ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday, 13 May 2015

NAZRI AZIZ SOKONG PEMILIHAN UMNO TAHUN DEPAN

Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun Depan !

Thursday, May 14, 20152comments

“Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Menteri MOTAC Nazri Aziz - Mkini.

Huh ?

Hanya kerana menyenaraikan kesalahan Najib dan meminta Najib letak jawatan bermakna Tun Mahathir nak beradu kekuatan ?

Sebab Tun tulis macam ni - 

Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

.... bermakna Tun Mahathir berasa dirinya lebih berpengaruh dari Najib ?

Tun hanya menyuarakan luahan rakyat yang datang mengadu kepadanya -

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya



Tun konsisten dengan pendirian ini. Perkara yang sama juga Tun luahkan dalam video interview bulan lepas.

Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan.....


Dan selepas menerima lebih banyak maklumat negatif mengenai 1MDB  -

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

Setelah surat itu tidak di layan dan Najib membiarkan masalah 1MDB semakin meruncing, barulah Tun Mahathir merasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kepada umum. Dan kerana yakin bahawa Najib bakal membawa kemusnahan kepada Umno dan bangsa  jika terus memimpin Umno ke PRU14, Tun juga menyatakan bahawa Najib sudah tidak layak lagi menjadi PM.

( Ayat2 Tun Mahathir di atas saya petik dari artikel chedet - Pilihanraya Kecil )

Nah, tang mana yang ada menunjukkan Tun merasakan dirinya lebih kuat pengaruh berbanding Najib ?


Suara Tun itu adalah suara ramai lagi rakyat di luar sana ! Tun hanya menjadi mikrofon kepada rakyat. Rakyat dah lama bersuara, namun ada Najib peduli ? 

Rakyat juga sudah menunjukkan ketidakpuasanhati terhadap Najib bila buat pertama kalinya Najib terus berkuasa sebagai PM walaupun tidak mendapat undi majoriti !

Rakyat tidak pilih Najib sebagai PM tapi rakyat memilih BN untuk terus jadi kerajaan menerusi sistem First pass the post yang kita amalkan. 

Umum sudah terima bahawa kempen BN semasa PRU13 adalah berteraskan populariti Najib menerusi kempen I Love PM dan apakah hasilnya ?  Najib kalah majoriti ! 

Namun rakyat masih mahu BN jadi kerajaan menerusi kerusi Parlimen yang lebih banyak. 

Adakah Najib nampak suara rakyat ini ? Saya rasa tidak ......Najib masih perasan rakyat sukakannya dan isterinya .... mereka berdua perasan rakyat memuja mereka.

Najib semasa di Tawau baru ni boleh pulak  nak gunakan ayat Tun Mahathir dulu bahawa walaupun satu undi lebih, dia tetap pertahankan kuasa ....... Halo Najib, PRU13 anda tewas undi majoriti la !! Anda bukan saja kurang satu undi tapi anda kurang 386,285 undi ( 3.43% ) berbanding PR. 


Lainla kalau Najib sebut kalau saya lebih satu kerusi pun, saya tetap pertahankan kuasa ....

Apapun, dari satu sudut saya SOKONG cabaran Nazri Aziz bila beliau mencabar - Nazri juga berkata Mahathir dan pemimpin Umno lain yang menentang Najib juga boleh bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan tahun depan  ... kerana itu menunjukkan yang Nazri MENYOKONG pertandingan dibuka/diadakan pada Pemilihan Umno tahun depan !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...