ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Saturday, 9 May 2015

PENJUALAN SEMULA TANAH TH ATAS NASIHAT PM

(PENJUALAN SEMULA TANAH TH ATAS NASIHAT PM) Maksudnya Masa Beli juga Atas Nasihat PM? Hutang 1MDB juga Atas Nasihat PM, Huru hara ini dicetuskan oleh PM?


PENJELASAN TABUNG HAJI MENAMBAH LUKA RAKYAT

Hari ini ramai rakyat Malaysia tertunggu-tunggu penjelasan Tabung Haji mengenai transaksinya dengan 1MDB.

Akhirnya, penjelasan yang dinantikan itu bertukar menjadi kekecewaan.

Ia tidak lain hanya kenyataan untuk mengesahkan Tabung Haji telah selesai melaksanakan ‘tugas sucinya’ membayar RM188.5 juta kepada 1MDB. Tidak ada pembatalan transaksi, tidak ada kekesalan dan permohonan maaf.

Bahkan tidak ada penjelasan kenapa bayaran penuh dilunaskan pada masa S n P dimetrai dan bayaran yang begitu tinggi diluluskan. Juga isu-isu lain yang terdapat dalam dokumen yang dibocorkan.

Tiga hari sebelumnya, orang yang sama menafikan Tabung Haji terlibat dengan sebarang transaksi bersama 1MDB. Hari ini, beliau pula mengesahkan.

Di mana kredibiliti beliau?

Kononnya bagi menghormati perasaan pencarum, tanah berkenaan akan dijual dalam satu dua minggu ini dengan keuntungan RM 5 juta.

Katanya, atas nasihat Perdana Menteri yang diterimanya pada pagi ini. Pada masa yang sama, penjualan itu telah diluluskan oleh Lembaga Tabung Haji walaupun pada asalnya Lembaga Tabung Haji enggan menjual tanah berkenaan.

Terdapat pelbagai persoalan di sini.

Bilakah mesyuarat Lembaga yang telah meluluskan penjualan itu bersidang?

Jika sebelumnya ia enggan menjual tetapi selepas mendapat nasihat PM pada pagi ini, ia mengubah pendiriannya dengan bersetuju menjual.

Jika telah bersidang, adakah dalam tempoh sesingkat itu, satu kertas yang lengkap sebagai asas pertimbangan keputusan dibuat dapat disiapkan?

Adakah dengan ‘nasihat PM’ sebuah Lembaga boleh menukar keputusannya sebegitu mudah?

Jika itu kedudukan Lembaga Tabung Haji, bagaimana kita boleh meyakini ia telah membuat keputusan pembelian itu sebelum ini tidak semata-mata hanya atas ‘nasihat PM’??
Untuk rekod, PM juga merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Penjelasan Pengerusi Tabung Haji pagi ini hanya menambahkan luka dan mempermainkan rakyat Malaysia.

RUMUSAN

Rumusan Faiz Na'aman mengenai penjualan balik tanah Tun Razak Exchange yang telah dibeli oleh Tabung Haji dari 1MDB itu, dapat saya simpulkan bahawa:

1) Ianya tindakan tergesa-gesa atas arahan dari Najib sendiri.

2) Pengerusi Tabung Haji DS Abdul Azeez seolah-olah membuat ugutan secara tidak langsung kepada mereka yang mengkritik pembelian tanah tersebut sebelum ini apabila mengatakan bahawa Tabung Haji tidak patut dipersalahkan andai tanah tersebut dijual kepada mereka yang bukan Islam.

3) Tindakan penjualan tanah tersebut kepada pihak lain BUKAN merupakan apa yang diminta oleh kebanyakan mereka di luar sana tetapi apa yang diminta ialah Tabung Haji patut membatalkan sahaja urusan jual beli tanah tersebut dari 1MDB dimana tanah itu dipulangkan kepada 1MDB dan Tabung Haji mendapat kembali wangnya.

4) Menjual tanah kepada pihak Bukan Islam merupakan pengkhianatan kali kedua jika ianya tetap dilakukan oleh Tabung Haji tersebut setelah isu pembelian tanah itu dari 1MDB yang dilihat sebagai pengkhianatan pertama Tabung Haji terhadap para pencarum demi untuk "bail out" 1MDB.

5) Janji PM untuk tidak melindungi sesiapa dalam isu Tabung Haji tersebut jika terdapat salah laku merupakan suatu ikrar yang hipokrit kerana kita tahu bahawa PM selaku Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk memberi arahan-arahan tertentu kepada pihak pengurusan Tabung Haji terutama melibatkan urusan jual-beli atau transaksi wang yang besar. Mustahil sebagai Menteri Kewangan, DS Najib tidak tahu menahu atau terlibat dalam proses pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji tersebut sedangkan beliau sendiri pun terlibat dalam Lembaga Penasihat 1MDB secara tidak langsung sebagai mewakili kepentingan Kerajaan Malaysia dalam pelaburan syarikat tersebut.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...