Bos TH Buat Repot Polis ! Masa Beli Senyap2, Bila Meletup Baru Gelabah ....
Thursday, May 7, 20158comments
Kelihatan Datuk Johan bergerak ke Balai Polis Dang Wangi dari bangunan TH Jalan Tun Razak.
|
Klik imej untuk besarkan...
Di bawah pula mesej Twitter dari Datuk Azeez selepas penjelasan dari Tabung Haji -
Artikel sebelum ini ada saya copypaste jawapan TH- KLiK.
Point artikel ini ?
Kenapa sebelum ni buat SENYAP2 ? Biasanya akan diadakan majlis menandatangani kontrek bagai, apatah lagi jika urusniaga menjanjikan pulangan yang lumayan kepada TH.
Tapi dalam kes ini .... SENYAP ? Kenapa, taknak dapat pujian dari pendeposit ke ?
Hanya selepas isu meletup semalam ekoran pendedahan Thebenchmark, barulah kelamkabut nak buat penjelasan, kemudian nak marah2 sebab apa yang didedahkan itu cuma separuh jer benar, diikuti dengan repot Polis mengadu difitnah ....... satu jer saya nak tanya - Kalau tak didedahkan semalam, bila agaknya rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji akan tahu benda ni ?
Apakah umat Islam yang menabung sekian lama dengan Tabung Haji dan menaruh harapan menggunung menanti giliran untuk ke Tanah Suci, tidak berhak untuk tahu apa yang pihak pengurusan Tabung Haji lakukan dengan duit mereka ?
Cuba kalau Tabung Haji war2kan berita pelaburan ini dari awal ..... apakah akan muncul artikel Benchmark semalam ?
Itu masalahnya ..... kenapa sekarang semua yang berkaitan dengan 1MDB disenyapkan ? Kalau tidak ada masalah, kenapa nak sorok ? Macam kes majlis perkahwinan anak Rosmah baru ni hingga berbalah pegawai Rosmah dengan KadirJasin ...... kalau dihebahkan dari awal, takde lah rakyat berspekulasi.
Bila tuduh yang bukan2, tahu pula nak marah !
Jadi untuk elakkan sebarang perkara yang tidak diingini, dan untuk mengelakkan rakyat dari membuat spekulasi liar, nasihat saya kepada mereka yang berurusan dalam isu yang mempunyai minat kepada umum, janganlah main sorok2.
PS - Macam rakan saya tulis dalam wassup , masa tanah dibeli dengan harga murah 1MDB pi cari Petrosaudi ( atau syarikat dari Abudhabi )..... bila dah mahal baru nak cari Tabung Haji ! Kenapa tidak dari awal cari Tabung Haji ..... atau PNB ..... atau Khazanah ?
Para pendeposit TH sepatutnya berterimakasih kepada TheBenchmark kerana hasil pendedahan semalam lah maka kita dapat tahu tentang pelaburan yang bakal mendatangkan hasil lumayan oleh TH ini..... kan ?
No comments:
Post a Comment