ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Thursday, 14 May 2015

Takaful sahkan pembelian bon sukuk daripada 1MDB

Takaful sahkan pembelian bon sukuk daripada 1MDB

email
comments
Takaful sahkan pembelian bon sukuk daripada 1MDB
Di peringkat kumpulan, Takaful melanggan sukuk tersebut yang akan matang pada 2039.
KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful Malaysia Berhad mengesahkan pembelian bon sukuk daripada Pihak Berkuasa Pelaburan Terengganu (TIA) pada 2009 melibatkan nilai RM85 juta.

Sukuk itu diterbitkan TIA yang kini dikenali sebagai 1MDB.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Holdings (BIMB) Datuk Seri Zukri Samat berkata Bank Islam tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB namun di peringkat kumpulan, Takaful melanggan sukuk tersebut yang akan matang pada 2039.

“Saya boleh sahkan Bank Islam tidak ada kaitan, namun Takaful mempunyai langganan sukuk yang dijamin kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kumpulan kali ke-18.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Takaful Datuk Seri Mohamed Hassan Md Kamil berkata sukuk tersebut dilanggan sebelum kewujudan 1MDB.

“Kami langgan pada 2009 sewaktu TIA menerbitkan bon dan ia dilakukan sebelum kemunculan 1MDB.”

Takaful merupakan unit di bawah BIMB.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...