ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 25 January 2015

ANWAR, AZMIN, AZIZAH DAN SHAMSIDAR

Anwar, Azmin, Azizah & Shamsidar (3A + 1S)

Episod 3A (Anwar, Azizah & Azizah) sudah terbongkar. Apabila Anwar berkuasa dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Azmin menjadi orang paling berkuasa. Sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Anwar. Semua orang tahu, ketika itu, sesiapa yang ingin berjumpa dengan Anwar mesti melalui Azmin. Azmin umpama penjaga tol, di muka pintu.

Anwar jatuh pun kerana faktor Azmin. Berpunca dari isteri Azmin bernama Shamsida Taharin. Pada tahun 1997, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pergolakan keluarga Azmin Ali, apabila adiknya Ummi Hafilda Ali menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menceritakan perilaku kesalahan moral Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dengan kakak iparnya (Shamsida Taharin) dan bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar. Surat adik Azmin itu disokong oleh keempat adik beradik Azmin iaitu Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Mohd. Azwan Ali dan Mohd Azman Ali.

Mereka lebih kenal siapa Shamsida Taharin, kerana penama itu sebahagian daripada keluarga mereka. Cerita yang selama ini berlegar di kalangan ahli keluarga, akhirnya meletup menjadi isu nasional.

Pada mulanya Dr Mahathir menolak surat itu kerana lebih mempercayai kata-kata Timbalannya, Anwar Ibrahim yang menafikan semua dakwaan dalam surat tersebut. Dalam masa sama, Anwar telah mengarahkan Azmin untuk memujuk adiknya, Ummi Hafilda untuk menarik balik pengakuan surat itu.

Azmin telah pulang ke rumah ayahnya, membawa beg berisikan wang berjumpa dengan Ummi Hafilda. Wang dalam beg itu bernilai kira-kira RM50,000 sebagai ganjaran pendahuluan, untuk Ummi menarik balik kenyataannya. Azmin beritahu Anwar minta tarik balik kenyataan dalam surat itu, kerana boleh menjejaskan reputasi bosnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Azmin beritahu dia akan beritahu kepada semua media dan minta Ummi menangis serta membaca skrip yang telah disiapkan oleh Anwar yang mengandungi butiran kekesalan serta menarik balik surat tersebut. Selepas muncul di depan media itu, Anwar akan beri 5 million kepada Ummi sebagai ganjarannya. Tetapi pujukan Azmin terhadap adiknya itu tidak berjaya.

Azmin meninggalkan Ummi dengan hampa dan sempat memberi kata-kata ancaman "betina degil, kau akan tahu nasib kau..polis akan tangkap kau dan sumbat dalam ISA!"

Selepas usaha pemujukan gagal, Anwar telah mengarahkan polis Bukit Aman untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar. Polis telah memaksa Ummi dan Azizan menukar pengakuan, dengan menulis surat baru yang mengatakan surat yang ditulis pada 5 Ogos 1997 adalah palsu. Semua keterangan kejadian ini menjadi bahan bukti mahkamah yang akhirnya mensabitkan kesalahan Anwar menyalahgunakan kuasa untuk melindungi salahlaku seksual dengan Shamsida Taharin. Klik di sinidi sinidi sinidi sini di sinidi sindi sinidi sini, di sini, dan di sini

Akhirnya perbicaraan yang mengambil masa hampir enam bulan itu, berakhir pada 14 April 1999, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai tarikh tersebut. Anwar didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Klik di sini

Anwar di penjara, Azmin diblacklist, Azizah pula berkuasa

Setelah Anwar di penjara, Azizah menjadi orang yang paling berkuasa membayangi imej suaminya. Sebelum ini imej Azizah tenggelam, ketika Anwar berkuasa, kerana imej Azmin Ali (di pejabat) dan imej Sukma Darmawan (adik angkat di rumah Anwar) menenggelami semua imej lain termasuk Azizah.

Selepas Azizah menjadi Presiden Parti Keadilan nasional (nama lama PKR sebelum bergabung dengan PRM), dia telah memblaclist 3 nama yang telah menghancurkan kehidupannya iaitu Azmin Ali, Sukma Darmawan dan Shamsida Taharin.

Sukma telah dihantar balik ke Indonesia. Shamsida dilarang datang ke rumahnya di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, juga termasuk di rumah baru, istana di Bukit Segambut, Damansara, Kuala Lumpur.

Manakala Azmin pula disekat daripada mara dalam parti Keadilan. Pernah satu ketika Azizah menolak jemputan Azmin Ali untuk merasmikan parti Keadilan Cawangan Gombak. Azmin telah melobi kesemua pegawai-pegawai yang dekat dengan Azizah untuk hadir ke majlis perasmian itu, tetapi jawapan Azizah tetap sama, iaitu menolak permohonan itu. Akhirnya Azmin menggunakan talian hayat yang terakhir iaitu menggunakan khidmat Anwar yang sedang berada dalam penjara. Dengan arahan Anwar, akhirnya Azizah hadir dalam terpaksa merasmikan cawangan Keadilan Gombak di bawah Azmin Ali.

Boleh dikatakan ketika itu, Azmin berada dalam kepayahan meneraju parti kerana halangan daripada Azizah, hayat politiknya semata-mata bergantung kepada Anwar yang berada di penjara.

Setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Azmin kembali bernyawa. Orang yang memapah Anwar (kononnya terlampau uzur) adalah Azmin Ali. Ketika itu, ada suara nakal sampai ke telinga Azizah, 'now Azmin and Sukma come back!'

Ternyata benar telahan itu, semua urusan Anwar merawat di Munich diatur oleh Azmin. Sukma Darmawan turut segar kembali dan dari Indonesia, dia terus ke Munich menemani abang angkatnya selama sebulan di sana. Anwar meminta Azmin membawa Shamsida bersama di Munich, tetapi ditentang habis-habisan oleh Azizah. Berlaku perang mulut antara Anwar-Azizah dan Azizah membantah keras kehadiran Shamsida di Munich. Nurul Izzah turut menyokong ibunya. Akhirnya keputusan memihak kepada Azizah.

Sekarang, sistem dalam parti PKR kembali normal. Anwar kembali berkuasa sebagai penasihat umum, Azmin sebagai orang yang paling penting sebagai Naib Presiden dan Azizah kembali menjadi 'boneka' sebagai Presiden PKR yang tidak mempunyai kuasa.

Shamsida yang misteri

Ada sebab kukuh Azizah memblacklist nama Shamsida. Hanya Azizah saja yang mengetahui apa yang terpendam di hatinya. Ada sebab kukuh, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah berpihak kepada ibunya, hanya Azizah dan Nurul Izzah yang mengetahui, kerana mereka saling berkongsi masalah masing-masing ketika Anwar di penjara.

Shamsida menjadi 'duri dalam daging' kepada keluarga Azizah, setelah kes rasuah Anwar dibicarakan pada 1 November 1998. Ketika di mahkamah semuanya terbongkar, termasuk kegiatan gelap Anwar yang membohongi Azizah selama ini dengan alasan 'bermain tenis'

Pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kabinet), Anwar menelefon Azizah dengan alasan bermain tenis dengan dato Nallakaruppan di Bukit Kiara. Tetapi di dalam mahkamah, barulah Azizah faham, maksud 'main tenis' itu adalah Dato Nalla membawa Anwar dan Shamsida ke Tivoli Villa, Bangsar dengan sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla.

Tivoli Villa (lot 
2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5) adalah kepunyaan Dato Nalla yang diberikan oleh Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB), penguasa kondominium itu. Dato TK Lim juga pemilik syarikat judi Magnum Corporation yang Dato Nalla diberi tugas sebagai Director Eksekutifnya. Dua lot kondominium itu dihadiahkan kepada Dato Nalla oleh Dato TK Lim untuk dihadiahkan pula kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dato TK Lim perlu meraikan Menteri Kewangan, kerana di tangannya bergantung nasib syarikat judi Magnum Corporation.

Bukan rahsia lagi, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dia membangunkan 'satu bank raksasa' di bawah kawalannya yang dinamakan PHILEO ALLIED BANK. Bayangkan dengan sentuhan Menteri Kewangan (Anwar), bank yang baru muncul dan berusia 3 tahun menjadi bank yang paling kaya dan tersenarai dalam 'Top Ten Bank' di Malaysia.

Semuanya kerana sentuhannya sebagai Menteri Kewangan, dia meletakkan proksinya bernama TONG KOOI ONG menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank. Sebenarnya dari segi kelayakan Tong Kooi Ong, dia tidak layak menjadi CEO bank itu kerana tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Bank Negara, namun dengan campur tangan Menteri Kewangan syarat Bank Negara itu telah di'overrule' dan Anwar tetap melantik Kooi Ong menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank.

Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar mengarahkanTong Kooi OngCEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamsida Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.
Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''

Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank : "Saya amat mengenali Shamsida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong"

"Saya mengetahui bahawa Shasidar adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali"

"Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense"

"Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamsidar dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamsidar have direct access to Anwar"


Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) "untuk suami sahnya, Azmin Ali". Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamsida?

Persoalannya kenapa Anwar memberikan 'keistimewaan terlampau' kepada Shamsida hinggakan menjadi buah mulut di kalangan staff Phileo ?

Ternyata Phileo Allied Bank hanya merupakan 'bank proksi Anwar', selepas Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebuah bank yang pernah tersenarai sebagai 'top ten bank' di Malaysia akhirnya terpaksa gulung tikar dan ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan bank-bank lain di negara ini.

Semalam muncul kisah terbaru, kisah Azmin Ali, Shamida Tahrin dan adiknya Jamal Taharin memiliki kekayaan melampau sehingga mampu membeli saham bernilai RM8 juta. Sebenarnya pendedahan itu tidak mengejutkan, jumlah itu lebih besar daripada RM8 juta dan bukan setakat Jamal Taharin yang kaya, malah dua orang lagi adik beradik Shamsida turut kaya. Johan Taharin, abang sulung dan Jamil Taharin (adik bongsu) merupakan yang paling kaya.

Bayangkan dengan 'limpahan kewangan Shamsida', Jamil menjadi billioner ketika berusia 25 tahun. Jamil pernah couple dengan seorang gadis bernama 'Alia', demi kesayangannya kepada gadis itu kereta mersnya ditempah khas bernombor AL 14 ALIA.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...