ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 13 January 2015

JUMUD.

Tertarik saya untuk sama-sama kita membincangkan tentang persoalan di bawah ini:

Jumud ??? Taksub??? Rigid ??? Fanatik ??? Taklid Buta ??? Jahil Murakkab ???


Apakah maksud sebenar istilah-istilah di atas? Mohon siapa yang tahu ayuh berkongsi di sini





Sebagai contoh bila kita duduk bersama sahabat-sahabat kita untuk sembang-sembang tentang agama ISLAM khususnya, tiba-tiba ada salah seorang dari sahabat kita bertubi-tubi mengajukan soalan sebegini:

Siapa kita untuk berbincang tentang perkara ni?

Hukum dah jelas tapi kenapa kita nak persoalkan pulak?

Kita ikut je la selagi tak langgar syariat tak boleh ke?

Perlu ke kita mengkaji macam-macam tentang perkata tu?

Para Ulama dulu tak habis bincang lagi ke sampai kita pulak nak sibuk bincang lagi?

Ish kau ni, banyak pulak songeh. Tugas kita mengkaji ke? Ikut je lah......




Di atas itu adalah beberapa contoh persoalan yang kadang kala ada bermain di fikiran saya.

Adakah persoalan-persoalan yang timbul itu layak untuk saya di ketegorikan sebagai seorang yang:

Jumud ??? Taksub??? Rigid ??? Fanatik ??? Taklid Buta ??? Jahil Murakkab ???



hm... Baiklah, jom kita sama-sama melihat tentang maksud ayat ALLAH di dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-17. (tolong siapa yang boleh tulis ayat ni kongsi sini )

dan juga di dalam surah Al-A'raf ayat ke-179 (tolong lagi siapa yang boleh tulis ayat ni kongsi sini )

Quote:
Originally Posted by AceGlobal13 View Post
Ayat tersebut berbunyi:al-A`araf: 179

ولقد ذَرَأْنا لِجَهَنَّمَ كثيرًا من الجنِّ والاِنْسِ لَهُمْ قلوبٌ لا يَفْقَهُونَ بها ولَهُمْ أعيُنٌ لا يُبْصِرونَ بها ولهم آذانٌ لا يَسمَعون بها أولئك كالأنعامِ بل هم أضلّ اولئك همُ الغافلون


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai Hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami, dan mereka mempunyai Mata tetapi dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai Telinga tetapi tidak mempergunakannya untuk mendengar. Mereka (yang sedemikian sikapnya) bagaikan binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi darinya. Mereka itulah orang-orang yang lalai”

Ayat kedua: al-Baqarah: 170

واذا قِيلَ لهم اتَّّبِعوا ما أَنزَلَ الله قالوا بل نَتَّّبِعُ ما ألْفَيْنَا عليهِ أبَآءَنا أوَلَو كان أبآءُهُم لا يَعقِلون شيأً ولا يَهتَدون


“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang diturunkan Allah!” Mereka menjawab: “(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami”. (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”
Apakah pendapat sahabat-sahabatku sekalian?




Di kesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya terutamanya dan sahabat sekalian, jom kita cari ruang untuk belajar dan terus belajar.

Walaubagaimanapun ingatlah bahawa HIDAYAH adalah milik ALLAH... ALLAH MAHA MENGETAHUI... ALLAH MAHA BERKUASA...

Wallahu a'lam...

P/s: mohon tegur salah saya ye

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...