ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday 23 January 2015

SEJARAH PENUBUHAN PAS.

PAS PARTI ORANG KECEWA..

Banyak generasi sekarang tak mengetahui sejarah sebenar
pas, yang mereka tahu pas di pimpin oleh ulama dan pas
selalu di tekan oleh umno, tapi banyak yang tak tahu,
tentang cerita sebenar pas ini, apa yang aku tulis ni adalah
fakta sejarah yang di kutip dari buku, laman web dan
cerita-cerita saksi kejadian yang masih hidup, untuk
bacaan pagi ini.

Pas di tubuhkan pada tahun 1951 oleh haji ahmad fuad
hasan, kenapa pas di tubuhkan? ahmad fuad menubukan
pas kerana dia kecawa kerana kalah dalam pemilihan untuk
merebut jawatan yang dipertua agung umno (sekarang
presiden) dia hanya mendapat 11 undi dan tunku abdul
rahman mendapat 57 undi, ahmad fuad ni asalnya adalah
ahli umno dan jawatan dia di peringkat pusat adalah
pengerusi biro agama umno tanah melayu. tidak timbul
cerita penubuhan pas untuk memperjuangakan islam, ia
hanyalah rasa kecewa ahmad fuad kerana tak menang
jawatan dan perlu kita ingat, ahmad fuad adalah kawan
baik datuk onn, datuk onn di singkirkan dari umno kerana
dia berhajat nak buka keahlian umno untuk di sertai kaum-
kaum lain di tanah melayu.
Selepas kalah dan kecewa, ahmad fuad dan berberapa
orang pengikutnya telah menubuhkan pas pada tahun 1951,
asal nama pas semasa penubuhannya ialah pan-malayan
islamic party, nama omputeh juga yaa... tahun 1951 tanah
melayu masih dijajah oleh british, pihak british melihat
penubuhan pas ni boleh memecah belahkan orang melayu
yang ketika itu cukup kuat menyokong umno dan menuntut
kemerdekaan, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal,
british tampa berfikir dua kali, meluluskan penubuhan pas,
dengan tertubuhnya pas, maka kekuatan orang melayu
yang selama ni di ketuai oleh umno terbahagi dua, umno
dilihat bukan ancaman lagi pada pihak british.

Tetapi atas kebijaksanaan almarhum tunku abdul rahman,
akhirnya tanah melayu pun merdeka, tetapi perjuangan
umno untuk memerdekan tanah melayu di pandang lekeh
oleh pas, maka pas pun mulalah berkempen mengatakan
kemerdekaan yang diberikan oleh british kepada umno
adalah melalui perjanjian sulit umno dan british, padahal
ada berberapa pemimpin pas yang pernah menyertai umno
dulu tahu, tiada perjanjian sulit pun antara umno dan
british, maka sebap itu, ada pemimpin-pemimpin pas yang
meninggalkan umno mengikut ahmad fuad kembali semula
menyertai umno dan membetulakan semula cerita yang di
tomahkan oleh pas kepada umno.

Selepas british meluluskan penubuhan pan-malayan
islamic party, mereka menggunakan bendera yang sama
dengan bendera umno, tetapi pas membuat sedikit ubah
suai pada bulatan di atas bendera tu, bulatan kuning dan
keris telah di keluarkan dan di gantikan dengan bulatan
berwarna hijau dan di letakan di penjuru kiri sebelah atas
bendera mereka dan logo pas dulu ialah bulan dan bintang
berlatar belakangkan warna hijau.

Selepas peristiwa 13 mei 1969, tun abdul razak telah
mempelawa pas menyertai gabungan parti-parti perikatan
yang di beri nama barisan nasional, ada berberapa
pemimpin pas di lantik menganggotai kabinet dan banyak
juga pemimpin-pemimpin pas di berikan jawatan-jawatan
penting dalam perhubunggan umno negeri dan biro-biro
dalam umno pusat. gembiranya tun razak ketika itu kerana
pas telah bergabung dengan umno, sehinggakan bendera
pas di letakan di sebelah kanan bendera umno, malah di
katakan, tiang untuk meletakan bendera pas tu sedikit lebih
tinggi dari tiang bendera parti komponen lain seperti mca
dan mic. perbuatan meletakan tiang bendera pas sedikit
lebih tinggi dari bendera parti komponen lain menimbulkan
rasa tak puas hati di kalangan pemimpin mca dan mic, tapi
tun razak mempertahan perbuatan itu dengan mengatakan
"pas berasal dari perut umno, maka selayaknya lah bendera
pas di tinggikan sedikit dari bendera parti-parti komponen
lain" bergitu sayang dan bangganya allahyarham tun abdul
razak kepada pas apa bila dua parti melayu yang
bersengketa selama ini bersatu di bawah barisan nasional
ketika itu. —

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...