Terbongkar! Gelang Rosmah Mansor berharga RM1.65 Juta
SATU persatu tabiat boros isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak berjaya dibongkarkan. Kalau sebelum ini sistem kastam telah menunjukkan bahawa Rosmah Mansor ada membeli cincin mewah "“Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring", yang berharga USD 24.5 Juta (RM73 Juta).
Kali ini wartawan Free Malaysia Today telah mendapat pengesahan melalui email daripada syarikat yahudi Jacob & Co’s bahawa harga gelang yang dipakai oleh Rosmah lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta).
Gambar berikut menunjukkan Rosmah Mansor sedang bergaya dengan gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle].
Para pembaca yang dihormati sekalian, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perangai buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Duit rakyat dilakukan seperti duit bapak dia.
Bayangkan, RM1.65 Juta yang boleh digunakan untuk membina sebuah sekolah, dihabiskan sekelip mata untuk membeli gelang Bik Mama. RM73 Juta yang boleh digunakan untuk manfaat beratus-ratus malah beribu rakyat, dibelanjakan habis sekelip mata hanya untuk membeli cincin permata mewah bik Mama.
No comments:
Post a Comment