ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday 10 January 2015

AMANAT HAJI HADI DAN AKIBATNYA.

Kronologi Amanat Haji Hadi

Posted on January 3, 2013 by Editor in Politik with 0 Comments
Saya kebumi jenazah isteri di birai rumah – Mokhtar

MARANG 27 Dis. – Gara-gara tidak mahu berkongsi tanah perkuburan dengan penyokong UMNO kerana berpegang dengan Amanat Haji Hadi, Mokhtar Ismail, 58, sanggup mengebumikan jenazah isterinya di pinggir rumah di Banggol Katong, Serada dekat sini.

Walaupun anggota keluarga dan sebilangan saudara-maranya menganggap tindakan itu keterlaluan, dia tidak mengendahkan mereka dan cukup yakin langkahnya betul.

“Apabila arwah isteri, Azizah Abdullah meninggal pada 1990, saya memutuskan menggali kubur tidak sampai tiga meter dari rumah. Tiada siapa yang syor dan tegah. Saya cukup yakin mereka yang tidak bersama Pas tidak boleh bercampur termasuk tanah kubur.

“Sedangkan tanah perkuburan tidak sampai suku kilometer dari rumah. Semasa hidupnya juga arwah terkongkong kerana saya tidak benarkan dia bergaul dengan penyokong UMNO yang kebanyakannya anggota keluarga terdekat saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika turut menyingkap perlakuan silam yang sangat dikesalinya sebagai reaksi terhadap pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama C.N Al-Afghani berhubung beratus ribu penyokong Pas masih berpegang dengan amanat yang memesongkan itu.

Menurutnya, hubungan dengan arwah ibunya dan tujuh adik-beradik yang lain juga tidak begitu mesra kerana mereka tidak menyertai Pas.

“Ketika ibu meninggal dunia, saya sekadar menziarah dan tidak menginjak kaki ke masjid untuk bersama menunaikan solat jenazah. Saya rasa ketika itu pegangan terhadap amanat tersebut lebih besar daripada tanggungjawab terhadap emak sendiri.

“Saya sendiri tidak dapat mengagak berapa banyak anak tangga di masjid itu kerana saya tidak pernah pijak. Saya tak kenal masjid selain Masjid Rusila (Masjid Haji Hadi) dan dua lagi masjid tokoh Pas iaitu Masjid Kubang Lembek (Masjid Datuk Harun Taib) dan Masjid Batu Enam (Masjid Haji Awang Jidin),” katanya.

Menurut peniaga itu yang menyertai Pas pada usia 18 tahun ketika berada di Mersing, Johor, apabila kembali ke Terengganu, dia banyak menghabiskan masa membaca kitab di Masjid Rusila dan turut mendengar ceramah-ceramah Pas yang turut dianggapnya sebagai kuliah agama terbuka.

“Apabila Amanat Haji Hadi mula kedengaran pada 1981, pegangan bahawa kami berada di landasan benar dalam memperjuangkan Islam dan tidak perlu mempedulikan orang lain yang tidak bersama, semakin kukuh,” ujarnya.

Malah untuk mengelak daripada terus menunaikan solat berjemaah di masjid katanya, dia bersama-sama penyokong parti berusaha membina sebuah surau berhampiran melalui gotong-royong dengan hasil pungutan derma.

“Rasanya saya dan beberapa orang kawanlah yang mula memberanikan diri mengutip derma daripada orang ramai di Masjid Rusila untuk perjuangan Pas,” ujarnya.

Namun katanya, apabila Pas menang di Terengganu pada 1999 dan surat arahan daripada kerajaan negeri supaya mereka kembali ke masjid yang sekian lama dipulau, cukup mengejut dan membingungkan apabila hukum-hakam yang digunapakai tiba-tiba berubah.

“Dulunya masjid itu dianggap cemar dan berimamkan orang UMNO tidak sah. Jika itu boleh berubah, tentunya daging binatang sembelihan mereka juga sudah boleh dimakan dan upacara pernikahan juga sah dilakukan.

“Saya keluar Pas pada 2001 setelah melihat banyak perkara tidak disenangi termasuk tindakan parti itu mengambil alih tadika Kemas dengan kanak-kanak terusir. Saya tidak nampak cara Islam dan lihat semua ini sekadar kepentingan politik,” ujarnya.

Imam Enggan Urus Jenazah ‘Orang Umno’

ALOR SETAR: Seorang bekas pemimpin Pemuda PAS hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah ‘orang UMNO’ akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang ‘tok guru’ yang kuat menyokong PAS untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.

Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.

“Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli PAS ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

“Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah ‘orang UMNO’ dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bekas Ketua Pemuda PAS di salah satu cawangan PAS di Pendang selama empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktivis dan menyokong tegar PAS, Zanon Ismail atau lebih dikenali sebagai CN al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti tersebut masih pegang kepada Amanat Haji Hadi.

Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas keluar daripada PAS dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai Umno.

Menurutnya, akitbat kesan Amanat Hadi juga, kebanyakan mereka menganggap orang yang menyokong Umno menempah pintu neraka dan tanggapan itu masih wujud hingga hari ini.

Tambah beliau, semasa menjadi ahli PAS sejak 1997 termasuk berada dalam Lajnah Kebajikan PAS kawasan Pendang, pemikirannya banyak dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpan parti itu.

“Namun selepas saya menyertai Umno dan berada di dalam parti, baru saya nampak kebenaran kerana perjuangnya adalah benar iaitu demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong PAS agar kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Katanya, penyokong Umno dan PAS perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.

Haji Hadi tarik balik amanatnya, seluruh ahli PAS terpaksa bertaubat!

Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

“Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

“Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

“Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas,” katanya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...