ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 13 January 2015

JAHIL

Jahil Istilah yang disalah tafsirkan
Sebelum mengulas lebih lanjut berkenaan tajuk ini, ada baiknya kita merujuk istilah ‘JAHIL’ ini mengikut takrif dari kamus :-

1. Kamus dewan edisi 3
Tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama;
cetek pengetahuannya; ~ basit sangat bodoh; ~ murakab Jahil yg berlipat ganda; ~ teropong bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; ~ tukil terlalu Jahil;kejahilan perihal Jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll).

2. Dari Kamus inggeris, sumber dari Babylon.com
stupid, ignorant, unenlightened; ignorance of religion's teachings (Islam); cruel; rascal, scamp

Dari takrifan kedua-dua kamus melayu dan Inggeris dapat disimpulkan bahawa ‘JAHIL’ bermaksud kurangnya pengetahuan dalam sesuatu bidang yang tidak diceburi umpamanya seorang Jurutera jahil tentang kedoktoran dan begitulah sebaliknya.

Penulis ingin memfokuskan hal kejahilan dalam beragama. Terlebih dahulu kita tumpukan terhap takrifan “Jahil dalam beriman”.
Apabila seseorang mengaku beriman tetapi masih timbul keraguan dalam dirinya dipengaruhi oleh beberapa factor kerana :-
JAHIL - Seseorang yang tidak tahu menahu tentang iman sedikit atau banyak.
SYAK - Keyakinan 50%, keraguan 50%.
DZAN - Keyakinan 75%, keraguan 25%.
WAHAM - Keyakinan 25%, keraguan 75%.
Apabila iman seseorang dicampur dengan jahil, syak, dzan atau waham, maka ia belum dapat dikatakan beriman. Sebaliknya, seseorang yang mengucapkan kalimat tauhid dengan keyakinan yang 100%, tanpa diliputi oleh satu dari empat hal tersebut, maka termasuk dalam golongan orang yang beriman. Hanya orang itulah yang sanggup mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan semua larangan Allah.
Dengan kata lain, beriman dalam keadaan jahil belum boleh dikatakan belum beriman sepenuhnya dan kita mesti konsistan dalam menuntut ilmu menghilangkan rasa jahil dalam diri ini.

Adalah lebih baik kita merujuk kepada takrifan jahil yang dikeluarkan oleh para ilmuan kita. Menurut Dr Musa Fatullah Harun – mantan pensyarah UTM dalam satu kertas kerja beliau :-

Para mufassirin berkata: Setiap orang yang menderhaka kepada Allah dinamakan jahil, dan perbuatannya dinamakan kejahilan. Ini kerana, kalaulah orang yang menderhaka itu menggunakan ilmunya tentang ganjaran dan hukuman yang akan dihadapi, tentunya ia tidak akan berani melakukan ma'siat.
Tetapi kerana ia tidak menggunakan ilmunya tersebut, maka menjadilah ia seperti tidak berilmu. Atas pertimbangan inilah maka orang yang menderhaka kepada Tuhannya dinamakan jahil, sama ada ma'siat yang dilakukannya itu diketahui sebagai ma'siat atau pun tidak diketahuinya.
Ini kerana, ia mungkin mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukannya itu adalah ma'siat, tetapi dari sudut lain, ia dikatakan jahil kerana tidak mengetahui kadar seksaan atau kadar kesakitan yang akan dideritanya kemudian.

Satu lagi takrifan jahil yang membawa erti jika kita melakukan maksiat ertinya kita jahil, jadi tiada salahnya kita mengaku kita jahil atas ketelanjuran kita melakukan satu dosa.

Kita umat Melayu amnya amat sensitif dengan istilah jahil ini. Kita tidak boleh menerima jika dikatakan jahil kerana pada anggapan kita jahil hanya untuk orang yang dungu sahaja.
Kita berbangga dengan segulung ijazah yang kita ada dan bila ada orang mengatakan kita masih jahil dalam sesuatu perkara, tidak dapat kita terima.
Seperti yang dinyatakan tadi seroang pakar perubatan munkin dia jahil bab kejuruteraan. Jadi disini tiada salahnya kita katakana kita jahil dalam sesuatu perkara walaupun kita pakar dalam hal lain.

Seterusnya penulis ingin merungkai, kenapa orang jahil tidak menyedari dan mengakui dirinya jahil. Hasil kajian sufisme, terdapat 4 faktor mempengaruhi :-

Pertama, Orang yang menyedari dirinya tahu (tidak jahil). Die merupakan seorang ahli ilmu dan tidak bakhil untuk menyampaikan ilmunya kepada orang lain. Dia menyedari bahawa menjadi kewajipannya menampaikan pengetahuannya kepada orang lain.. Mereka bukan golongan materialistic dan sentiasa berpegang dengan firman Allah SWT:
“… dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa“. QS. Al-Baqarah [2]: 41).

Kedua, orang yang tahu (tidak jahil) tetapi tidak menyedari dirinya tahu. Mungkin kerana dia merasakan ketidak-upayaannya menyampaikan pengetahuannya kepada orang lain. Terdapat beberapa faktor antaranya kesibukan , masalah kewangan menyebabkan golongan tidak dapat menggunakan pengetahuannya dan tidak mampu menyampaikan kepada orang lain. Jika kesemua factor di atas dapat diatasi golongan ini mampu memberi manfaat kepada orang ramai dengan lautan ilmu yang dimiliki.

Ketiga, orang yang tidak tahu (jahil) tetapi menyedari dirinya jahil. Golongan ini mudah untuk bertanya kepada yang pakar akan sesuatu hal. Mereka berminat mengikuti kelas-kelas pengajian dan mudah menerima nasihat, mendengarkan pendapat orang lain dan tidak marah bila dikritik. Mereka adalah golongan yang ingin keluar dari kejahilan tadi.

Keempat, orang tidak tahu (jahil) tetapi tidak menyedari dirinya jahil. Golongan orang awam tetapi tidak mahu mengakui kejahilan diri mereka. Golongan ini digelar sebagai jahil murakkab (bodah kuadrat) oleh kebanyakan golongan sufi. Ini kerana mereka adalah golongan yang memang jahil dan sikap buruk mereka sendiri yang tidak mahu menambah pengetahuan.
Dari keempat-empat golongan di atas jahil murakkab adalah golongan yang paling sukar didekati dan menjadi suatu cabaran bagi kita jika hendak meyampaikan sesuatu maklumat berguna kepadanya.

Kesimpulan yang dapat dibuat bahawa kesalah fahaman masyarakat Melayu tentang takrif ‘JAHIL’ dan begitu sensitive terhadap istilah tersebut adalah tidak tepat. Mengaku diri masih jahil adalah sesuatu yang dituntut dan berusaha memperbaiki diri adalah sebaik-baik tindakan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...