ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday 18 January 2015

60 DALIL PAS SESAT DAN MENYESATKAN.

Parti PAS banyak melakukan penyelewengan untuk meraih simpati rakyat dan sebilangan rakyat yang jahil dan tidak memahami ajaran Islam sebenar akan mudah terpengaruh dengan hujah PAS yang menyeleweng.di bawah saya akan bagi 60 dalil atau bukti yang PAS sesat.jom baca di bawah.

1. TAA'SUB PAS sebuah parti yang ekstrim dan taasub.Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH Penyelewengan PAS terhadap wang ?Darul-Mal? yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan. [Undang-undang diluluskan tapi sengaja tidak digazetkan!]

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ?Shit?.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.

26. MAHU TAPI MALU PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS Tidak menunjukkan keikhlasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KHURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...