TIA-1MDB tiada kaitan, tegas MB Terengganu
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu menegaskan Terengganu Investment Authority (TIA) tiada kaitan langsung dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkara itu seperti yang telah dijelaskan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa peringkat awal, memang kerajaan ada membuat pelaburan atas nama TIA.
“Isu ini tidak timbul apa-apapun, 1MDB tidak ada lagi pada masa itu, jadi TIA ditubuhkan semata-mata untuk kita nak buat pilihan lain kerana kita sedia maklum hasil petroleum kita sebanyak 90 peratus penyumbang pendapatan kerajaan tidak selamanya akan dapat dipertahankan.
“Tengok tahun ini saja, kita sudah kekurangan (hasil petroleum), jadi kerana itu pada masa itulah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk membuat satu pelaburan, maka ditubuhkan TIA,” katanya.
Beliau menjelaskannya kepada media ketika ditanya isu sama ada TIA terlibat dengan 1MDB pada Sidang Dun ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam.
Menurutnya, pada awalnya sebanyak RM1 juta dilaburkan kepada 1MDB sebagai pendahuluan tetapi setelah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berasa kerajaan tidak mampu untuk mengurus dan tidak mahu ada risiko, kerajaan menarik balik dan RM1 juta itu dikembalikan.
“Maka tidak ada apa-apa kaitan antara TIA dengan 1MDB kerana pada masa itu, TIA telah ditutup,” katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Razif memberitahu, kenyataan Ahmad mengenai cagaran hasil minyak dan gas Terengganu adalah di luar pengetahuannya.
“Terengganu menggunakan konsep integriti dan saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat laporan dan bertindak mengikut saluran yang betul,” katanya.
Sebelum ini, Ahmad mendedahkan 1MDB cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu menyebabkan TIA menarik diri.

No comments:
Post a Comment