ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 8 January 2015

IMAM YANG EMPAT PUN TIDAK MENDAKWA DIRI MEREKA MAKSUM

Perselisihan Di Antara Imam-imam dan Hukum Bertaqlid Dengan Mereka

Soalan:

Kenapakah Imam-imam berselisih dan apakah hukum bertaqlid dengan mereka? Adakah pandangan-pandangan dalam masalah yang diperselisihi ini sabit daripada Rasulullah? Kenapakah terdapat perkara dalam ibadat yang mengikut pandangan seorang Imam adalah wajib dan mengikut pandangan Imam lain pula adalah makruh? Apakah pula hukumnya mentaqlid seorang Imam di dalam satu masalah, kemudian mentaqlid Imam lain di dalam masalah yang lain pula? Bolehkah kita mentaqlid selain daripada Imam-imam yang empat? Haruskah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab pada zaman ini?

Jawapan:

Saya akan menjawab bahagian pertama dari soalan ini terlebih dahulu.

Kenapakah Imam-Imam Berselisih?

Imam-imam berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua.

Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.

Kedua-dua golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah lagi iaitu ketika Baginda bersabda selepas perang Ahzaab:

Maksudnya:

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraidzah.

Para sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib.

Ada yang berkata:

"Tujuan Rasulullah (s.a.w) berkata demikian ialah supaya bersegera."

Yang lain pula berkata:

"Tidak, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizah." Oleh itu kami tidak akan sembahyang melainkan di perkampungan Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib."

Jadi, mereka menunaikan Asar didalam waktu Maghrib.

Ketika disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab perselisihan.

Sebab lain lagi ialah ada manusia yang `mutasyaddid' (terlalu berhati-hati) dan ada yang `mutarakhis' (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.

Ibnu Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu 'Abbas. Ibnu Omar ketika berwudhuk akan memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas pula tidak merasakan perkara itu perlu.

Ibnu Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya. Ibnu `Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: "lanya seperti bunga yang dicium."

Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di dalam warisan Feqah.

Bahasa juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.

Firman Allah:

"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228

Apakah yang dimaksudkan dengan quru'?

Di dalam bahasa, perkataan ini memberi makna haid dan juga suci. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna.

Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Sebagai contohnya, firman Allah:

"Atau kamu sentuh perempuan. Al-Maidah: 6

Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?

Antara sebabnya lagi ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat. Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.

Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang tidak dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum al-balwa'.

Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.

Ada Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha'if (yang kemudiannya dinamakan hadis Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah seterusnya.

Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.

Ada yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang tidak berpendapat begitu.

Ada yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.

Ada yang berhujah dengan `masaah mursalah' (yang tidak ada dalil menunjukkan penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.

Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah `amr' (perintah) dan `nahyu' (larangan), `am' (umum) dan `khan' (khusus), `mutlak' dan `mugaiyad', `mantuq' dan `mafhum' serta lain-lain perkara lagi yang dijelaskan dalam ilmu Usul Fiqh.

Tegasnya, terdapat banyak sebab yang membawa kepada perselisihan Imam-imam. Banyak buku-buku sama ada lama dan baru yang disusun dalam masalah ini. Antaranya ialah kitab al Insaf fi asbab al-Ikhtilaf karangan al-'Allamah al-Dahlawi, `Asbab Ikhtilaf Llama' karangan Sheikh Ali al-Khafif dan buku `al-Sohwah al-Islamiahbainaal-Ikhtilafal-masyru` waal-Tafarrugal-Mazmum'
karangan saya sendiri.

Saya telah menerangkan di dalamnya, perselisihan di dalam perkara furu' (cabang) adalah daruri, rahmat, keluasan dan kekayaan. Saya juga menerangkan asas-asas fikiran dan akhlak yang terbina di atasnya `Fiqh al-Khilaf (cara-cara berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.

Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan tidak menyempitkan agama mereka. Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain.

Suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.

Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.

Ketika ditanya kenapa beliau berpatah balik daripada pandangannya, beliau berkata: "Itu adalah berdasarkan apa, yang telah kita tahu, ini pula berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu." Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah dan manusia akan terkesan dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan pandangannya.

Oleh sebab inilah, Imam Syafie mempunyai dua mazhab. Mazhab `Qadim' ketika beliau berada di Iraq dan mazhab `Jadid' ketika beliau berada di Mesir. Perkara ini boleh kita lihat dalam kitab-kitab Fiqh: "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Qadim"', "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab `Jadid'." Ini ialah kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat perkara-perkara yang belum pemah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang belum pemah didengarnya. Kerap kali mujtahid membetulkan kembali pandangannya. Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.

Apabila Abu Ja'far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya `Al-Muwattha", beliau (Abu Ja'far) telah berkata: "Jauhilah `syadaid' Ibnu Omar, `rukhsah' Ibnu 'Abbas, `syawaz' (keganjilan) Ibnu Mas'ud dan ajarlah ia kepada orang ramai."

Imam Malikmelaksanakan permintaan ini dan mengarang kitabnya yang terkenal dalam Islam dengan nama `Al-Muwattha'.

Khalifah kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab ini, tetapi Imam Malik (r.a) dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata:

"Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah."

Begitulah, mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu' (cabang) sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak. Tidak mungkin umat akan bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu' sebegini. Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini, diberikan kita peluang untuk berijtihad dan ruang bagi berbilang-bilang pandangan.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-pandangan lain). Tiada sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah' (kelonggaran) dalam mana-mana perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat bagi mengetahui yang manakah paling tepat dan benar?

Kesemua ini adalah jawapan bagi soalan: "Mengapakah Imam-imam berselisih?"
Hukum Mentaqlid Imam-Imam.

Soalan:

Apakah hukum mentaqlid Imam-imam?

Jawapan:

Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam-imam yang empat. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid, `al Jauharah'

Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada Imam yang tertentu sahaja:

Pengikut mazhab Syafie berkata wajib bertaqlid kepada Syafie: Pengikut mazhab Hanafi berkata wajib bertaqlid kepada Abu Hanifah. Begitulah seterusnya, pengikut mazhab Maliki dan Hanbali berkata wajib bertaqlid kepada imam mereka.

Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata:

"Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

"Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."

Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada Imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan Imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiah.

Ibnu Qayyim juga telah berkata:

"Kita telah ketahui secara daruri, tidak terdapat di zaman sahabat mahu pun tabi'en seorang lelaki yang melebihkan seorang lelaki lain dari kalangan mereka; dia mentaqlid semua pandangan beliau tanpa meninggalkan satu pun daripadanya dan menolak semua pandangan selain daripada pandangan orang yang ditaqlid itu. Dustalah mereka yang berkata, terdapat lelaki sebegitu di kurun yang dimuliakan oleh Rasulullah ini iaitu tiga kurun pertama yang baginda muliakan di dalam hadis-hadisnya yang sahih. Bidaah ini hanyalah berlaku di kurun yang keempat yang dicela oleh Rasulullah (s.a.w).

Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini (taqlid empat Imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu dari mereka) di dalam kitabnya "I'lam al-Muqi'en'. Dia telah menggunakan lebih kurang lima puluh hujah dalam menyalahkan pandangan ini. Beliau telah membuat perbincangan yang panjang dan bernilai. Sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah merujuk kepada kitab tersebut.

Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana-mana Imam yang empat atau Imam-imam sebelum dan selepas mereka haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana Imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah di dalam firmannya:

"Maka bertanyalah kamu kepada 'Ahli Zikir' jika kamu tidak mengetahui. AI-Anbiya': 7

Ini adalah jawapan bagi hukum taqlid.
Masalah-Masalah Yang Diperselisihi.

Soalan:

Adakah semua pandangan dalam perkara yang diselisihi ini sabit daripada Rasulullah?

Jawapan:

Terdapat banyak amalan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) dan diriwayatkan daripadanya bahawa baginda memang pernah melakukannya meskipun terdapat amalan lain yang lebih kerap dilakukannya.

Contohnya, takbir di dalam azan. Adakah empat kali atau dua kali sahaja. Kedua-dua bilangan ini diriwayatkan daripada Rasulullah.

Mazhab Maliki mengambil bilangan dua kali, manakala mazhab lain mengambil bilangan empat kali.
Begitulah juga dengan tarjii' (mengucap dua kalimah syahadat dengan perlahan sebelum dilaungkan). Ianya telah diriwayatkan daripada Rasulullah. Sebahagian ulama menerimanya dan sebahagian yang lain menolaknya.

Sebahagian dari perkara ini diriwayatkan daripada Rasulullah, meskipun mungkin satu bahagian lebih kerap diamalkan daripada bahagian yang lain. Seperti membaca bismillah dengan kuat.

Adalah diriwayatkan, baginda tidak membacanya dengan kuat. Namun, terdapat hadis-hadis yang menunjukkan baginda membacanya dengan kuat. Ini tidaklah menghalang kemungkinan baginda membacanya dengan kuat dalam sesetengah keadaan untuk mengajar orang yang bersembahyang di belakang baginda atau sebagainya.

Oleh itulah, Ibnu Taimiah telah berkata di dalam perkara-perkara yang seumpama ini:

"Kita boleh meninggalkan perkara yang afdhal dalam ibadat demi menyatukan hati, sebagaimana Rasulullah membiarkan Kaabah daripada dikembalikan pembinaannya di atas asas yang telah dibina oleh nabi Ibrahim kerana bimbang orang ramai akan menjauhkan diri daripadanya.

Imam-imam seperti Imam Ahmad juga berpandangan demikian dalam masalah bismillah, menyambung sembahyang witir (iaitu sama ada tiga rakaat sembahyang witir dilakukan dengan satu atau dua salam) dan sebagainya yang menunjukkan boleh meninggalkan perkara-perkara yang afdhal demi menyatukan hati, serta untuk menunjukkan bahawa perkara itu adalah sunnah dan sebagainya."
Berpegang Kepada Al-Quran Dan Sunnah.

Soalan:

Bolehkah kita bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat? Bolehkah kita berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah tanpa bergantung kepada mana-mana mazhab?

Jawapan:

Ya, harus bertaqlid kepada selain Imam-imam yang empat.

Berpegang terus kepada al-Quran dan sunnah juga adalah harus bagi orang yang mampu berbuat demikian dari kalangan ahli Fiqh dan para pengkaji.

Mereka bolehlah mengkaji, berijtihad dan mengeluarkan hukum daripada al-Quran dan sunnah serta mencari hukum yang paling kuat berdasarkan dalil dan hujahnya.

Mereka juga boleh merujuk kepada ulama-ulama 'tarjih' dan ulama-ulama perbandingan mazhab yang membanding dan mencari hukum yang terkuat berdasarkan dalil dan hujah seperti Ibnu Daqiq al-'Eid, Ibnu Taimiah, Ibnu Qayyim, Ibnu Hajar al-'Asqalani, as-San'ani, asSyaukani dan lain-lain lagi.

Seterusnya bolehlah dia mengambil hukum yang paling diredhai, paling kuat pada pandangannya dan yang hatinya tenang untuk diamalkan dalam agamanya. Inilah tanggungjawabya. Allah tidak mewajibkan kepada manusia suatu tanggungjawab yang tidak mampu dipikulnya.

Pandangan yang tersebar di zaman kemunduran sekarang yang mengatakan bahawa pintu ijtihad telah tertutup adalah ditolak dan tidak mempunyai dalil sama ada daripada al-Quran, sunnah mahu pun ijmak.

Bahkan pengikut mazhab Hanbali dan lainnya telah berkata:

"Tidak harus wujud zaman yang tidak ada mujtahid yang berfatwa kepada manusia berdasarkan dalil-dalil. Bukanlah suatu yang sukar bagi Allah untuk memberikan kelebihan dan kemampuan kepada sebahagian hamba-Nya bagi membolehkan mereka berijtihad. Ijtihad bukanlah suatu yang mustahil. Bahkan, di zaman kita ini ijtihad lebih mudah dilaksanakan kerana adanya kemudahan jalan- jalan ilmiah yang tidak ada pada zaman sebelum kita seperti percetakan, fotostat, komputer dan sebagainya lagi.

Sementara orang yang tidak memahami ilmu bahasa (Arab) dan dalalahnya (petunjukkannya kepada sesuatu perkara), al-Quran dan sunnah serta ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kedua-duanya, tempat-tempat `khilaf (perselisihan) dan ijmak, Usul Fiqh, Qias, kaedah-kaedah `ta'arudh', `tarjih' dan sebagainya yang merupakan alat-alat asasi untuk berijtihad, adalah berkewajipan untuk merujuk kepada pakar-pakar ilmu sebagaimana manusia kebiasaannya merujuk dalam sesuatu masalah kepada pakarnya. Firman Allah:

"Maka bertanyalah kamu kepada "Ahli Zikir" jika kamu tidak mengetahui. Al-Anbiya': 7

Sangkaan sesetengah golongan yang mewajibkan semua manusia berijtihad adalah suatu yang tidak dapat diterima. Ianya adalah suatu yang tidak mungkin serta tidak mempunyai dalil.
Hukum `At-Talfiq' Antara Mazhab-Mazhab.

Soalan:

Apakah hukum bertaqlid kepada seorang Imam dalam satu masalah dan kemudiannya bertaqlid kepada Imam lain dalam masalah yang lain pula?

Jawapan:

Inilah yang dinamakan `talfiq'. Sebahagian ulama membenarkannya dan sebahagian yang lain melarangnya. Pada pandangan saya sekiranya 'talfiq' ini bertujuan mencari hukum yang termudah dan yang bertepatan serta disukai oleh hawa nafsu tanpa mengira dalil, maka hukumnya adalah tidak harus.

Oleh itu para salaf telah berkata: "Orang yang mencari rukhsah (keringanan) daripada mazhab-mazhab adalah fasiq."

Sebagai contoh:

Seseorang yang mengambil pendapat mazhab tertentu apabila kepentingannya terdapat di dalam pendapat tersebut seperti seorang lelaki mengambil pendapat Abu Hanifah yang mengatakan jiran mempunyai `syufah' bagi membolehkannya memiliki rumah jiran sebelahnya.

Tetapi jika pendapat mazhab tersebut mendatangkan maslahat kepada jirannya, dia akan mengambil pendapat sebaliknya, iaitu jika dalam masalah yang sebaliknya. Dia berkata: "Aku mengambil pendapat Imam Syafie dan aku menolak pendapat lainnya."

Itu adalah kerana dia mengikut hawa nafsunya, mempermain-mainkan agama dan menjadikan mazhab-mazhab sebagai hamba kepada kepentingannya.

Seorang Mukmin sepatutnya sentiasa bersama-sama kebenaran sama ada kebenaran itu baginya atau ke atasnya (zahirnya menguntung atau merugikannya). Allah telah mencela kaum Munafiq di dalam firman-Nya:

"Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakinya ke jalan yang lurus ialah) mereka yang berkata: Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat ".Kemudian segolongan dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman. Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada kitab Allah dan sunnah RasuINya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta merta segolongan dari mereka berpaling engkar (menolak ajakan itu kiranya keputusan tidak menguntungkan mereka). Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukamannya). An-Nur: 47-49.

Kaum ini mahukan kebenaran mengikut mereka, bukannya mereka mengikut kebenaran seperti yang dilakukan oleh Mukmin sebenar.

Adapun sekiranya seseorang itu mengikut pendapat yang paling betul (rajih) pada, pandangannya (dari segi dalil dan hujah) dan paling kuat pada penilaian hatinya, bolehlah dia mengikut pandangan Abu Hanifah yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhuk, pandangan Syafie yang mengatakan bahawa keluar darah tidak membatalkan wudhu' dan pandangan Maliki yang mengatakan bahawa air tidak akan najis melainkan apabila berubah warna, bau atau rasa, setelah dia merasa tenang dengan dalil-dalilnya.

Inilah fatwa saya.

Semoga Allah memudahkan kita untuk memahami agamanya. Sesiapa yang Allah hendak berikannya kebaikan akan diberi kefahaman dalam agama.

Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad, keluarga, dan sahabat-sahabat baginda.
Haruskah Beramal Dengan Apa yang Menyalahi Mazhab Yang Empat?

Soalan ini dikemukakan kepada saya oleh sebahagian pembaca sejak lebih dari satu pertiga kurun rentetan daripada apa yang disiarkan di dalam majalah Nurul Islam mengenai kajian fikah yang dinamakan oleh pengarangnya sebagai `Hukum-hukum yang ganjil.

Soalan:

Haruskah beramal dengan hukum-hukum yang ganjil ini, meskipun ianya menyanggahi mazhab dan Imam yang diredhai dan diikuti oleh pembaca? Apatah lagi terdapat di dalam hukum-hukum ini apa yang menyalahi semua keempat-empat mazhab yang dimuktamad.

Bagaimana jiwa akan tenang untuk beramal dengannya? Layakkah pula bagi satu majalah yang berpengaruh menyiarkan perkara-perkara seperti ini, lalu menyebabkan berlakunya pertelingkahan dan perdebatan antara para pembacanya? Sedangkan di waktu yang sama ia menyeru kepada perpaduan dan persaudaraan?

Jawapan:

Bagi menjawab soalan ini dengan penuh sedar dan insaf, eloklah bagi semua pembaca yang prihatin terhadap urusan agama serta mencari kebenaran semata, meletakkan di hadapan matanya hakikat-hakikat ini:

Ramainya Imam-Imam Mujtahid:

Mazhab-mazhab feqah di dalam Islam tidaklah terbatas kepada empat sahaja, sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak berilmu.

Imam-imam juga bukanlah sekadar Maalik, Abu Hanifah, Syafie dan Ahmad sahaja. Bahkan telah hidup sezaman dengan mereka, imam-imam yang sama martabatnya dengan mereka di dalam ilmu dan ijtihad meskipun mungkin kefakihan dan kealiman mereka tidak melebihi imam-imam ini.

Imam al-Laith bin Sa'ad adalah sezaman dengan Imam Maalik. Imam as-Syafie telah berkata mengenainya: "AI-Laith lebih fakih daripada Maalik, tetapi pengikut dam muridnya (al-Laith) tidak menyebarkan pendapat-pendapatnya."

Di Iraq pula terdapat Sufyan al-Thauri yang tidak kurang martabat kefakihannya daripada Imam Abu Hanifah. Imam al Ghazali telah menganggapnya sebagai salah seorang Imam, daripada lima orang Imam-imam di dalam feqah. Ini ditambah pula dengan penguasaannya yang mendalam di dalam ilmu hadis sehingga dia digelar `Amirul Mukminin di dalam hadis.

Imam al-Auza'ie pula adalah Imam di Syam, yang tiada tandingannya. Mazhabnya telah digunakan di sana lebih daripada dua ratus tahun.

Di kalangan keluarga Rasulullah pula terdapat Imam Zaid bin Ali dan saudaranya Imam, Abu Ja'far bin Ali al-Baqir serta anaknya Imam Ja'far as-Sadiq. Kesemua mereka ini adalah mujtahid mutlak serta diiktiraf oleh semua ahli sunnah.

Begitulah juga dengan Imam at-Tabari yang datang selepas daripada mereka, adalah seorang mujtahid mutlak. Beliau adalah Imam di dalam feqah, tafsir, hadis dan tarikh. Mazhabnya mempunyai pengikut yang kemudian nya pupus.

Sebelum imam yang empat ini pula terdapat imam-imam, ustaz-ustaz bahkan sheikh-sheikh mereka serta guru-guru kepada sheikh-sheikh ini. Merekalah yang mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagai lautan ilmu dan pelita hidayah.

Penuntut ilmu manakah yang tidak mengenali Said bin al-Musaiyib, tujuh orang fuqahak Madinah, Towuus, `Athaa', Said bin Jubair, `lkrimah, alHasan, Ibnu Shin, as-Sha'bi, al-Aswad, `Algomah, Ibrahim, Masruq, Makhuul, az-Zuhri dan lain-lain fuqahak tabi'en yang dikeluarkan oleh madrasah para sahabat ridhwanulLahi `alaihim? Mereka menjadi tempat pergantungan imam-imam selepas mereka.

Sebelum mereka pula terdapat fuqahak sahabat yang dikeluarkan oleh madrasah ar-Rasul. Mereka menyaksikan sebab-sebab turunnya al-Quran dan datangnya sesuatu hadis. Mereka adalah orang yang paling suci kefahamannya terhadap agama, paling alim tentang makna al-Quran, paling tahu tentang maksud-maksud bahasa dan lafaznya. Siapakah yang tidak mengetahui kefaqihan Abu Bakar, Omar, Ali, Osman, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, lbnu Omar, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Mu'az bin Jabal, `Aisyah dan lain-lain Imam lagi dari kalangan sahabat? Merekalah yang diikuti lalu mendapat hidayat Ilahi.

Imam Yang Empat Tidak Pernah Mendakwa Diri Mereka Maksum.

Sesungguhnya Imam yang empat (begitu juga mujtahid-mujtahid lain) tidak pernah mendakwa diri mereka maksum. Bahkan tiada seorang ulama pun yang pernah beranggapan begitu terhadap mereka. Hakikatnya, mereka hanyalah mujtahid yang mencari kebenaran sekadar kemampuan tenaga manusia yang ada pada mereka. Sekiranya mereka betul, bagi mereka dua ganjaran dan sekiranya mereka tersilap, bagi mereka satu ganjaran. Oleh itu ramai dari mereka yang berpatah balik dari pandangan-pandangan mereka dan memilih pandangan yang lain apabila jelas dan nyata kepada mereka dalil yang lain.

Inilah rahsia kepada wujudnya lebih dari satu riwayat dalam satu masalah dari satu Imam. Telah diketahui bahawa Imam as-Syafie mempunyai dua mazhab: `Qadim' (lama) di Iraq dan `Jadid' (baru) di Mesir. Hampir-hampir tiada di sana satu masalah yang penting di dalam feqah, melainkan Imam Malik dan Imam Ahmad akan mempunyai lebih dan satu riwayat mengenainya. Begitulah juga dengan Imam Abu Hanifah. Beliau telah berpatah balik dari sebahagian pandangannya beberapa hari sebelum kematiannya.

Orang-orang yang sebelum mereka juga begitu. Saidina Omar telah berfatwa dengan satu pandangan. Setahun kemudiannya beliau berfatwa dengan apa yang menyanggahi fatwanya di tahun sebelum itu. Apabila ditanya mengenai hal itu beliau berkata: "Itu berdasarkan apa yang kita telah ketahui dan ini adalah berdasarkan kepada apa yang sedang kita tahu."

Sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah (iaitu murid atau orang yang mengikuti usul dan kaedah yang dibuat oleh imam Abu Hanifah dalam mengistinbat hukum) juga telah menyanggahi pendapatnya di dalam beratus-ratus masalah apabila jelas kepada mereka dalil-dalil, sampai kepada mereka hadis-hadis atau mereka mengetahui maslahah (kepentingan) dan keperluan manusia yang tidak ada pada zaman imam mereka atau tidak diketahui olehnya. Oleh itu sebahagian ulama-ulama Hanafiah di dalam masalah khilafiah banyak berkata: "Ini adalah perselisihan masa dan zaman, bukannya perselisihan hujah dan dalil."

Imam Abu Yusuf (sahabat besar Imam Abu Hanifah dan yang paling afdhal dan kalangan mereka) telah berbincang dengan Imam negeri hijrah (Madinah) iaitu Imam Malik bin Anas lalu bertanya kepadanya tentang kadar gantang, masalah `al-albbas' (waqaf) dan zakat sayuran. Imam Malik telah menjawabnya berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh hadis di dalam masalah itu. Imam Abu Yusuf lantas berkata: "Aku menarik balik (pendapatku) kerana kata-katamu wahai Abu Abdullah (Imam Malik bin Anas). Sekiranya sahabatku (Imam Abu Hanifah) melihat apa yang aku lihat, nescaya dia akan menarik balik (pandapatnya) sebagaimana aku."

Inilah keinsafan yang merupakan hasil dari ilmu yang tinggi dan ijtihad yang sahih. Sesungguhnya semua yang datang daripada imam-imam rahimahumalLah menegaskan hakikat ini.

Abu Hanifah telah berkata: "Inilah pandanganku. Ianya adalah pandangan yang terbaik padaku. Sesiapa yang membawa pandangan yang lebih baik, maka kami akan menerimanya."

Imam Malik juga pemah berkata: "Sesungguhnya aku adalah manusia yang betul dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dengan al-Quran dan sunnah."

Imam as-Syafie juga telah berkata: "Apabila satu hadis yang sahih bercanggah dengan pandanganku maka lontarkanlah pandanganku itu ke dinding. Jika aku melihat hujah terbentang di hadapanku, maka itulah pendapatku."

Antara kata-katanya yang menarik ialah: "Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."

Tiada Dalil Yang Menunjukkan Wajib Taqlid Mazhab Tertentu.

Sesungguhnya ikut dan taqlid salah satu daripada mazhab-mazhab ini dan imamnya di dalam semua pendapatnya, tidaklah wajib dan tidak pula sunat. Manakala kata sesetengah pengarang: "Taklid Imam yang tertentu adalah wajib", ditolak.

1: Telah sabit di dalam al-Quran, sunnah dan ijmak bahawa Allah Taala hanya mewajibkan ke atas hamba--Nya mentaati Nya dan Rasul-Nya. Allah tidak mewajibkan ke atas umat ini mentaati seseorang yang tertentu di dalam semua yang disuruh dan dilarang oleh orang itu kecuali RasululLah (s.a.w). Semua ulama telah bersepakat bahawa tiada seorang pun yang maksum di dalam semua perkara yang disuruhnya atau dilarang olehnya melainkan ar-Rasul.

Oleh itu Ibnu 'Abbas, `Athaa', Mujahid dan Malik bin Anas telahpun berkata: "Tiada seorang pun melainkan diambil kata-katanya atau ditolak melainkan RasululLah (saw)."

Jadi, mengikut orang yang tidak maksum di dalam semua yang dikatanya (pendapatnya) adalah sesat yang nyata kerana ia menjadikan kedudukan imam di kalangan pengikutnya seperti kedudukan nabi di kalangan ummatnya. Ini adalah penukaran agama dan sama seperti celaan Allah terhadap kaum Nasrani di dalam firman-Nya:

"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli Agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah..." At-Taubah: 31.

Celaan oleh Allah itu adalah kerana. mereka mentaati paderi di dalam perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh paderi mereka, seperti mana yang diberitahu oleh Rasulullah (s.a.w).

2- Imam-imam juga telah melarang orang daripada mentaqlid kepada mereka. Mereka tidak pemah mendakwa sama sekali bahawa mereka mensyariatkan kepada manusia satu agama yang mesti diikuti. Mereka juga memberi amaran supaya jangan mengambil kata-kata mereka tanpa hujah. Imam as-Syafie telah berkata: "Orang yang menuntut ilmu tanpa hujah adalah seperti pemotong kayu api pada waktu malam. Dia membawa seikat kayu api yang di dalamnya ada seekor ular. Ular itu mematuknya sedangkan dia tidak mengetahui."

AI-Muzani telah berkata di awal kitab ringkasannya: "Aku meringkaskan ini daripada ilmu as-Syafie dan makna kata-katanya untuk memudahkan pemahamannya kepada sesiapa yang menghendakinya (dengan catatan bahawa as-Syafie melarang mentaqlidnya dan orang lainnya) supaya dia melihatnya untuk agamanya dan untuk menjaga dirinya."

Imam Ahmad juga telah berkata: "Jangan mentaqlidku dan jangan mentaqlid Malik, as-Shauri atau Auza'ie. Ambillah dari mana mereka ambil." Beliau juga berkata: "Seseorang itu dianggap kurang faqih apabila ramai orang mentaqlidnya."

Imam AbuYusuf juga telah berkata: "Tidak halal bagi seseorang menggunakan kata-kata kami sehinggalah dia mengetahui dari mana kami mengambilnya (dalil yang kami gunakan)."

3- Taqlid dan taksub kepada satu-satu mazhab adalah perkara yang direka (bidaah) di dalam umat ini. Ianya menyanggahi petunjuk para salaf dan tiga kurun pertama selepas ar-Rasul. Pengarang kitab `Taqwiimul Adillah' telah berkata:

"Para sahabat, tabien dan solihin menyandarkan urusan mereka kepada hujah. Mereka menggunakan al-Quran kemudiannya sunnah dan seterusnya kata-kata orang-orang yang selepas Rasulullah apabila ianya bertepatan dengan hujah. Contohnya, seorang lelaki telah mengambil kata-kata Omar di dalam satu masalah kemudiannya dia mengambil kata-kata Ali pula di dalam masalah lain (yang bertentangan dengan kata-kata Omar). Tidak pemah wujud mazhab Omar atau pun mazhab Ali di dalam syariat. Bahkan mereka menyandarkannya terus kepada Rasulullah. Mereka hidup di kurun yang dipuji oleh Rasulullah. Mereka berpegang kepada hujah dan tidak kepada ulama-ulama ataupun diri mereka. Ulama hanyalah dijadikan hujah yang diikuti pada kurun ke empat apabila umat telah kehilangan taqwa serta malas mencari hujah dan dalil. Jadilah sebahagian daripada mereka Hanafi, sebahagian yang lain pula Maliki dan sebahagian yang lain pula Syafie. Mereka menjadikan peribadi sebagai hujah serta menggunakan mazhab sebagai neraca untuk menilai kebenaran."

Imam Sheikh Izzuddin bin Abdul Salam telah berkata: "Orang ramai sentiasa bertanya siapakah ulama yang disepakati tanpa mengira mazhabnya. Tiada seorang pula yang mengengkarinya. Hal ini berterusan sehinggalah lahimya mazhab dan golongan taksub mazhab yang bertaqlid dengan imamnya. Mereka mengikut apa yang dikatakan oleh imam mereka meskipun mazhabnya jauh daripada dalil dan bukti. Jadilah imam mereka itu seolah-olah nabi. Ini adalah jauh dan terseleweng daripada kebenaran. Tiada seorang yang berakal pun akan meredhainya."

Jelaslah di sini bahawa kewajipan seorang muslim adalah bertanya kepada ahli ilmu apabila dia tidak mampu mengetahui hukum-hakam daripada dalil-dalil. Tidak wajib dia mengikut satu mazhab yang tertentu kerana kewajipannya hanyalah apa yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Allah dan Rasul-Nya tidak mewajibkan seseorang itu menjadi Hanafiah, Syafieyah, atau lainnya. Pembentang (pensyarah) kitab `Musallamuth Thubut' telah berkata: "Mewajibkannya (taklid kepada mazhab tertentu) adalah seperti mengadakan syariat baru."

Menyanggahi Imam Tidaklah Menjejaskan Kewibawaannya.

Menyanggahi keempat-empat imam semuanya, atau sebahagiannya, tidaklah menjejaskan kewibawaan mereka. Ianya tidaklah mengurangkan kedudukan mereka atau menimbulkan tanda tanya mengenai ketinggian ilmu mereka, kesahihan ijtihad atau kejujuran mereka di dalam mencari kebenaran. Sesiapa yang menyangka begitu adalah jahil tentang hakikat dan sejarah umat ini. Bahkan mengasihi, menghormati dan memuji mereka adalah daripada, ajaran agama.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiah telah menyebut di dalam muqaddimah kitabnya, (Raf ul Malaa" `anil Aimmatil A'laam): "Kewajipan seorang muslim selepas mentaati Allah dan Rasul-Nya ialah mentaati orang yang beriman, sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran. Ketaatan ini khususnya kepada ulamak yang merupakan pewaris nabi. Mereka telah dijadikan oleh Allah seperti bintang-bintang yang menjadi pedoman di dalam gelap di daratan dan di lautan. Kaum Muslimin telah sepakat mengenai petunjuk dan ilmu mereka. Mereka adalah pengganti Rasul di dalam umatnya dan menghidupkan sunnahnya yang dilupakan. Mereka menegakkan al-Quran dan al-Quran menegakkan mereka. Al-Quran bercerita tentang mereka dan mereka bertutur dengannya."

Ibnu al-Qasim telah berkata: "Aku mendengar Malik dan alLaith bercakap mengenai perselisihan sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w): Ianya bukanlah seperti yang dikata orang, bahawa ia adalah masalah yang terdapat kebebasan di dalamnya. Tetapi ia adalah masalah silap atau betul. Malik juga telah berkata mengenai perselisihan mereka (sahabat): Ianya adalah masalah silap atau betul. Oleh itu kamu wajib berijtihad."

Jika pada pandangan Malik dan al-Laith, para sahabat juga ada yang tersilap dan ada yang betul, maka apatah lagi dengan mereka yang lain?

Ibnu Hazmin Mengharamkan Taqlid.

Sebelum ini saya telah menggunakan lafaz-lafaz yang lembut di dalam masalah taqlid. Saya menyatakannya tidak wajib dan tidak juga sunat. Tetapi sebagai menunaikan amanah ilmu, saya mesti memberitahu kepada pembaca mengenai apa yang dinyatakan oleh Ibnu Hazmin seorang faqih yang mempunyai hujah yang kuat. Beliau telah berkata: "Sesungguhnya taqlid adalah haram. Tidak boleh mengambil kata-kata sesiapapun tanpa mengetahui dalilnya melainkan kata-kata Rasulullah (s.a.w)."Hujah Ibnu Hazmin adalah:

1- Firman Allah:
Maksudnya: "Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari tuhan kamu dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain dari Allah ". AI-'Araf: 3.

Firmannya lagi:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah ", mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya ". Al-Baqarah: 170.

Allah juga telah memuji orang yang tidak bertaqlid di dalam firman-Nya:

"Oleh itu gembirakanlah hamba-hambaku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. Az-Zumar: 17-18.

2- Firman Allah:

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (AI-Quran) dan (Sunnah) RasuINya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat... An-Nisa': 59

Allah melarang kita merujuk kepada selain daripada al-Quran dan sunnah apabila berlaku perselisihan. Begitulah juga Allah melarang kita merujuk kepada kata-kata orang kerana ianya bukan al-Quran dan sunnah.

3-Semua para sahabat, tabi'en dan tabi' tabi'en telah bersepakat bahawa adalah ditegah dan mesti dihindari dari mengambil semua fatwa seseorang yang sezaman atau sebelum mereka.

Dengan itu sesiapa yang mengambil semua fatwa Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad (r.a) atau sesiapa sahaja secara khusus tanpa meninggalkan satu fatwa pun, maka tidak syak lagi beliau telah menyanggahi ijmak umat seluruhnya dari awal hinggalah akhir.

Percanggahan ini betul-betul berlaku dan tidak dapat diragukan lagi. Dia juga tidak mendapati seorang pun daripada generasi tiga kurun pertama yang dipuji (oleh Rasulullah selepas kewafatan baginda) yang boleh dijadikan ikutan. Sesungguhnya dia tidak mengikut jalan orang-orang yang beriman. Semoga Allah melindungi kita daripada termasuk dalam golongan ini.

4- Kesemua fuqahak ini telah melarang daripada bertaqlid dengan mereka. Sesungguhnya orang yang bertaqlid dengan mereka telah menyanggahi mereka.

5- Apakah kelebihan imam-imam ini sehingga mereka ini lebih utama untuk ditaqlid jika dibandingkan dengan Omar bin al-Khattab, Ali bin Abi Tholib, Ibnu Mas'ud, Ibnu Omar, Ibnu Abbas atau Aisyah Ummul Mukminin?

Sekiranya taqlid adalah suatu yang dibolehkan nescaya mereka adalah lebih berhak untuk diikuti daripada orang yang selain daripada mereka.

Pandangan Ibnu Hazmin ini adalah ditujukan kepada golongan ulama yang mengetahui al-Quran, hadis, fekah dan usul serta mempelajari bahasa dan uslub-uslubnya tetapi malas untuk memikul beban kajian dan berusaha untuk sampai kepada kebenaran.

Apabila seorang ulama yang sebenar bangun untuk menunaikan tanggungjawab ini mereka (ulama-ulama yang malas) akan berkata: "Berhenti! Siapalah engkau? Biarkanlah manusia seperti mana sekarang." Mereka menentangnya (ulama yang sebenar) seolah-olah beliau menyeru kepada kemungkaran.

Manakala orang awam pula, kita tidak menerima pendapat Ibnu Hazmin yang mengatakan bahawa taqlid juga haram bagi mereka. Kita akan bahaskan pendapatnya itu dalam sempena yang lain, ianya Allah.

Keganjilan Hukum Adalah Suatu Yang Berubah (Relatif).

Keganjilan sesuatu hukum adalah perkara yang boleh berubah (relatif). Mungkin hukum itu ganjil di satu tempat, tetapi di tempat yang lain ianya adalah masyhur dan dipelajari. Mungkin juga hukum itu pelik dan ganjil di satu zaman, tetapi kemudiannya diterima di zaman lain. Hukum yang menyanggahinya pula dianggap pelik.

Keganjilan sesuatu hukum ini bukanlah total dan tetap (mutlaq). la boleh berubah mengikut perkembangan tempat dan masa.

Contohnya di sini: Masyarakat yang bermazhab Syafie akan merasa ganjil jika bersembahyang Jumaat tanpa sembahyang sunat sebelumnya. Di ketika yang sama, masyarakat yang bermazhab Maliki akan merasa ganjil jika sembahyang sunat dilakukan sebelum sembahyang Jumaat.

Suasana dalam masyarakat Syafie akan melahirkan rasa amat ganjil apabila, seorang yang bersembahyang tidak membaca `Basmalah' sebelum membaca fatihah.

Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki yang memang tidak membacanya dan suasana masyarakat Hanafi yang membacanya perlahan.

Suasana masyarakat Syafie juga akan merasa pelik apabila seorang yang menyentuh perempuan (bukan muhrimnya) bersembahyang tanpa memperbaharui wudhu'nya.

Begitulah juga apabila mereka melihat seorang yang terkena air kencing atau tahi unta, lembu atau ternakan bersembahyang tanpa membasuhnya. Ini berbeza dengan suasana masyarakat Maliki dan lainnya yang berpandangan air kencing dan tahi binatang yang dimakan dagingnya adalah suci.

Bahkan masyarakat Syafie akan merasa amat pelik dan ganjil melihatkan seorang bersembahyang dan sebelum itu dia telah tersentuh anjing yang basah. Suasana ini adalah berlawanan dengan masyarakat Maliki yang berpandangan anjing adalah tidak najis.

Pada zaman ini juga, kita dapat melihat hukum-hukum yang dikeluarkan oleh sebahagian Imam telah membuahkan keganjilan bahkan penentangan dan kejian. Namun, setelah difikir dan diteliti nyatalah hujah, haluan dan ketepatannya dengan hikmah syara' yang didatangkan untuk membawa kemaslahatan dan mencegah keburukan. Ia seterusnya diterima setelah ditolak dan dikenali setelah ditentang.

Sebagai contohnya ialah:

Perubahan-perubahan besar yang dimasukkan ke dalam perundangan kekeluargaan yang dinamakan `undang-undang kekeluargaan'.

Antaranya ialah tidak gugur talak yang diikat dengan sesuatu jika tujuannya ialah untuk memaksa melakukan atau meninggalkan perkara yang diikat itu (contohnya: Jika kamu pulang ke rumah orang tuamu, saya ceraikan kamu), gugur talak tiga dengan satu lafaz, undang-undang wasiat wajib yang menyelamatkan zuriat bapa daripada kezaliman bapa-bapa saudara dan mengabaikan datuk dalam pusaka. Kesemua ini dianggap ganjil pada mulanya, tetapi kemudiannya telah diterima oleh umat. Tiada sebab ia tidak boleh diterima, apatah lagi dalilnya diambil daripada al-Quran.

Perkataan `ganjil' sendiri tidak mempunyai maksud yang tertentu, meskipun ia digunakan bagi menggambarkan pandangan yang bercanggah dengan pandangan Jumhur Ulama.

Ibnu Hazmin telah berkata: "Saya telah meriwayatkan pendapat-pendapat Abu Hanifah, Syafie dan Malik dalam beratus-ratus masalah. Terdapat dari kalangan mereka yang memberi pandangan yang tidak pemah diberi oleh orang sebelumnya. Oleh itu hairankah kamu!"

Pandangan Yang Masyhur Tidak Semestinya Betul.

Pandangan yang masyhur tidak semestinya betul, sebagai mana juga pandangan yang ganjil (gharib) tidak semestinya silap. Betul dan silap bukanlah perkara yang ditentukan oleh masyhur atau ganjilnya sesuatu di sisi ulama yang mencari kebenaran. Banyak hukum yang masyhur, apabila dikaji dalilnya didapati goyah dan lemah. Banyak juga hukum yang ganjil, didapati dalilnya terang seterang matahari yang tidak dilindungi awan.

Setiap Muslim yang mencari kebenaran mestilah meletakkan kekuatan hujah dan kejelasan dalil sebagai neraca, bukannya kemasyhuran sesuatu pandangan dan kuantiti orang yang berpegang kepadanya.

Sekiranya neraca kebenaran berdasarkan kepada majoriti dan kepercayaan ramai, nescaya Islam akan dikira batil di tengah agama dan kepercayaan sesat yang mempunyai ratusan juta pengikut. Allah telah berfirman:

"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (sampai mereka beriman). Yusoff 103

Firman Allah (s.w.t):

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah... Al-Anaam: 116.

Firman Allah (s.w.t):

"Tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. Ar-Ra'd: 1

Firman Allah (s.w.t):

"Akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka tidak menerimanya). Al-An am: 37

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;

"Mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib)." AI-Hujurat: 4

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;

"Mereka tidak bersyukur."

Abdullah bin Mas'ud telah menyanggahi jumhur manusia di dalam sebahagian pendirian dan pandangan. Sebahagian sahabatnya telah bertanya "Bukankah dia mengikut jamaah?" Beliau menjawab:

"Jamaah ialah apa yang menepati kebenaran meskipun engkau keseorangan."

Ibnu Mas'ud telah memberi amaran mengenai satu zaman di mana neraca berubah. Kebatilan akan diikuti oleh manusia dan kebenaran akan dianggap ganjil. Mereka menjadi biasa dengan kemungkaran dan menentang kebaikan. Beliau berkata: "Bagaimana jika anda hidup di zaman berlaku fitnah yang merangkumi seorang kanak-kanak sejak kecilnya dan orang dewasa hingga ke hari tuanya. Hinggalah fitnah itu dianggap oleh mereka sebagai satu kebiasaan. Apabila ia diubah, mereka akan berkata: "Anda mengubah kebiasaan atau ini adalah kemungkaran."

Cukuplah bagi membuktikan bahawa keganjilan hukum bukanlah bukti bahawa ianya adalah silap, sesetengah ayat hukum di dalam al-Quran yang amalannya telah ditinggalkan, hinggakan di zaman sahabat juga. Akhimya hukum ayat ini menjadi ganjil pada manusia.

Contohnya firman Allah:

"Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka) dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. An-Nisaa': 8

Sebahagian ulama menyangka ia telah dimansukhkan. Oleh itu mereka tidak beramal dengannya.

Begitulah juga dengan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah hamba-hamba kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu)... "An-Nur: 58

Ibnu 'Abbas telah berkata: "Syaitan telah melupakan manusia dan ayat ini hinggakan mereka tidak beramal dengannya."

Perselisihan Dalam Perkara `Furu' (Cabang) Tidak Membawa Kepada Perpecahan.

Perselisihan dalam perkara ijtihad yang tidak mempunyai dalil yang qat'ie dari segi kewujudan (thubut) dan dalalahnya (petunjuknya kepada sesuatu hukum), tidak seharusnya boleh membawa kepada perpecahan dan perbalahan. Para sahabat telah berselisih sesama mereka, namun tidak pernah berlaku perpecahan atau permusuhan di antara mereka.

Terdapat di kalangan sahabat, tabi'en dan orang yang selepas dari mereka orang yang membaca bismillah dan yang tidak membacanya. Ada yang membacanya kuat dan ada yang membacanya perlahan. Ada yang membaca qunut dalam sembahyang subuh dan ada yang tidak membacanya. Ada yang berwudhu' kerana berbekam, keluar darah dari hidung, muntah, memakan makanan yang terkena api (dimasak) atau memakan daging unta dan ada yang tidak berwudhu' kerana sebab-sebab tersebut.

Walaupun begitu mereka tetap menjadi makmum kepada yang lain. Abu Hanifah, Syafie dan lain-lain lagi (RidhwanulLahi `Alaihim) juga menjadi makmum kepada imam-imam Madinah yang bermazhab Maliki dan lainnya meskipun mereka tidak membaca bismillah sama ada perlahan atau kuat.

Harun ar-Rasyid telah bersembahyang menjadi imam selepas berbekam. Imam Abu Yusuf telah menjadi makmumnya dan dia tidak mengulangi sembahyang itu. Imam Malik telah memberi fatwa kepadanya bahawa tidak wajib wudhu' ke atasnya.

Imam Ahmad telah berpandangan, orang yang keluar darah dari hidungnya dan berbekam mesti memperbaharui wudhu'nya. Kemudian dia telah ditanya adakah dia akan mengikut sembahyang imam yang terkeluar darah dan tidak memperbaharui wudhu'. Beliau menjawab: "Kenapakah aku tidak bersembahyang di belakang Malik dan Sa'id bin Musayyib?"

Imam Syafie juga telah sembahyang berdekatan kubur Abu Hanifah. Beliau tidak membaca qunut kerana beradab dengan Abu Hanifah.

Kata beliau: "Kita mungkin condong kepada mazhab penduduk Iraq."

Kitab `al-Bazaziah', sebuah kitab mazhab Hanafi telah menceritakan tentang imam Abu Yusuf. Beliau telah mandi di sebuah bilik mandi pada hari Jumaat dan kemudiannya bersembahyang mengimami orang ramai. Setelah mereka bersurai, beliau telah diberitahu, terdapat bangkai tikus di dalam telaga bilik mandi itu. Beliau telah berkata: "Kalau begitu kita ambil pandangan saudara-saudara kita, penduduk Madinah: Air yang melebihi dua kolah tidak berubah hukumnya bila dimasuki najis."

Kesemua yang berlaku adalah kerana masalah ini dan yang serupa dengannya merupakan perkara yang boleh menerima banyak pandangan. Kerap kali kedua-dua pandangan di dalam sesuatu masalah disyariatkan. Jika tidak begitupun, kebenaran tidak dapat diputuskan dan mereka yang tersilap diampuni dan diganjari.

Oleh kerana itulah, para Imam di dalam masalah ini membenarkan satu pandangan dan mengiyakan juga pandangan yang menyanggahinya. Mereka berkata: "Ini lebih selamat", "Inilah yang dipilih", "Pandangan ini yang palingku sukai" atau "Saya tidak mengetahui selain darinya." Perkara-perkara sebegini banyak terdapat di dalam kitab ' alMabsuth', hadis Nabi dan kata-kata Syafie RahimahumulLah.

Semoga Allah meredhai Imam Malik yang amat memahami tentang masalah ini. As-Sayuti telah menceritakan tentang arRashid yang berbincang dengan Imam Malik untuk menggantung kitab al-Muwattha' di Ka'bah dan memaksa orang ramai mengikutnya.

Imam Malik telah berkata: "Jangan berbuat begitu. Sesungguhnya sahabat Rasulullah telah berselisih dalam perkara furuu' (cabang) dan mereka bertebaran di seluruh tempat. Sesungguhnya semua itu adalah sunnah yang telah terjadi. ArRashid kemudiannya berkata: "Semoga Allah memberikanmu taufik wahai Abu Abdullah!" Kisah yang sama juga telah diceritakan berlaku semasa pemerintahan al-Mansur.

Kesimpulannya, apa yang saya tuliskan ini bukanlah bertujuan untuk mempertahankan pengarang `hukum-hukum yang ganjil'. Saya juga tidak menyokongnya di dalam semua bahagian yang dibentang. Apa yang saya sokong ialah bentuk kajian, perbandingan dan penelitian pandangan.

Setiap Muslim hendaklah menjadikan dalil dan hujah sebagai pemandunya. Mana-mana hukum yang mempunyai dalil yang kuat, dipercayai akal dan menenangkan hati di sisinya, mestilah diamalkannya. Tiada salahnya jika hukum ini tergolong di dalam hukum-hukum yang ganjil. Dia juga tidak perlu bimbang jika hukum itu mengandungi kemudahan untuk manusia. Sememangnya agama kita tidak didatangkan melainkan untuk memudah, meringan dan memberi rahmat.

Rasulullah telah bersabda:

"Sesungguhnya aku dibangkitkan dengan agama yang mudah... "

"Permudahkan dan jangan menyusahkan.... "

"Sesungguhnya kamu dibangkitkan sebagai pemudah dan kamu tidak dibangkitkan sebagai penyusah.... "

Firman Allah:

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Al-Baqarah: 185

Firman Allah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. An-Nisa': 28

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud;

"Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatnya kepadakamu, supaya kamu bersyukur." Al-Maidah: 6.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...