ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 22 January 2015

MEMALI- SALAH SIAPA.

MEMALI: BUKAN SALAH MUSA ATAU MAHATHIR, YANG SALAH EKSTREMIS AGAMA BERNAMA IBRAHIM LIBYA

memalisaksi-618x373
Polemik sama ada Tun Mahathir Mohamad berada di negara ini atau tidak ketika tragedi Memali 19 November 1985 berlaku tidak penting.
Saya tidak pernah dengar Tun Mahathir mendakwa beliau tidak berada di Malaysia atau menyalahkan Musa Hitam atas peristiwa Memali.
Yang menyalahkan Musa Hitam ialah Pas kerana Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Ia juga tidak penting sama ada Tun Musa Hitam merupakan Pemangku Perdana Menteri atau tidak ketika itu.
Kertas Putih Parlimen yang dibentangkan pada 25 Februari 1986 ditandatangani oleh Musa Hitam selaku Menteri Dalam Negeri juga tidak mengambil kira siapa yang berada dalam negara.
Kertas Putih tersebut dengan jelas menerangkan masalah ekstremis agama yang berpunca daripada amanat Haji Hadi Awang pada 1981 sehinggalah membawa kepada kemunculan ekstremis agama seperti Ibrahim Mahmood atau nama popular beliau Ibrahim Libya.
memali-225x300
Musa Hitam terperangkap dalam polemik ini kerana ia cuba dicetuskan semula oleh Pas untuk menarik simpati golongan muda yang tidak faham sejarah.
Pas berharap dengan menghidupkan semula isu Memali ia akan memberi gambaran seolah-olah Polis dan Barisan Nasional membunuh orang kampung yang tidak berdosa dan lemah.
Hakikat sebenarnya Ibrahim Libya adalah salah seorang ekstremis agama yang jika tidak dibendung tidak mustahil akan bertukar menjadi pengganas.
Bukti dan fakta menunjukkan selama bertahun lamanya Ibrahim Libya menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya secara jihad peperangan.
memali-ucapanIbrahimlibya-253x300
Bagi beliau, kerajaan ini adalah kerajaan yang wajib diperangi kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam.
Semua ini berpunca daripada Presiden Pas hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Hadi Awang pada 1981 ketika itu merupakan antara tokoh ulama muda dalam Pas telah mengeluarkan kenyataan menyeru jihad ke atas Barisan Nasional.
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO.
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.
Oleh kerana itulah kita menentang mereka.
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
Sejak itulah terjadi kegiatan ekstremis yang sangat serius di kalangan penyokong Pas sama ada dari segi ibadah, mahu pun kehidupan sosial seperti memulau imam yang dilantik oleh kerajaan atau menyokong kerajaan BN, memulaukan kenduri orang UMNO, tidak memakan sembelihan penyokong UMNO dan enggan bersama mengebumikan jenazah penyokong UMNO.
Hadi Awang sekadar menghasut, Ibrahim Libya pergi lebih jauh lagi apabila mula mengumpul penyokong dan juga senjata.
Ucapan-ucapan beliau juga menjurus kepada menghasut orang Islam agar tidak mematuhi kerajaan yang dipilih, tidak menghormati undang-undang negara dan ingkar arahan Polis.
Sejak September 1985 lagi Polis mahu menangkap Ibrahim Libya kerana cuba menimbulkan keadaan tidak tenteram di kalangan masyarakat dengan seruan-seruan jihad beliau.
Beberapa kali beliau diminta menyerah diri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beliau bukan sahaja tidak mengendahkan tetapi juga mula mengumpul penyokong yang taksub untuk menghalang sebarang tindakan polis ke atas dirinya.
Setelah beberapa bulan berunding melalui bapanya dan juga sahabat-sahabat terdekatnya gagal, Pihak polis mengambil keputusan mengepung rumahnya dan mengarahkan beliau menyerah diri.
Beliau bukan sahaja enggan malah menghasut pengikutnya mempertahankan diri beliau dari ditahan oleh Polis.
memali-revolusi-300x300
Serangan terhadap Polis memberi senario yang sangat penting dalam kaedah Polis menangani peristiwa ini.
Polis terpaksa bertindak menggunakan senjata apabila anggotanya diserang oleh penyokong Ibrahim libya sehingga cedera parah dan meninggal dunia.
Sama ada penyerangnya Islam, Melayu atau bukan, bukan merupakan pertimbangan keselamatan prosedur Polis.
memali-serangpolis-245x300
Mana-mana pasukan Polis di dunia ini tidak akan mendiamkan diri apabila mereka diserang.
Jika tidak undang-undang tidak akan dikuatkuasakan dan negara akan berada dalam kacau-bilau.
Walau apapun pandangan terhadap cara Polis menangani isu ini, yang nyata Ibrahim Libya merupakan seorang yang melanggar undang-undang dan ingkar arahan pihak berkuasa.
Dalam konteks ini Polis perlu menguatkuasakan undang-undang atau negara akan berada dalam keadaan anarki.
Dari sudut strategik keselamatan Ibrahim Libya dan kumpulan ekstremis Islam ketika itu sedang menguji sejauh mana keutuhan dan kekuatan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang.
Jika beliau terus dibiarkan bermaharajalela pasti jihad yang lebih besar akan dilancarkan dan menimbulkan lebih banyak kekacauan dan huru-hara.
Justeru, gerakan Ibrahim Libya harus dipatahkan atau negara akan terus berada dalam keadaan tidak stabil.
Sebenarnya, tragedi Memali bukan salah Polis atau kerajaan tetapi ia salah Ibrahim Libya dan Pas sendiri ketika itu yang bersifat ekstremis dan taksub membuta tuli.
Jika ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan dalam tragedi Memali ialah parti Pas sendiri.
Mereka yang mengkritik cara Polis dan kerajaan mengendalikan isu ini jelas tidak tidak sedar diri bahawa segala kemakmuran dan kesejahteraan yang mereka nikmati hari ini ialah hasil kecekapan dan kecekalan pihak berkuasa menjaga keamanan negara dari diganggu gugat sama ada oleh pihak Komunis mahu pun ekstremis agama.
Memang benar rezeki kuasa Allah, namun Allah mencipta manusia agar berfikir, merancang dan berusaha mendapatkan kemakmuran dan keamanan.
Sila baca Kertas Putih Memali disini

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...