Asal-usul tertubuhnya Pas kerana kekecewaan, marah
dan dendam seorang pemimpin Umno yang tewas
merebut jawatan Yang Dipertua Umno di tangan Tunku
Abdul Rahman. Dia lari ke Perak dan tubuh parti yang
berasaskan agama untuk menarik sokongan orang
melayu. Mereka nak pakai nama melayu tak boleh
kerana Umno dah pakai. Mereka guna nama islam
kerana katanya islam lebih tinggi dari melayu.
Orang putih yang menjajah Malaya pada waktu itu jadi
tukang cucuk untuk mereka menubuhkan parti baru
supaya melayu berpecah belah. Apabila melayu
berpecah belah mereka boleh melengah-lengahkan
pemberian kemerdekaan kepada Malaya yang sedang
dituntut Umno, dan mereka dapat kaut lagi hasil bijih
timah serta hasil-hasil bumi lain di negara ini.
Dengan sokongan orang putih maka lahirlah Pan
Malaya Islamic Party yang kini namanya Pas. Kelulusan
penubuhannya ditandatangan oleh pegawai pendaftar
pertubuhan berbangsa india yang bekerja dengan orang
putih, Nadarajah.
Yang luluskan parti tersebut orang india. Hari ini
mereka meletak parti mereka setaraf dengan agama
islam. Sedangkan islam itu adalah wahyu yang
diturunkan Allah. Parti islam pula diluluskan oleh orang
india. Yang ini yang orang Pas bodoh tak faham-faham
sampai hari ini. Mereka tak pandai bezakan yang mana
agama dan yang mana parti.
Pan Malaya Islamic Party pada masa itu menggunakan
lambang bulan bintang. Tidak berapa lama kemudian
lambang itu diharamkan kerana mendapat tentangan
orang-orang islam. Mereka diminta menukar lambang
lain. Ketika itu juga mereka akan bertanding dalam satu
pilihan raya kecil di Kelantan. Mereka diminta mendaftar
lambang baru sebelum jam 10 pagi pada satu tarikh
yang ditetapkan. Jika gagal mereka tidak boleh
bertanding.
Esoknya tempoh yang diberikan untuk mereka
mendaftar lambang baru akan tamat. Malam
sebelumnya mereka mengadakan satu mesyuarat di
rumah salah seorang pemimpin mereka. Semasa
mesyuarat mereka dihidangkan kopi o dan satu tin
besar biskut tawar.
Mesyuarat punya mesyuarat sampai ke tengah malam
mereka masih gagal menyediakan lambang. Tiba-tiba
seorang ahli mesyuarat bersuara, "kita ni mesyuarat
selepas isyak, sekarang dah nak subuh, lambang tak
siap-siap lagi, esok pagi nak daftar".
Salah seorang ahli mesyuarat yang berada berhampiran
dengan tin biskut telah mengambil tudung tin biskut
tersebut dan letak atas kertas, lalu membuat bulatan
ikut bulatan tudung tin biskut itu. Dia pun
bersuara, "nah ini lambangnya" . Hari sudah
menghampiri subuh, tiada pilihan lain lagi. Yang itu
kata setuju, yang ini kata setuju, maka semua setuju.
Maka lahirlah lambang Pas dari tudung tin biskut pada
malam tersebut dan kekal sehingga kini. Hari ini dia
kelentong orang kononnya lambang mereka bulan
mengambang. Padahal lambang dari tudung tin biskut
tawar.
Ini bukan cerita lawak atau main-main. Ini kisah benar.
Kalau tanya Nik Aziz dia tak akan mengaku punya. Dia
pun belum Pas lagi waktu itu.
Berbalik kepada asal usul tertubuhnya Pas kerana
kecewa, marah dan dendam akibat kalah dalam
pemilihan Umno.
Parti tersebut lahir dari perasaan kecewa, marah dan
dendam. Maka sebab itulah dari tertubuhnya parti
sampai ke hari ini Pas masih mengamalkan perkara-
perkara tersebut. Dendam dan marah kepada Umno tak
usah nak cakaplah. Semua orang dah tahu apa yang
mereka buat pada Umno. Mereka kafirkan Umno dari
makcik saya bergigi susu sampai sekarang makcik
saya dah bergigi palsu. Doa pecah perut, orang Umno
tak masuk syurga, orang Umno sembahyang tak dapat
pahala, berkerjasama dengan syaitan untuk hancurkan
Umno, orang Umno lawan Nabi dan macam-macam
lagi. Malah ada yang kata mereka lebih rela makan
babi dengan DAP daripada minum teh dengan Umno.
Begitulah gambarannya bagaimana benci, marah dan
dendam Pas kepada Umno.
Seperti yang saya katakan di awal tulisan ini , apabila
sesuatu itu berasal dari yang tidak baik, maka sampai
bila-bila pun perjalanan mereka tidak akan betul dan
mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak
baik, atau pun dalam bahasa kasar dipanggil perkara-
perkara jahat. Menipu pun tergolong dalam perkara
jahat.
Di Malaysia apa yang Pas tidak tipu orang islam ?
Bukan setakat tipu orang islam, jenis mereka ini tuhan
pun mereka tipu. Dulu siang malam mereka berdoa
minta tuhan berikan kemenangan kepada mereka demi
untuk menubuhkan negara islam. Apabila nak tubuh
negara islam termasuklah sekali nak laksanakan hudud.
Tuhan uji mereka dengan berikan sedikit kemenangan
kepada mereka pada tahun 2008. Apa dah jadi selepas
itu ? Negara islam tidak ada dalam Quran, kata Haji
Hadi. Presiden sebuah parti islam dah tua-tua baru
habis baca Quran. Negara islam entah ke mana, hudud
ghaib ditelan DAP dan kalimah Allah digadaikan.
Tidakkah itu menipu tuhan ? Dulu doa lain, sekarang
buat lain.
Apabila Pas dilahirkan dari asal usul yang tidak baik,
maka perjalanan mereka sentiasa tidak betul dan asyik
nak menipu saja kerja mereka, termasuklah menipu duit
orang ramai.
Tabung Memali yang dikutip berjuta-juta ringgit untuk
anak yatim apa yang dah jadi ? Sampaikan anak yatim
Memali nak belajar ibu terpaksa jual tanah.
Koperasi Kohilal yang mengutip pelaburan dari orang
ramai berjuta-juta ringgit, apa dah jadi ?
Kutip derma dengan orang ramai tempat ceramah dah
berapa banyak Pas kutip ? Pernah anda dengar Pas
laporkan ke mana pergi hasil kutipan ?
Tabung itu, tabung ini, dah bermacam-macam tabung
yang Pas tubuhkan, mana pergi semua wangnya ?
Terbaru adalah Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu
yang ditubuhkan oleh Pas. Tahukah anda ke mana
wang tersebut dimasukkan ?
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment