MUSLIM YANG JUMUD
Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulillah, marilah kite bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmatNya dapat lagi kite meneruskan kehidupan kite sebagai hamba Allah S.W.T dan melaksanakan tanggungjawab kite sebagai khalifah di muka bumi Allah ini dan apa yang di katakan KHALIFAH iaitu IQAMAH AD-DEEN WA SIASAH AD-DUNIA BIHI.
Pada kali ini kite akan berbicarakan berkaitan dengan keadaan umat islam yang sebahagiannya melanda pemikiran seperti ini iaitu MINDA YANG JUMUD. Sahabat2 sekalian, sebagai seorang ISLAM, adakah kite diajar supaya mempunyai minda yang JUMUD?? Adakah Nabi tercinta kite Nabi MUHAMMAD S.A.W inginkan umat yang mempunyai pemikiran yang JUMUD??
Sebelum kite berbicara secara lanjut, apakah maksud JUMUD? JUMUD ialah sempit. Minda yang JUMUD membawa maksud minda yang sempit. Kite sebagai umat Nabi tidak sepatutnye mempunyai pemikiran yang sedemikian. Bile mane kite hendak melakukan gerak kerja dakwah dengan menggunakan internet ataupun teknologi yang ade sekarang adalah salah??? Adakah ia menyerupai YAHUDI??? Maknanye semua ustaz2 yang menggunakan internet dan teknologi sekarang adalah salah dan tidak mengikut care nabi???
Pemikiran seperti ini sepatutnye kite jauhi. Sebagai pendakwah, kite perlu menggunakan apa sahaja cara untuk menyampaikan dakwah kite kepada orang ramai, kepada masyarakat umum erti ISLAM yang sebenar. Tidak perlu kite melihat kepada kejayaan dakwah seseorang itu. Saya pernah mendengar ungkapan ini dari sahabat ana, die kate : "Boleh guna teknologi tapi tidak ade kejayaan menggunakannya kerana sekiranya ada kejayaan menggunakannya sudah pasti Allah akan hantarkan kepada KEKASIHNYA."
Sahabat sekalian, saya ulang sekali lagi, tidak perlu melihat kepada kejayaan dakwah itu tapi lihatlah pada usahanya. Mursyidul Am IKHWANUL MUSLIMIN pernah berkata pada seorang pensyarah saya : " jadlah seperti air untuk berdakwah, masuklah ke mana saje medan asalkan ISLAM dapat disebarkan." Lebih kurang la ni...so, janganlah kite sempitkan pemikiran kite, luaskan minda kite untuk mencari jalan menyebarkan ISLAM sebagai AD-DEEN. Tidak cukup kite bergerak ke sana ke situ untuk berdakwah orang akan tetapi kite perlukan teknologi untuk membantu kite melaksanakan gerak kerja dakwah kite. Seandainya pihak-pihak tertentu masih berfikir sedemikian jadi xperlulah naik kereta, motor, kapal terbang dan sebagainya untuk berdakwah kerana ia BID'AH sbb zaman nabi xde bende2 cmni...So??
Hujah seperti ini tidak kena pada zaman dan tempat kerana ISLAM bersifat waqieyyah...Inilah bezanya ISLAM dengan agama-agama lain kerana ISLAM mempunyai ciri-ciri keistimewannya tersendiri.. So hendaklah kite perluaskan cara kite berdakwah kepada masyarakat supaya mereka dekat lagi kepada MAHA PENCIPTA.
Ingatlah!!!! Hindari diri dari MINDA JUMUD!!!!
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment