuat keputusan yang positif.
meletakkan diri di tempat orang lain.(emosi)
mengenalpasti semua elemen yang berlaku ,sebab dan akibat sesuatu kejadian.
menjimatkan masa dengan mengasingkan fakta daripada isu personal.
halangan berfikir
mengaibaikan dan tidak mahu menerima kebenaran
emosi
ego
tingkah laku luar kawal
menyalahkan orang lain
latar belakang seseorang
tekanan
minda kurang terbuka
kurang kepercayaan
perbezaan cara berfikir
kemahiran berfikir secara :kreatif,kritis/kritikal,positif dan negatif.
BAB 2 : PEMIKIRAN KRITIKAL
perkataan KRITIS adalah berasal dari satu perkataan inggeris iaitu 'CRITIC' kata dasar 'KRITIS' merupakan perkataan Greek 'KRITHS' (kritikos) yang membawa erti menimbang (judge) .
meninmbang pula bermaksud menilai ,membezakan ,mencetuskan dan menyoal samada sesuatu itu benar atau salah.
pemikiran kritis /kritikal ditakrif sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis , mentafsir dan menilai sesuatu hujah yang mendalam.
kepentingan berfikir secara kritis
bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan.
aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ilah penghujahan ,iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
merupakan domain kemahiran berfikir secara umum.
penting dalam ekonomi pengetahuan baru.
dapat mempertingkatkan analisis kendiri.
dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran pembentangan.
mempromosikan daya pemikiran kreatif.
EMPAT (4) ciri pemikiran kritikal
REAKTIF ,reaksi atau gerak balas terhadap idea yang sedia ada dan bukan penghasilan idea baru.
PENILAIAN ,digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu idea itu patut dipercayai.
ANALISIS ,melibatkan penggunaan operasi dan kemahiran berfikir yang asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya dapat ditafsirdan difahami dengan jelas.
LOGIK ,merangkumi kaedah memikul secara logik dan bersepadu dengan mempertimbangkan andaian.
BAB 3 : KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF
Kemahiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan dan mencetuskan idea yang baru dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil idea yang kreatif juga merupakan hasil adea yang diilhamkan sendiri daripada individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada
Kepentingan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran berfikir secara kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kebolehan pelajar untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Keupayaan meningkatkan pemikiran ini sudah tentu dapat membantu pelajar dalam memahami dan menghuraikan sesuatu konsep yang sedang mereka pelajari semasa pembelajaran.
Proses-Proses Dalam Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
MENJANA IDEA ,Menjanakan idea merupakan satu proses menghasilkan sesuatu idea, pandangan atau pendapat secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak mencari idea baru dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara.
MEMBUAT INFERENS ,Merupakan tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian awal daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda bagi memperoleh maklumat yang tersirat. Kesimpulan awal yang dibuat ini ada kemungkinan ianya benar atau pun tidak kerana kesimpulan itu hanya akan diperoleh berdasarkan maklumat daripada sesuatu pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan; dan menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.
MERAMAL , Merupakan sejenis kemahiran berfikir yang membolehkan pelajar membuat jangkaan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat tertentu. Aktiviti membuat ramalan pula akan dilakukan sekiranya pelajar hendak memilih tindakan yang sesuai dengan perkara yang dandaikan akan berlaku; dan mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara.
halangan berfikiran kreatif
berkelakuan negatif
takut kegagalan
tekanan
mengikuti peraturan
membuat tanggapan sendiri
terlalu bergantung dengan logik
BAB 4 DAN BAB 5 : TEORI-TEORI PEMIKIRAN
TEORI OTAK TRIUNE
otak reptilia ( medule oblangata )
otak mamalia/sistem limbik (bahagian pertengahan otak)
otak neokorteks (bahagian atas otak)
otak reptilia
paling awal terbentuk dalam evolusi perkembangan manusia.
gelaran otak reptilia mempunyai persamaan dengan elemen-elemen pengekalan mandiri dalam reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah.
fungsi utama mengawal secara automatik kelakuan kelima-lima pancaindera manusia.
otak mamalia/sistem limbik
mempunyai persamaan dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan mamalia.
afektif dan emosi,kesihatan, perasaan ,ingatan .
mengawal pola bioritma-pola tidur,kelaparan,dahaga,tekanan darah kadar denyutan jantung dan lain-lain fungsi badan lain.
otak neokorteks
terletak dibahagian atas oatak 80% dari jisim otak.
pusat pemikiran dan kecerdasan manusia .
fungsi utama mentafsir,menyususn,menterjemah maklumat dan pemikiran tahap tinggi.
teori otak Roger Sperry
HOKI (otak kiri) : bersifat analitikal ,menganalisis maklumat secara linear ,mengenalpasti bahagian secara satu persatu (terpisah)
HOKA (otak kanan) : menggabungkan dan mensistesis bahgian-bahgian pecahan maklumat kepada satu bentuk menyeluruh.
teori pelbagai kecerdasan Gardner
Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]
Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.
KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle
Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]
Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.
KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton
Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]
Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.
KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan
Kecerdasan Visual - Spatial [architects]
Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci
Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar
Kecerdasan Intrapersonal [therapists]
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.
KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget
Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]
Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama
KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi
Kecerdasan Naturalis [naturalists]
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna
KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin
Kecerdasan visual ruang
kelebihan dari segi memahami dan menggunakan maklumat berbentuk visual dan ruang
CONTOH: Arkitek Juruterbang
BAB 6 : KONSEP PETA MINDA (TONY BUZAN)
definisi peta minda
kaedah mengingat yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat
alat berfikir
pengurusan grafik : pemetaan/pola penyusunan yang mewakili hubungan maklumat dengan suatu idea,contoh;gambar komik
soalan & penyoalan : jenis pertanyaan yang mengembangkan pemikiran.
peta minda : kegunaan ; teknik catat nota,merancang buat sinopsis,grafik persembahan dan bantuan mengingat.
kepentingan peta minda
menghasilkan nota : setiap kali maklumat dicatat,peta minda mampu menguruskan dalam bentukringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak.
kreativiti : setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran lineardan membolehkan idea-idea baru bercambah dengam baik.
ingat kembali : setiap maklumat diimbas kembali dari ingatan ,peta minda membenarkan idea yang listas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus.
penyelesaian masalah : setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan sama ada dalam bidang profesional atau peribadi -peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-isu dan hubung kait antara satu sama lain.
jenis-jenis peta minda
peta minda carta tulang ikan
peta minda jenis kitaran
peta minda jenis pokok
BAB 7 : TEKNIK MENCATAT NOTA
definisi mencatat nota
aktiviti merekod :fakta ,maklumat dan isi dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar.
kenapa perlu mencatat nota
untuk membantu memahami pelajaran
daya ingatn dan mengukuhkan arahan
catatan pendek daripada sesuatu yang dipelajari
bagaimana mencatat nota
berikan perhatian kepada maklumat yang didengar ,dibaca dan dilihat
maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelumk dicatat.
apakah yang perlu dicatat
mencatat isi penting sahaja.
mencatat apa yang didengar dan dilihat.
ciri-ciri nota yang baik
mengandungi rangka kasar sahaja.
terdiri daripada idea utama.
dicatat dalam buku atau kertas khas.
catatan terang senang dibaca dan mudah difahami.
mencatat nota dengan lebih berkesan
kemahiran mendengar
kemahiran membaca laju
kemahiran menulis
mencatat kata kunci
ringkas dan padat
menggunakan perkataan sendiri untuk mudah difahami
perbezaan antara menyalin,mencatat dan membuat nota
menyalin nota : pelajar menyalin nota yang diberi oleh guru atau dibuat oleh pelajar yang terdapat didalam buku.
mencatat nota : pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah ,syarahan,buku dan sumber lain.
membuat nota : pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk mengikut citarasa sendiri.
langkah-langkah membuat nota
memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
memilih idea /maklumat yang penting dan menyusunnya.
menulis/merekod idea dan maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki.
teknik-teknik nota
peta minda
nota istilah
gambar rajah
nota soalan dan jawapan
akronim
jadual
carta aliran
gambar rajah venn
peta konsep
pengkelasan
BAB 8 : ENAM TOPI BERFIKIR
pemikiran lateral
dicipta oleh Edward de Bono pada tahun 1967.
digunakan untuk memisahkan idea yang sudah lama digunakan dan dipercayai baik dan betul.
pemikiran lateral adalah mengajar kita bagaimana untuk berfikir secara kreatif.
mengubah masalah kepada peluang.
mencari penyelesaian -menggunakan teknik dan peralatannya.
memberi kuasa kepada kita untuk menerbitkan idea-idea yang bernas dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.
BAB 9 : BRAINSTORMIN
SumbangSaran
menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar,kaedah sumbangsaran boleh digunakan dalam proses pembelajaran Asas kepada sumbangsaran,iaitu mengasingkan proses penghasilan idea daripada proses penilaian.
definisi sumbangsaran
dikenali sebagai Brainstroming,perah otak,pecah minda dan percambahan fikiran.Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd Azhar Abd Hamid ,Othman A. Kassim dan Muhammad FauziOthman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan semasa aktiviti perbincangan adalah satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam masa yang singkat.
prinsip asas sumbangsaran
semua ahli yang terlibat dalam satu sesi sumbangsaran hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada satu idea,ini bermaksud setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang dikemukan oleh akli-ahli yang lain.
tujuan akhir yang hendak diperoleh didalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan.
setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala maginasi yang ada pada diri meraka.
semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung diubahsuai,dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian tang terbaik.
matlamat sumbangsaran
matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea yang bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan.
halangan kepada pemikiran kreatif
lambat bertindak - teknologi yang semakin berubah-ubah memaksa manusia untuk cepat bertindak supaya tidak ketinggalan.
pemikiran stereotaip- manusia cenderung untuk berfikir stereotaip dan tekutkan perubahan.
takut akan risiko - untuk memastikan keputusan yang betul,manusia kebanyakan akan bersederhana dan mengelak daripada berinovasi.
persekitaran yang kreatif
pihak pengurusan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pekerja.
tidak terlalu mengawal pekerja.
berkomunikasi secara terbuka.
pekerja yang mempunyai kepelbagaian kebolehan.
bersedia menerima perubahan.
mempunyai sumber kewangan,manusia dan masa yang mencukupi.
SEKIAN,SELAMAT BELAJAR & MENDAPAT LEBIH ILMU PENGETAHUAN
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment