ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 8 January 2015

AJARAN SESAT 2

Marilah kita lihat ijmak dan kesepakatan para Ulama-ulama tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu :

1) Dari Imam Ahmad bin Hambal ra (wafat th. 241 h) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah " Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, azhab al Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasullah saw. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini".

2) Dari Syeikh Abu Ubai al Qasim bin Salam (wafat th 224 h) katanya didalam mukadimah kitabnya bahawa " Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati didalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Akidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ".

3) Dari Syeikh Ibnu Taymiyah (wafat th 728 h) katanya " Mazhab ahli Sunni adalah mazhab yang telah sedia ada sebelum lahirnya Imam Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi), Imam Malik (Imam Mazhab Maliki), Imam Ahmad Hambal (Imam Mazhab Hambali) dan Imam Syafie (Imam Mazhab Syafie). Ia juga merupakan mazhab para sahabat yang menerima dari sumbernya iaitu Rasullah sendiri. Mereka bersepakat menerima ijmak para sahabat adalah hujah yang benar manakala berselisih pendapat berkenaan dengan ijmak genarasi selepas sahabat".

4) Dari Imam Bukhari (wafat th 256 h) berpendapat bahawa, "Al Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama"anda.

5) Dari Imam at Tarmizi (wafat th 279 h) beliau berpendapat bahawa " ahli al Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis ".

6) Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat th 548 h) berpendapat bahawa " Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabein, ahli hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini ".

7) Dari Imam al Jauzi (wafat th 597 h) mengtakrifkan Ahli Sunnah ialah ahli al Naq dan al Athar yang mengikut hadis-hadis Nabi dan athar para sahabat nabi kerana mereka semua itu berada diatas jalan yang benar dan tidak berlaku pekara-pekara baru (perubahan dari yang asli). Pekara bidaah hanya berlaku selepas zaman Rasullah dan sahabat-sahabatnya.

8) Dari Syeikh al Safariani (wafat th 1188 h) berpendapat bahawa " ahli Sunni adalah al Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada sunnah dengan kuat didalam bidang akidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli al Ahwak dan ahli al Kalam didalam bidang ilmu akidah".

9) Kata Syeikh Ibnu Taimiyah lagi " Ahli Sunnah ialah golongan yang berpegang kepada kitabullah dan sunnah Rasullah dan apa-apa juga yang telah disepakati oleh golongan terdahulu yang terdiri dari golongan Muhajirin dan al Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik".

10) Syeikh al Safariani juga berpendapat bahawa " Ahli sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad bin Hambal, golongan al Asyariayah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan al Asyari dan golongan al Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur al Muturidi ".

11) Syeikh Abdullah bin Mas'ud berkata " Al Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri".

12) Dari Imam Mustafa al Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan al Asyariayah pimpinan Imam Abu Hassan al Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Makiki, Imam Shafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam al Auzai.

Pada awal kurun ke 3 hijrah ahli-ahli perawi hadis telah mengalami satu revolusi dengan memrtabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentanggan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiayah, golongan Muktazilah dan golongan al Khawarij yang menyempang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ saja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan al Quran sebagai sumber soheh mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah :

1) Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.

2) Golongan yang terselamat kerana mejoriti mereka yang terhimpun didalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mengtaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan peganggan kepada Hadis dan al Quran sebagai panduannya juga gaya hidupnya.

3) Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunankan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.

4) Golongan yang dirangkumkan didalamnya juga termasuk para Sahabat-sahabat Rasullah saw sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat akidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam akidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.

5) Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.

6) Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai penaraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al Quran dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Baia'ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengikabatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.

7) Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlilah. Mereka menetik beratkan kesenambongan keilmuan yang diwarisi itu mistilah mempunyai wasilah dari pada tangan Baginda Rasullah saw diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanat ilmunya dari tangan Rasullah saw. Mereka memegang atikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.

8) Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat hadis nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil akan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.

9) Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampuradokkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada umah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memisongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.

10) Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanahair mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.

11) Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basrah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu dadalam bab ini dengan hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melapasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasullah adalah didalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai kehadrat Allah swt. Selain dari ini semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.

Oleh itu dari semua hujah-hujah diatas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 surah al An'nam dan Hadis , kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat didalam akidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang memangnya telah lama berhidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada halayak.



TAFSIRAN AJARAN SESAT.


Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan kelimuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersempang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan kedalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai " sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, al Quran, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah ". Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.

Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpisong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat cipta mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Flasafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid. Jika anda tidak percaya, sila lihat sejarah penangkapan beberapa ajaran yang telah diwartakan sesat oleh pihak JAKIM.

Mejoriti imam- imam nya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan flasafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri ? Malahan ada sesetenggah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau "ilham Laduni" sedangkan mereka bukan duduk didalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk didalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, Waliallah, Nabi Allah, Rasullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh THH untuk meruntuhkan akidah Islam disini ? Mereka telah di "mind control" kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk kedalam masyarakat secara senyap menghancurkan akidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalek Wahabi, Syiah, al Arqam dan lain-lain lagi itu ?.

Daripada tafsiran dan defanasi yang telah diberikan diatas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut akidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat al Quran dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasullah saw dan semua keluarga mereka juga isteri Rasullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi "Rasul", mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi... inilah yang dikatakan AJARAN SESAT. Dan jika anda terserempak atau mengatahui adanya aktiviti seumpama ini di tempat anda sila hantarkan laporan anda ke alamat ; http.//www.islam.gov.my (laman web rasmi JAKIM).

Sekian dahulu untuk kali ini, nantikan bab 2 rancana bertajuk ajaran sesat ini diepisot yang akan datang , tidak lain dan tidak bukan hanyalah disini.


Wabillahitaufiqwalhidayah, wasallamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh ...amin.




Sekian,

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...