ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 12 January 2015

MAT SABU TETAP PENIPU SEBAB DIA ORANG PAS.

1) Komunis ini adalah pejuang bangsa tulen yang mana berjuang menghalau penjajah tanpa bantuan orang asing dan British, jadi apa salahnya?

Hujah anda salah, anda berhujah sebab anda terpesona dengan pidato Mat sabu sahaja, Anda tidak tahu, Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka. Komunis Malaya di tubuhkan seawal 1930 an lagi.

Semasa Pendudukan Tentera Jepun di Tanah Melayu dan pengunduran British, telah berlaku satu period di mana Tentera British telah membekalkan senjata, latihan, budget dan logistik kepada gerakan gerila yang mana diharapkan dapat menyerang dan menghalau Jepun dari Tanah Melayu. Dan tertubuhnya Gerila Ini adalah hasil perjanjian 8 disember 1940 dengan British..

(kaedah ini sama digunakan semasa pencerobohan gerila di 'bay of pigs Cuba, dan Gerakan Taliban di Afghanistan, gerila yang ditaja pro demokrasi USA/British untuk menentang komunis dan akhirnya belot dan serang USA/British balik)

Pasukan Gerila inilah yang telah berkembang menjadi MPAJA Komunis Malaya, dan mereka mengambil kesempatan tempoh Jepun berundur untuk berkuasa selama 2 minggu memerintah dan melakukan kekejaman terhadap rakyat Tanah Melayu.......

Jadi Hujah Mat Sabu, dan pengampu Mat Sabu tidak lagi Valid, dengan mengatakan bahawa

" Komunis adalah pejuang negara dan tidak sama sekali bersekongkol dengan British semasa Negara dijajah"

Kenyataan Ini adalah salah, Parti Komunis Malaya atau dahulu dikenali sebagai MPAJA adalah Sebuah Gerakan, Gerila, Pasukan, Parti, dan Pertubuhan yang Kiasu dan Opportunist, meraka ambil kesempatan. Mereka Jilat punggung British sewaktu mereka mahu Senapang dan budget perang, kemudian mereka guna senjata itu untuk bunuh orang-orang Tanah Melayu amnya dan Orang Melayu Khususnya. 

2) Mat Indera dan Komunis masa itu Menyerang Pasukan Polis yang berkerja dengan British.

- Ya, Mereka bekerja dengan British, tetapi adakah pada masa itu rakyat mempunyai pilihan lain selain daripada mengecapi kemerdekaan melalui rundingan seperti yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman, Mahatma Ghandi, Pak Soekarno, Nelson Mandela, dan lain-lain?

Adakah pada Zaman Rasulullah ditindas sewaktu Zaman Jahiliyah, Rasulullah membuta tuli membuat gerakan gerila dan membakar rumah-rumah penduduk mekah, membunuh saudara-saudara dan sahabat taulan? pada masa Itu Rasulullah menggunakan strategi berhijrah ke Madinah dan memperkuatkan Muslimin.

Akhirnya kemenangan di tangan umat Islam yang mengalahkan tentera Jahiliyah dan memerdekakan Umat Islam Mekah. Begitu juga yang berlaku Pada zaman pra kemerdekaan, setelah dikaji dan diteliti, kemerdekaan melalui senapang dan pedang tidak mungkin memerdekakan kita, jadi pejuang kemerdekaan memilih jalan perundingan. dan sekarang kita merdeka.

Adakah Halal darah Saudara Se-islam konstabel polis dan tentera dibunuh oleh Mat Indera dan komunis tersebut??? adakah perkara ini dapat dijustifikasikan oleh Mat sabu? 

Pada masa itu, Mat indera bukan memperjuangkan kemerdekaan mewakili kehendak rakyat marhaen, tapi memperjuangkan keinginan berkuasa Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Chin Peng yang bukan Islam pun. Ironik betul ....

3) Tapi UMNO asal dari Tali barut British...

- Sama la jugak dengan PAS, tali barut British jugak, sekapal dengan UMNO. Dulu Pas ni parti serpihan selepas Merdeka. Tolong bukak balik buku sejarah KBSM tingkatan 3, 4, 5.

4) Tapi sejarah negara banyak diputar belit oleh UMNO dan BN, dan telah 'discredit' pejuang kemerdekaan yang sebenar, itu yang Mat Sabu cakap Pasal Jins Samsudin 'org UMNO' buat filem bukit kepong tu.

- Siapa yang cakap macam ni, Dia telah melakukan Fitnah!

Atau dia tidur masa mata pelajaran sejarah sekolah menengah, atau dia memang tak dengar apa cikgu ajar, atau dia malas baca buku, dia hanya suka baca blog pro pembangkang dan dengar ceramah pembangkang 24 jam.

Korang tak baca sejarah Mat kilau ke? tak baca pembunuhan JWW Birch oleh Dato Maharajalela dan sipuntum/seputum? tak baca sejarah Mat salleh? Tok Gajah, Dato' Bahaman, Dol Said, Tok Janggut, Rentap... 

Perjuangan mereka semua yang menentang British telah direkodkan di dalam Buku Teks sekolah menengah dan mereka dianugerahkan sebagai Pahlawan dan pejuang Kemerdekaan negara, 

Malah Ahmad Boestamam juga diangkat sebagai pejuang Negara waima beliau menubuhkan Parti yang berhaluan kiri iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Malah Jika korang pergi ke Bangunan Perbendaharaan Negara atau Kementerian Kewangan di Putrajaya, di lobinya terpampang muka Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai bekas menteri kewangan, Kalau UMNO ni busuk perut sangat macam Mat Sabu tu, dah tentu kerajaan buat dek je turunkan gambar DSAI itu.

Kalau korang tak percaya cakap aku, korang pergi sendiri bangunan itu, atau kalau korang malas, korang duduklah terlopong bawah pentas dengar Mat sabu Hina pejuang bangsa dengan putar belit terdesak dia tu.

5) Mat Sabu jujur, dia cakap jugak pasal perjuangan komunis menentang British.

- Mat Sabu Hipokrit, pada satu masa dia berganding bahu, duduk sebaris dengan Ambiga and the gang memperjuangkan Bersih 2.0, iaitu memperjuangkan keadilan pilihanraya dan demokrasi....

Pada satu masa yang lain, dia mengangkat dan memuji komunis, komunis dan demokrasi adalah vice versa dan kedua-dua ideologi ini tidak boleh bergerak seiring. Takde pendirian, semua boleh asalkan popular dan dapat penyokong untuk mengundi, dulu panggil DSAI Al-Juburi, sekarang dia sebaris dengan Anwar pergi demo. cait.....

6) Tapi itu pendapat Mat sabu sendiri dan bukan pendapat Pakatan Rakyat dan PAS....

- Anda bohong, pakatan rakyat telah keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka menyokong kenyataan mat sabu perihal ucapannya tentang serangan komunis di bukit kepong. 

7) Salahkah Menyokong Komunis?

- Tak salah jika anda bersetuju dengan ideologi tiada pilihanraya, tiada pemilihan pemimpin oleh rakyat, tidak percaya agama, dan jika anda mahu Tahu, pada revolusi budaya yang dilakukan oleh Mao Zhe tong, mereka telah membunuh ketua-ketua sami, dan mengharamkan aktiviti agama di China.

Polpot telah membunuh cendekiawan dan orang bijaksana, dan kalau mat sabu cintakan sangat Perjuangan Komunis, boleh pergi mohon suaka politik di Korea Utara, baru kau tau langit tinggi rendah.

Dalam Konsep Islam pula, kita mesti berpegang pada 'memilih kemudaratan yang paling kurang dan kebaikan yang paling banyak' dan pada pendapat umum dari pengalaman Emparikal dan praktikal sudah tentunya demokrasi yang lebih utama dari Komunis. 

"kalau tak, takdelah PAS berjuang dalam pilihanraya yang demokrasi ye dak?"

 Jadi Apa yang sebenarnya aku sebagai ahli pas, dan Parti PAS perlu buat dengan kenyataan mat sabu ni ?

- Sepatutnya ambillah langkah berlepas diri dari kemudaratan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Mat Sabu...korang nak stay sokong PAS itu hak korang sebagai individu dalam negara demokrasi, takde sapa nak persoal.

Sepertimana yang diajar oleh Rasulullah Saw yang memohon Ampun kepada Allah SWT dan berlepas diri dari kesilapan yang dibuat Oleh Khalid Al-Walid R.A semasa perang.

Mat Sabu tu bukan maksum pun yang korang takut sangat nak berbeza pendapat, Orang Umno selamba je berbeza pendapat dengan Tengku Razaleigh Hamzah, DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Janganlah Jadi Assobiyah sangat. Gila Taklid buta betul korang nih.

10) Implikasi dari Kenyataan Mat sabu ini apa?

- Jika aku ini Pengundi berdaftar di atas pagar, 

-jika aku ini veteran perang yang berjuang melawan komunis dahulu kala, 

-jika aku ini orang tua-tua yang ada kenangan diseksa oleh komunis, 

-Jika aku adalah ahli keluarga yang mempunyai keluarga yang diseksa dan dibunuh komunis, 

Sudah pasti Undi aku pada masa akan datang sama sekali tidak diberikan kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan khususnya Mat Sabu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...