9 AMALAN SYIRIK & BID'AH DI KUBURAN : MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFI'E
PERTAMA : MENGGANTUNGKAN GAMBAR SI MATI
Perbuatan seperti ini merupakan tasyabbuh (penyerupaan) kepada kebiasaan orang-orang Nasrani dan Yahudi. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika menerangkan perbuatan orang-orang Nasrani dan Yahudi: Ummu Habibah dan Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sebuah gereja yang dilihat oleh mereka di negeri Habasyah. Di dalam gereja itu terdapat gambar. Baginda pun bersabda:
Sesungguhnya mereka itu jika ada seorang yang soleh di antara mereka lalu meninggal dunia, maka mereka membangunkan di atas kuburannya masjid. Lalu mereka membuat gambar-gambar (orang soleh) tersebut pada masjid itu. Mereka itulah orang-orang yang paling buruk di sisi Allah pada Hari Kiamat. [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 427 dan Muslim dalam Shahih Muslim, no. 528, Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 24133 dan lain-lain]
KEDUA: MEMBANGUNKAN MASJID / TEMPAT BERIBADAH DI KUBURAN
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai masjid kerana sesungguhnya aku melarang kamu dari hal itu. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 532]
Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah orang-orang yang menjumpai Hari Kiamat sedangkan mereka masih hidup dan orang-orang yang menjadikan kuburan sebagai masjid. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 4342 dan Ibnu Abu Syaibah dalam Mushannaf, no. 11927]
Dalam riwayat yang lain:
Ketahuilah bahawa seburuk-buruk manusia ialah mereka yang menjadikan kuburan sebagai masjid. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 1691]
Berikut merupakan dua contoh ibadah yang dilarang dikerjakan di kawasan perkuburan:
a) Mengerjakan solat. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Jadikanlah sebahagian solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 432]
Dalam menjelaskan maksud hadis di atas, Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
Maknanya solatlah kamu di rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti kuburan yang dijauhkan dari solat. [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 6/67]
Imam Abdul Ra’uf al-Munawi asy-Syafi’e rahimahullah pula menjelaskan:
(Nabi) menyamakan rumah-rumah yang tidak didirikan solat padanya seperti kuburan-kuburan dan seperti tempat yang dikuburkan mayat padanya. [at-Taysir bi Syarh al-Jami’ as-Shaghir 1/72]
Para ulamak menjelaskan bahawa solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi hadisnya di atas ialah merujuk kepada solat-solat sunat. Allahu a’lam.
b) Membaca al-Qur’an. Sabda Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 780]
Hadis ini menjelaskan bahawa rumah bukanlah seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Oleh itu amalan membaca al-Qur’an di kawasan kuburan sebagaimana yang menjadi kebiasaan dalam kalangan sebahagian umat Islam bukanlah merupakan ajaran dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.
KETIGA : MENJADIKAN KUBURAN SEBAGAI BERHALA / OBJEK YANG DISEMBAH DAN DIPUJA

Ya Allah, janganlah jadikan kuburanku sebagai berhala (yang disembah manusia). Allah telah melaknat suatu kaum yang menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah). [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 7358]
KEEMPAT : MENJADIKAN KUBURAN TEMPAT PERAYAAN ('IED)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan dan jangan jadikan kuburanku sebagai ‘ied (tempat perayaan). [Hadis riwayat Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud, no. 2042]
KELIMA :MEMBUAT BINAAN DI ATAS KUBURAN
Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah dalam kitabnya al-Umm 1/277:
Saya suka kuburan itu tidak dibangun dan dikapur kerana hal itu termasuk perhiasan dan kesombongan, sedangkan kematian bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan saya tidak mendapati kuburan orang-orang Muhajirin dan Ansar dibangun... Aku mendapati para imam di Makkah memerintahkan dihancurkannya bangunan-bangunan (di atas kuburan) dan saya tidak mendapati para ulamak mencela hal itu.
Sementara itu, Ibnu Hajar al-Haitsami asy-Syafi’e rahimahullah pula berkata:
Wajib bagi pemerintah untuk menghancurkan bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan perkuburan umum. Sekelompok ulamak besar bermazhab Syafi’e telah berfatwa untuk menghancurkan kubah (yang dibina di kuburan) Imam asy-Syafi’e meskipun telah dikeluarkan perbelanjaan ribuan dinar. [al-Fatwa al-Fiqhiyyah al-Kubra 2/25]
Ada pun hadis yang dijadikan landasan fatwa pengharaman amalan mengkapur dan membina binaan di atas kuburan adalah seperti berikut, riwayat Muslim, no. 2239:
Jangan tinggalkan patung kecuali kamu menghancurkannya dan kuburan yang tinggi kecuali kamu meratakannya.
Juga dalam hadis yang lain:
Dari Jarir radhiallahu’anhu berkata: Rasulullah melarang kuburan dikapur, diduduki dan dibangun di atasnya. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 2240]
KEENAM : MENGAGUNGKAN MAYAT
Kata Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H):
Dan aku benci diagungkan seorang makhluk sehingga kuburannya dijadikan masjid (tempat beribadah), khuatir (berlaku) fitnah ke atasnya dan ke atas orang-orang setelahnya. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 5/280]
Imam Jalaluddin as-Suyuthi asy-Syafi’e rahimahullah (911H) berkata:
Bahawa kuburan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah kuburan yang paling mulia di atas muka bumi. (Namun) Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang untuk menjadikannya sebagai ‘eid iaitu yang didatangi secara berulang-ulang. Maka kuburan selainnya adalah lebih utama untuk dilarang siapa pun jua. [al-Amru bi al-Itiiba’, ms. 127]
KETUJUH: MELAKUKAN AMALAN SYIRIK
Ini termasuk beristighotsah, beristi’anah (meminta tolong), bertabarruk (mengambil berkat) dan bertawassul kepada orang yang telah meninggal dunia. Imam Shan’ani rahimahullah berkata:
Maksud ziarahi kuburan adalah mendoakan mereka (orang Islam yang telah meninggal dunia) dan berbuat baik kepada mereka serta untuk mengingati akhirat dan zuhud kepada dunia. Adapun yang diada-adakan oleh orang-orang awam yang menyelisihi hal ini seperti berdoa kepada mayat, berteriak meminta pertolongan (istighotsah) kepadanya, meminta kepada Allah dengan hak mayat (bertawassul kepada si mati) dan meminta dipenuhi hajat kepada Allah dengan (perantaraan) mayat, maka ini adalah bid’ah dan kebodohan. [Subulus Salam, 2/337]
KELAPAN : MENYAPU DAN MENCIUM KUBURAN
Imam al-Ghazali asy-Syafi’e rahimahullah (505H) berkata mengenai adab menziarahi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
Dan bukanlah sunnah menyentuh dinding (kuburan Nabi) dan bukan juga (sunnah) menciumnya akan tetapi berdiri dari jauh lebih dekat kepada penghormatan (kepada baginda). [Ihya’ Ulum ad-Din 1/259]
Katanya lagi ketika mengkritik perbuatan golongan tertentu yang menyentuh dan mencium kuburan:
Sesungguhnya menyentuh dan mencium kuburan-kuburan merupakan kebiasaan kaum Nasrani (Kristian) dan kaum Yahudi. [Ihya’ Ulum ad-Din 1/271]
Perhatikan juga perkataan Imam al-Nawawi rahimahullah berikut:
Tidak boleh tawaf di kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan dibenci menempelkan perut dan punggung di dinding kuburan. Hal ini telah disebutkan oleh Al-Halimy dan selain beliau. Selain itu dibenci menyapu kuburan dengan tangan dan dibenci mencium kuburan. Bahkan adab (yang benar ketika menziarahi kuburan Nabi) adalah dia jauh dari Nabi sebagaimana dia jauh dari Nabi apabila bertemu dengan Nabi ketika dia masih hidup. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 8/257]
Katanya lagi:
Sesiapa yang terdetik di benaknya bahawa menyapu kuburan dengan tangan dan perbuatan yang seumpamanya lebih berkah, maka ini disebabkan kebodohan dan kelalaiannya. Ini kerana keberkahan itu pada sikap mengikuti syariat dan perkataan para ulamak. Bagaimana mungkin keutamaan boleh diraih dengan menyelisihi kebenaran?. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 8/258]
KESEMBILAN: MERATAP, IKHTILAT DAN TABARRUJ
Umat Islam yang menziarahi kuburan adalah dilarang melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syarak seperti meratap, ikhtilat (percampuran antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram) dan tabarruj (berhias secara berlebihan) bagi kaum wanita. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan:
Kaum wanita dan lelaki adalah sama dalam hukum sunnahnya menziarahi kuburan. Namun tidak boleh bagi wanita memperbanyakkan (amalan ziarah) dan berulang-alik ke kuburan kerana hal itu (dibimbangi) dapat membawa kepada pelanggaran syariat. [Ahkamul Janaiz, ms. 180]
Lihatlah, tidak ada lagi perbezaan antara kuburan golongan Sufi, Syiah dan Yahudi. Semoga Allah melindungi kita semua daripada terjebak kesesatan golongan ini.

إِنَّ أُولَئِكَ إِذَا كَانَ فِيْهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوْا فِيْهِ تِلْكَ الصُّوَرَ فَأُوْلَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Sesungguhnya mereka itu jika ada seorang yang soleh di antara mereka lalu meninggal dunia, maka mereka membangunkan di atas kuburannya masjid. Lalu mereka membuat gambar-gambar (orang soleh) tersebut pada masjid itu. Mereka itulah orang-orang yang paling buruk di sisi Allah pada Hari Kiamat. [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 427 dan Muslim dalam Shahih Muslim, no. 528, Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 24133 dan lain-lain]
KEDUA: MEMBANGUNKAN MASJID / TEMPAT BERIBADAH DI KUBURAN
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
أَلاَ وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوْا يَتَّخِذُوْنَ قُبُوْرَ أَنْبِيَاءِهِمْ وَصَالِيْهِمْ مَسَاجِدْ، أَلاَ فَلَا يَتَّخِذُوْا الْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ فَإِنِّيْ أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid. Maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai masjid kerana sesungguhnya aku melarang kamu dari hal itu. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 532]
Abdullah Ibnu Mas’ud radhiallahu‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
إِنَّ مِنْ شِرَارِ النَّاسِ مَنْ تُدْرِكُهُ السَّاعَةُ وَهُمْ أَحْيَاءُ وَمَنْ يَتَّخِذُ الْقُبُوْرَ مَسَاجِد.
Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah orang-orang yang menjumpai Hari Kiamat sedangkan mereka masih hidup dan orang-orang yang menjadikan kuburan sebagai masjid. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 4342 dan Ibnu Abu Syaibah dalam Mushannaf, no. 11927]
Dalam riwayat yang lain:
وَعْلَمُوْا أَنَّ شِرَارَ النَّاسِ الَّذِيْنَ يَتَّخِذُوْنَ الْقُبُوْرَ مَسَاجِدَ.
Ketahuilah bahawa seburuk-buruk manusia ialah mereka yang menjadikan kuburan sebagai masjid. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 1691]
Berikut merupakan dua contoh ibadah yang dilarang dikerjakan di kawasan perkuburan:
a) Mengerjakan solat. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
اِجْعَلُوْا مِنْ صَلَاتِكُمْ فِيْ بُيُوْتِكُمْ، وَلَا تَتَّخِذُوْهَا قُبُوْرًا.
Jadikanlah sebahagian solat kamu di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan. [Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, no. 432]
Dalam menjelaskan maksud hadis di atas, Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah berkata:
معناه صلوا فيها ولا تجعلوها كالقبور مهجورة من الصلاة
Maknanya solatlah kamu di rumah kamu dan janganlah kamu menjadikannya seperti kuburan yang dijauhkan dari solat. [al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 6/67]
Imam Abdul Ra’uf al-Munawi asy-Syafi’e rahimahullah pula menjelaskan:
شبه البيوت التي لا يصلى فيها بالقبور والتى تقبر الموتى فيها.
(Nabi) menyamakan rumah-rumah yang tidak didirikan solat padanya seperti kuburan-kuburan dan seperti tempat yang dikuburkan mayat padanya. [at-Taysir bi Syarh al-Jami’ as-Shaghir 1/72]
Para ulamak menjelaskan bahawa solat yang dimaksudkan oleh Rasulullah menerusi hadisnya di atas ialah merujuk kepada solat-solat sunat. Allahu a’lam.
b) Membaca al-Qur’an. Sabda Rasululullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
لَا تَجْعَلُوا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ.
Janganlah jadikan rumah kamu seperti kuburan. Sesungguhnya Syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 780]
Hadis ini menjelaskan bahawa rumah bukanlah seperti kawasan kuburan yang tidak dibacakan al-Qur’an. Oleh itu amalan membaca al-Qur’an di kawasan kuburan sebagaimana yang menjadi kebiasaan dalam kalangan sebahagian umat Islam bukanlah merupakan ajaran dan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.
KETIGA : MENJADIKAN KUBURAN SEBAGAI BERHALA / OBJEK YANG DISEMBAH DAN DIPUJA
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِيْ وَثنَا، لَعَنَ اللهُ قَوْمًا اتخذُوْا قبوْرَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد.
Ya Allah, janganlah jadikan kuburanku sebagai berhala (yang disembah manusia). Allah telah melaknat suatu kaum yang menjadikan kuburan para nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadah). [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 7358]
KEEMPAT : MENJADIKAN KUBURAN TEMPAT PERAYAAN ('IED)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
لَا تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ قُبُوْرًا وَلَا تَجْعَلُوْا قَبْرِي عِيْدًا.
Janganlah jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan dan jangan jadikan kuburanku sebagai ‘ied (tempat perayaan). [Hadis riwayat Abu Daud dalam Shahih Sunan Abu Daud, no. 2042]
KELIMA :MEMBUAT BINAAN DI ATAS KUBURAN
Berkata Imam asy-Syafi’e rahimahullah dalam kitabnya al-Umm 1/277:
وأحب أن لا يبنى ولا يجصص، فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء، و ليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والأنصار مجصصه... وقد رأيت من الولاة من يهدم بمكة ما يبقى فيها فلم أر الفقهاء يعيبون ذلك.
Saya suka kuburan itu tidak dibangun dan dikapur kerana hal itu termasuk perhiasan dan kesombongan, sedangkan kematian bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan saya tidak mendapati kuburan orang-orang Muhajirin dan Ansar dibangun... Aku mendapati para imam di Makkah memerintahkan dihancurkannya bangunan-bangunan (di atas kuburan) dan saya tidak mendapati para ulamak mencela hal itu.
Sementara itu, Ibnu Hajar al-Haitsami asy-Syafi’e rahimahullah pula berkata:
وَوَجَبَ عَلَى وُلَاةِ الْأَمْرِ هَدْمُ الْأَبْنِيَةِ الَّتِي فِي الْمَقَابِرِ الْمُسَبَّلَةِ وَلَقَدْ أَفْتَى جَمَاعَةٌ من عُظُمَاءِ الشَّافِعِيَّةِ بِهَدْمِ قُبَّةِ الْإِمَامِ الشَّافِعِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ وَإِنْ صُرِفَ عَلَيْهَا أُلُوفٌ من الدَّنَانِيْرِ.
Wajib bagi pemerintah untuk menghancurkan bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan perkuburan umum. Sekelompok ulamak besar bermazhab Syafi’e telah berfatwa untuk menghancurkan kubah (yang dibina di kuburan) Imam asy-Syafi’e meskipun telah dikeluarkan perbelanjaan ribuan dinar. [al-Fatwa al-Fiqhiyyah al-Kubra 2/25]
Ada pun hadis yang dijadikan landasan fatwa pengharaman amalan mengkapur dan membina binaan di atas kuburan adalah seperti berikut, riwayat Muslim, no. 2239:
أَنْ لَا تَدَعْ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ.
Jangan tinggalkan patung kecuali kamu menghancurkannya dan kuburan yang tinggi kecuali kamu meratakannya.
Juga dalam hadis yang lain:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ: نَهَى رَسُوْلُ اللهِ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَ أَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ.
Dari Jarir radhiallahu’anhu berkata: Rasulullah melarang kuburan dikapur, diduduki dan dibangun di atasnya. [Hadis riwayat Muslim dalam Shahih Muslim, no. 2240]
KEENAM : MENGAGUNGKAN MAYAT
Kata Imam asy-Syafi’e rahimahullah (204H):
وأكره أن يعظم مخلوق حتى يجعل قبره مسجداً، مخافة الفتنة عليه وعلى من بعده من الناس
Dan aku benci diagungkan seorang makhluk sehingga kuburannya dijadikan masjid (tempat beribadah), khuatir (berlaku) fitnah ke atasnya dan ke atas orang-orang setelahnya. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 5/280]
Imam Jalaluddin as-Suyuthi asy-Syafi’e rahimahullah (911H) berkata:
أن قبر رسول الله صلى الله عليه وسلم أفضل قبر على وجه الأرض. وقد نهى صلى الله عليه وسلم عن اتخاذه عيدًا، من المعاودة إليه، فقبر غيره أولى بالنهي كائنا من كان.
Bahawa kuburan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah kuburan yang paling mulia di atas muka bumi. (Namun) Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang untuk menjadikannya sebagai ‘eid iaitu yang didatangi secara berulang-ulang. Maka kuburan selainnya adalah lebih utama untuk dilarang siapa pun jua. [al-Amru bi al-Itiiba’, ms. 127]
KETUJUH: MELAKUKAN AMALAN SYIRIK
Ini termasuk beristighotsah, beristi’anah (meminta tolong), bertabarruk (mengambil berkat) dan bertawassul kepada orang yang telah meninggal dunia. Imam Shan’ani rahimahullah berkata:
ومقصود زيارة القبور، الدعاء لهم والإحسان إليهم، وتذكر الآخرة والزهد في الدنيا، وأما ما أحدثه العامة من خلاف هذا، كدعائهم الميت، والاستصراج به، والاستغاثة به، وسؤال الله بحقه، وطلب الحاجات إليه تعالى به، فهذا من البدع والجهالات.
Maksud ziarahi kuburan adalah mendoakan mereka (orang Islam yang telah meninggal dunia) dan berbuat baik kepada mereka serta untuk mengingati akhirat dan zuhud kepada dunia. Adapun yang diada-adakan oleh orang-orang awam yang menyelisihi hal ini seperti berdoa kepada mayat, berteriak meminta pertolongan (istighotsah) kepadanya, meminta kepada Allah dengan hak mayat (bertawassul kepada si mati) dan meminta dipenuhi hajat kepada Allah dengan (perantaraan) mayat, maka ini adalah bid’ah dan kebodohan. [Subulus Salam, 2/337]
KELAPAN : MENYAPU DAN MENCIUM KUBURAN
Imam al-Ghazali asy-Syafi’e rahimahullah (505H) berkata mengenai adab menziarahi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
وليس من السنة أن يمس الجدار ولا أن يقبله بل الوقوف من بعد أقرب للاحترام.
Dan bukanlah sunnah menyentuh dinding (kuburan Nabi) dan bukan juga (sunnah) menciumnya akan tetapi berdiri dari jauh lebih dekat kepada penghormatan (kepada baginda). [Ihya’ Ulum ad-Din 1/259]
Katanya lagi ketika mengkritik perbuatan golongan tertentu yang menyentuh dan mencium kuburan:
فان المس والتقبيل للمشاهد عادة النصارى واليهود.
Sesungguhnya menyentuh dan mencium kuburan-kuburan merupakan kebiasaan kaum Nasrani (Kristian) dan kaum Yahudi. [Ihya’ Ulum ad-Din 1/271]
Perhatikan juga perkataan Imam al-Nawawi rahimahullah berikut:
لا يجوز أن يطاف بقبره صلى الله عليه و سلم، ويكره إلصاق الظهر والبطن بجدار القبر، قاله أبو عبيد الله الحليمى وغيره، قالوا: ويكره مسحه باليد وتقبيله، بل الأدب أن يبعد منه كما يبعد منه لو حضره فى حياته. هذا هو الصواب الذى قاله العلماء وأطبقوا عليه.
Tidak boleh tawaf di kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan dibenci menempelkan perut dan punggung di dinding kuburan. Hal ini telah disebutkan oleh Al-Halimy dan selain beliau. Selain itu dibenci menyapu kuburan dengan tangan dan dibenci mencium kuburan. Bahkan adab (yang benar ketika menziarahi kuburan Nabi) adalah dia jauh dari Nabi sebagaimana dia jauh dari Nabi apabila bertemu dengan Nabi ketika dia masih hidup. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 8/257]
Katanya lagi:
من خطر بباله أن المسح باليد ونحوه أبلغ فى البركة، فهو من جهالته وغفلته، لأن البركة إنما هى فيما وافق الشرع، و كيف يبتغى الفضل في مخالفة الصواب.
Sesiapa yang terdetik di benaknya bahawa menyapu kuburan dengan tangan dan perbuatan yang seumpamanya lebih berkah, maka ini disebabkan kebodohan dan kelalaiannya. Ini kerana keberkahan itu pada sikap mengikuti syariat dan perkataan para ulamak. Bagaimana mungkin keutamaan boleh diraih dengan menyelisihi kebenaran?. [al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 8/258]
KESEMBILAN: MERATAP, IKHTILAT DAN TABARRUJ
Umat Islam yang menziarahi kuburan adalah dilarang melakukan hal-hal yang bercanggah dengan syarak seperti meratap, ikhtilat (percampuran antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram) dan tabarruj (berhias secara berlebihan) bagi kaum wanita. Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menjelaskan:
والنساء كالرجال في استحباب زيارة القبور لكن لا يجوز لهن الإكثار من زيارة القبور و التردد عليها لأن ذلك قد يفضي بهن إلى مخالفة الشريعة.
Kaum wanita dan lelaki adalah sama dalam hukum sunnahnya menziarahi kuburan. Namun tidak boleh bagi wanita memperbanyakkan (amalan ziarah) dan berulang-alik ke kuburan kerana hal itu (dibimbangi) dapat membawa kepada pelanggaran syariat. [Ahkamul Janaiz, ms. 180]
Lihatlah, tidak ada lagi perbezaan antara kuburan golongan Sufi, Syiah dan Yahudi. Semoga Allah melindungi kita semua daripada terjebak kesesatan golongan ini.
No comments:
Post a Comment