ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 17 May 2015



BINI NAJIB

Gaya hidup ‘mewah’ Rosmah mula jadi sasaran kritikan Dr Mahathir

Gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor menjadi topik terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri serangannya terhadap Datuk Seri Najib Razak. –

Gambar fail The Malaysian Insider,

20 April, 2015. - KAJANG : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwan beliau menyerang peribadi Datin Seri Romah Mansor.

Sebaliknya apa yang ditulisnya pada blognya sebelum ini, hanya membangkitkan persoalan cara hidup mewah isteri Perdana Menteri itu. Ia dikaitkan dengan majlis perkahwinan mewah anak Rosmah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mana kos bunganya sahaja dikatakan menelan belanja RM3 juta.

“Saya tidak attack (serang) saya kata levish life style (gaya hidup mewah). Pendapatan PM (Perdana Menteri) tidak besar tetapi cerita bunga sahaja 3 million (juta). “Betul tak betul tidak pasti kalau orang cerita tak faktual ada sedikit factual, itu yang jadi masalah, kita hidup secara sederhanalah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysian Institute, pada Rabu.

Dalam tulisan di entrinya chedet.cc pada 20 April lalu dilaporkan mengkritik gaya hidup mewah Rosmah dan menegur kelakuan Najib yang dikatakan tidak betul. -

Tun Dr Mahathir Mohamad memperhebatkan lagi asakan beliau terhadap Datuk Seri Najib Razak apabila mula menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan. Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.

"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul. "Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.

Rosmah menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen ‘Private Sydney’ harian itu dengan menyifatkannya sebagai “karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar”.

Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000 Posted on January 25, 2012 by admin Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia. “FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

“Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh,” kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu. Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen ‘Private Sydney’ harian itu dengan menyifatkannya sebagai “karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar”.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...