A. AKTIVITI 1: PEMIKIRAN REFLEKTIF
a) Dapatkan tiga definisi Pemikiran Reflektif dari literatur
Campbell-Jones and Campbell-Jones (2002) dalam Germaine L. Taggart and Alfred P. Wilson (2005) menjelaskan bahawa pemikiran reflektif merupakan satu proses perbincangan dengan diri sendiri mengenai sesuatu keadaan yang mana individu tersebut akan menggunakan pengalaman, kepercayaan dan tanggapan dirinya sendiri untuk tujuan tersebut. Ditambah oleh Risko, Roskos, and Vukelich (2002), proses perbincangan tersebut menggunakan kedua-dua bentuk iaitu memberitahu sesuatu kepada diri sendiri, dan menukarkannya kepada bentuk pengetahuan dan tindakan.
Paden Nita (2008) berpendapat pemikiran reflektif membolehkan pelajar untuk mempergunakan kepercayaannya, pengumpulan maklumat yang sesuai berdasarkan kepercayaan tersebut, dan berterusan berfkir mengenai pemahamannya mengenai sesuatu topik.
Mazow (1999) dalam Paden Nita (2008) menerangkan bahawa seseorang itu berada dalam pemikiran refleksi apabila:
- menentukan maklumat yang diperlukan untuk memahami sesuatu isu
- mendapatkan maklumat yang ada termasuk sumber yang berkaitan dengan isu tersebut
- mensintesiskan maklumat yang diperolehi
- mencipta beberapa maksud yang munasabah yang kemungkinan menjadi topik pembelajaran
Menurut Dewey J (1910) dalam Thomas J Papadimos (2009), pemikiran reflektif didefinisikan sebagai satu proses yang aktif, berlaku secara berulang-ulang, dan melibatkan pertimbangan yang teliti mengenai apa-apa jua kepercayaan atau bentuk andaian mengenai pengetahuan yang bersangkutan dengannya, dan kecenderungan kepada rumusan tertentu.
Griffith, Brian A.& Frieden, Gina (2000) mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai suatu bentuk pemikiran yang aktif, penilaian terhadap sesuatu teori secara berterusan, kepercayaan, dan tanggapan yang mana membantu sesorang untuk memahami sesuatu isu atau permasalahan.
b) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran komputer.
i. Pemikiran reflektif memerlukan masa untuk membolehkan seseorang itu berfikir secara rasional sebelum memberikan tindakbalas terhadap sesuatu rangsangan atau permasalahan
ii. Ia akan membolehkan seseorang itu mengenalpasti dan memahami sesuatu permasalahan atau isu yang akan membentuk andaian dan tindakan yang hendak diambil
iii. Ia membolehkan seseorang itu menjangkakan implikasi dan membayangkan alternatif-alternatif yang ada ke atas andaian dan tindakannya
iv. Ia melibatkan juga dipengaruhi pengalaman, kepercayaan diri dan andaian seseorang tersebut.
c) Kemukakan contoh bagaimana pemikiran reflektif dalam pengajaran dan pembelajaran komputer diaplikaskan
B. KOGNISI (KOGNITIF)
a) Dapatkan 3 definisi kognitif/kognisi
Lakoff and Johnson (1999) menerangkan istilah “kognitif” dalam “sains kognitif” ialah penggunaan sebarang bentuk operasi atau struktur mental yang mana boleh dikaji dalam erti kata yang sebenarnya.
The National Institute of Open Schooling (NIOS) in India (2010) dalam laman sesawangnya menjelaskan kognitif boleh didefinisikan sebagai suatu proses yang mana maklumat diperolehi, disimpan dan digunakan. Dalam konteks kedewasaan, pelbagai aspek kognitif seperti ingatan, pembelajaran, perhatian dan kepantasan berfikir turut mempengaruhi proses tersebut.
Bloom, B. S., Mesia, B. B., Krathwohl, D. R., (1964) dalam Todd Botto, Maureen Schorr & Joseph Daniel Lema (1997) menerangkan bahawa kognitif merupakan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh mental seseorang, memberikan kesan kepada pembangunan perasaan dan emosi serta sikap.
Wright County State (2010) Kognitif melibatkan pemikiran, tanggapan, memori, memahami dan membuat keputusan, pembangunan konsep, kebolehan penyelesaian masalah, dan pemikiran abstrak.
Britannica Encyclopedia (2010) mendefinisikan sebagai suatu yang berkaitan atau melibatkan aktiviti intelektual yang berlaku secara sedar (seperti berfikir, mengingat dan belajar).
Kemampuan kognitif, ialah kemampuan untuk mengetahui (dalam arti kata yang lebih dalam berupa mengerti, memahami, menghayati) dan mengingat apa yang diketahui itu. Landasan kognitif adalah rasio atau akal, yang sifat atau kemampuannya telah kita kupas di muka, Kognisi an sich bersifat netral.
b) Sintesis definisi-definisi berkenaan
i. Kognitif merupakan satu proses pemikiran yang lebih menjurus kepada pemahaman, pengertian dan penghayatan terhadap sesuatu pengetahuan ataupun permasalahan.
ii. Kognitif berlaku secara sedar yang dicetuskan oleh seseorang individu untuk memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pengamatannya.
iii. Ia secara langsung membentuk sahsiah seseorang dalam aspek emosi, perasaan dan sikap ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.
iv. Maklumat atau idea yang diperolehi melalui proses ini juga dipengaruhi dengan persepsi, emosi, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki.
v. Semua maklumat dan idea yang terhasil akan dipertimbangkan dalam membentuk keputusan kepada sesuatu permasalahan atau isu.
c) Kemukakan dengan contoh bagaimana soalan berbentuk kognisi boleh ditanya dalam sesi pembelajaran komputer
Soalan berbentuk kognitif lebih kepada pengujian pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu. Lazimnya soalan tersebut memerlukan jawapan yang berbentuk fakta dan disokong hujah yang sesuai bagi memantapkan lagi jawapan yang diberikan. Soalan akan ditanya kepada pelajar apabila sesuatu konsep atau pengetahuan telah diterangkan atau telah diajar. Soalan ini lebih cenderung untuk mengetahui sejauhaman pelajar tersebut memahami serta mengingati sesuatu topik yang diajar. Ia lebih fokus kepada untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Contoh soalan ialah “Apakah fungsi CPU sebagai salah satu komponen komputer?”
C. AKTIVITI 2: METAKOGNISI
a) Dapatkan tiga definisi metakognisi (metacognition, metacogitive) dari literatur
Menurut Britannica Encyclopedia (2010) metakognisi bermaksud kesedaran atau pengamatan seseorang mengenai proses pembelajaran dan pemikirannya.
Wilson et al. (1998) dalam Rajagopal Ponnusamy (2003) mendefinisikan metakognisi sebagai suatu pengetahuan dan kesedaran seseorang mengenai proses pemikiran dan strategi-strateginya, dan berkebolehan untuk menilai dan mengawal proses pemikirannya. Ia merupakan suatu pembelajaran yang mengajak seseorang itu memikirkan mengenai bagaimana dan mengapa sesuatu itu berlaku.
John David Smith, Wendy Ellen Shields & David Alan Washburn (2003) pula menjelaskan bahawa metakognisi merupakan kognisi bagi sesuatu kognisi. Idea utamanya ialah beberapa pemikiran akan mempunyai satu kognitif pelaksana yang mengawal kesemua proses pemikiran yang berlaku dalam minda yang akan melihat bagaiman sesuatu itu terjadi dan bagaimana untuk memudahkannya.
Flavell (1976) dalam Gayle Fisher (2004) menjelaskan metakognisi merujuk pada pengetahuan seseorang tentang proses kognitif sendiri atau apapun yang berkaitan dengan mereka, contohnya, pembelajaran-sifat yang relevan dari maklumat atau data. Tambah Gayle Fisher lagi, metakognitif mengandungi tiga elemen asas iaitu:
i. Pembinaan satu rancangan tindakan
ii. Memantau atau menyelenggara rancangan tersebut
iii. Menilai rancangan tersebut
Example: The metacognizant learner who takes a challenging class realizes that he is thinking about his learning intermittently during his non-classroom hours. His subconscious is analyzing, comprehending, and trying to absorb all the learning to which he is now exposed. He can understand some parts better than other parts, and constantly questions his learning: does he truly understand what he thinks he understands? His thinking has now become a deliberate and tangible process, not some automatic recall of prior knowledge.
Metacognition has three components: Planning, problem-solving, and self-evaluation.
Example : Sue knows she needs to pass her SAT with a high score if she wants to get accepted at Stanford. She is aware she needs a plan to make this goal happen. She gets two study buddies; they meet at the library daily to take sample SAT tests, question each other, discuss wrong and right answers, and otherwise prepare for the grueling experience of the SAT. They score their mock tests, check their answers, and always find the correct answer if they miss something. She has both metacognition and the resultant accompanying plan for achievement.
Xiaodong Lin, Daniel L. Schwartz & Giyoo Hatano (2005) Metakognisi bertindak sebagai satu mekanisme untuk mencari masalah, menetapkan tujuan penyelesaian masalah, membina identiti, dan penjelasan mengenai sesuatu.
Metakognitif merujuk kepada individu yang mempunyai kesedaran kendiri mengenai pengetahuan yang dimilikinya dan dia berkebolehan untuk memahami, mengawal dan mempergunakan proses-proses kognitifnya sendiri.
b) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan
i. Metakognitif merupakan satu proses mengawal semua kognitif yang berada di dalam minda
ii. Seseorang individu tersebut akan cuba mencari masalah yang wujud dalam dirinya dan menganalisa masalah tersebut.
iii. Proses menganalisa masalah akan membolehkan individu tersebut mengenalpasti kelebihan dan kekurangan diri
iv. Individu tersebut akan membuat andaian kemungkinan yang akan diakibatkan daripada masalah tersebut dan menilai sejauhmana kebaikan dan kemudharatannya.
v. Individu tersebut akan terdorong untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah tersebut dan seterusnya merangka pelan rancangan untuk mengatasi masalah tersebut.
vi. Ia akan melaksanakan pelan tersebut dan menyemak kembali keberkesanan pelan tersebut.
vii. Semakan kendiri akan membolehkan seseorang individu tersebut menilai dan seterusnya menentukan dan melakukan perubahan sekiranya berlaku kelemahan ke atas pelan tersebut
c) Kemukakan contoh soalan metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
Contoh soalan yang sesuai untuk metakognisi ini lazimnya ditanya apabila sesuatu sesi pembelajaran hampir tamat. Contoh soalan tersebut lebih menumpukan kepada bagaimana pelajar tersebut mendapatkan maklumat atau melakukan sesuatu untuk memperolehi sesuatu jawapan. Ia bertujuan untuk membolehkan pelajar tersebut menggunakan segala pemikiran, pengetahun dan kemahiran untuk dalam usahanya mendapatkan penyelesaian bagi sesuatu permsalahan atau soalan
Contohnya : ”Apakah maklumat yang anda perlukan untuk mengetahui fungsi CPU?”
D. AKTIVITI 3: PERBANDINGAN DAN PERKAITAN
a) Apakah perbezaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif
i. Pemikiran reflektif merupakan satu bentuk pemikiran yang menyediakan beberapa penyelesaian bagi sesuatu permasalahan yang timbul sedangkan metekognitif lebih kepada bagaimana untuk mengawal semua proses kognitif untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik dan tepat.
ii. Pemikiran reflektif lebih tertumpu kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah sedangkan metakognitif lebih tertumpu kepada sejauhmana penyelesaian masalah tersebut berkesan.
iii. Pemikiran reflektif hanya bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman semata-mata sedangkan metakognitif bukan sekadar bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman tetapi turut disertai dengan elemen-elemen bukan verbal seperti emosi, perasaan dan seumpamanya.
b) Apakah persamaan antara pemikiran reflektif dengan metakognitif
i. Pemikiran reflektif dan metakognitif merupakan suatu proses penyelesaian masalah dengan menggunakan pengetahuan yang diperolehi dan kemahiran yang sedia ada.
ii. Kedua-duanya perlu mengenalpasti dan memahami sesuatu permasalahan atau isu yang akan membentuk andaian dan tindakan yang hendak diambil
c) Apakah perkaitan pemikiran reflektif dengan metakognitif serta kemukakan contoh konteks pengajaran dan pembelajaran komputer
Pemikiran reflektif boleh dirangsang melalui tugasan yang lebih memberikan tumpuan kepada pelajar. Pelajar-pelajar dikemukan sebuah permasalahan yang perlu diselesaikan sebagai contoh memberikan pelajar sebuah permasalahan mengenai bagaimana untuk membangunkan perkakasan komputer agar lebih mudah digunakan oleh orang kurang upaya. Pelajar digalakkan untuk membuat kaji selidik dan perbincangan.
Sepanjang proses tersebut pelajar akan memahami masalah yang dihadapi oleh orang kurang upaya sepanjang menggunakan perkakasan komputer yang tidak begitu mesra dengan mereka. Proses ini akan membolehkan pelajar tersebut mengandaikan tindakan yang berlaku oleh orang kurang upaya berdasarkan pengamatan dan kaji selidik. Ini melibatkan proses metakognitif. Proses ini akan membolehkan pelajar berkenaan mengawal semua proses pemikiran dalam mendapatkan penyelesaian yang terbaik disertakan dengan elemen-elemen tidak verbal.
E. REFLEKSI METAKOGNITIF
a) Dapatkan tiga definisi refleksi metakognisi (metacognition, metacogitive) dari literatur
Menurut Ruth M. Loring (2002), kajian membuktikan bahawa refleksi metakognitif merupakan suatu teknik yang hebat untuk memperkenalkan kemahiran pemikiran yang baru kepada pelajar. Teknik ini menumpukan kepada refleksi pelajar, pertuturan lisan, perkongsian dengan orang lain, dan mengingat mereka melakukan (atau apa yang mereka percaya untuk lakukan) ke atas mental untuk melaksanakan kemahiran berfikir yang berorientasikan penyelesaian masalah. Penggunaan teknik ini membantu pelajar menjadi lebih sedar mengenai prosedur kognitif mereka dan prosedur yang digunakan oleh orang lain untuk melaksanakan operasi yang sama.
Menurut Cornoldi (1998) dalam Dana L. Erskine (2009), refleksi metakognitif bukan sahaja menjelaskan sesuatu dengan mengemukakan bukti, kesedaran, pertuturan lisan, ia juga termasuk dalam sesuatu yang bukan mudah untuk dinyatakan dengan lisan yang mana merujuk kepada ciri-ciri keberkesanan termasuk gerak hati, keseronokan, emosi, pengalaman hidup dan penilaian kendiri.
Michael Rosettis et. al. (2003) menjelaskan bahawa refleksi metakognisi merupakan satu proses yang mana seseorang individu berfikir mengenai pemikirannya sendiri. Mereka menggunakan suatu proses bersoal-jawab dengan diri sendiri atau bertindak balas ke atas kemampuannya yang lepas.
Refleksi metakognisi digunakan dalam mengenalpasti dan memahami kekuatan dan potensi dengan cara menghubungkan pengetahuan lepas dengan pengalaman lalu. Proses ini secara khususnya berguna dalam situasi penyelesaian masalah yang mana individu tersebut merumuskan persoalan dan membuat kesimpulan. Ia juga melibatkan pemindahan kemahiran dan pengetahuan yang merentasi bidang dan melibatkan pengawalan kendiri yang berterusan.
b) Kemukakan sintesis dari definisi-definisi berkenaan
i. Refleksi metakognitif merupakan kebolehan seseorang individu tersebut memahami, mengawal dan mengeksplotasikan proses-proses kognitifnya sendiri dan seterusnya menggunakannya untuk mendapatkan kesimpulan mengenai tindakan yang ingin dilakukan.
ii. Seseorang individu tersebut berkeupayaan untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan permasalahan walaupun ia tiada kaitan dengan bidang tersebut.
iii. Individu tersebut juga berkebolehan untuk menganalisa dan menilai semula tindakan-tindakan yang telah diambil.
iv. Hasil analisa dan penilaian semula akan menyebabkan berlaku proses pembelajaran dan pengingkatan kepada kemahiran kendiri.
v. Hasil analisa dan penilaian tersebut juga membolehkannya menyusun semula dan menentukan tindakan yang perlu diambil agar sesuai dengan perubahan semasa.
vi. Proses ini juga melibatkan elemen-elemen bukan verbal seperti keseronokan, emosi, spiritual dan gerak hati yang menyokong pembangunan idea penyelesaian .
c) Kemukakan contoh refleksi metakognisi dalam pengajaran dan pembelajaran komputer.
Dalam pengajaran dan pembelajaran komputer, refleksi metakognitif memerlukan suasana pembelajaran yang lebih memberi fokus kepada pelajar memikirkan tindakan dan menentukan keputusan. Pengajara akan mengutarakan persoalan mengenai sesuatu perkara sebagai contoh memberikan tugasan yang berupa pembangunan prototaip sistem komputer. Pelajar-pelajar akan membuat kumpulan masing-masing, mereka akan berbincang sesama sendiri dan mengeluarkan pendapat dan idea masing-masing. Setiap idea akan dihujahkan oleh sesama mereka sebelum membentuk sebuah rangka pembangunan prototaip sistem berkenaan. Penghujahan dan perkongsian ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh setiap ahli, serta didorong dengan elemen-elemen bukan verbal yang akan meningkatkan keseronokan dan semangat kekitaan dalam bersaing antara kumpulan lain untuk menghasilkan prototaip yang terbaik.
Proses penilaian semula akan dilakukan sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi semasa pembangunan prototaip tersebut. Setiap pelajar akan menilai dan menghujahkan tindakan seterusnya. Tindakan dan penyelesaian yang diambil semula akan dipantau oleh setiap ahli. Penambahbaikan akan sentiasa berlaku sehinggalah tempoh ditetapkan yang mana semua kumpulan perlu mengemukakan hasil prototaip masing-masing.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment