BAHTERA SUDAH BOCOR TIKUS LARI BEB!
Najib berdegar-degar menyematkan kata sakti Bugis untuk meyakinkan rakyat Sabah keturunan Bugis di Tawau dia tak akan meletakkan jawatan selagi rakyat dan UMNO menyokongnya. Tapi bahtera UMNO sudah bocor beb. Bala yang menimpa Najib ialah 1MDB yang dia sendiri meluluskannya sebagai syarikat kepunyaan kerajaan, dan dia sendiri menjadi pengerusi lembaga penasihatnya dan 1MDB sejak 2009 hingga sekarang kerugian RM42 bil.
Tanya Najib syaitan dan lanun mana yang menyebabkan 1MDB kerugian begitu besar? Tun M tanya Najib hal 1MDB. Najib tak jawab terus terang. Nah, sekarang Pemuda UMNO sudah buat desakan, Timbalan Perdana Menteri sendiri sokong tindakan Pemuda itu. Hishamuddin, sepupu Najib sendiri desak firma audit antarabangsa melakukan kajian forenstik akaun dengan segera, dan Shafie Apdal, juga sokong Hishamuddin.
Sekarang timbalan presiden, tiga naib presiden dan ketua Pemuda sudah buat desakan. Wanita dan Puteri mungkin menunggu masa untuk buat desakan barangkali atau kibas kain menyokong Najib dan First Lady angkat sendiri.
Nampaknya pucuk pimpinan UMNO sudah berani bersuara mencabar kepimpinan Najib yang dikuasai oleh bininya yang super rakus itu. Kongkolikong antara 1MDB dengan Tabung Haji tentang pembelian tanah sudah menimbulkan kemarahan rakyat dan para penyimpan TH yang mendesak dibatalkan jualbeli itu dan 1MDB kembalikan wang pembelian kepada TH.
Nampaknya pucuk pimpinan UMNO sudah berani bersuara mencabar kepimpinan Najib yang dikuasai oleh bininya yang super rakus itu. Kongkolikong antara 1MDB dengan Tabung Haji tentang pembelian tanah sudah menimbulkan kemarahan rakyat dan para penyimpan TH yang mendesak dibatalkan jualbeli itu dan 1MDB kembalikan wang pembelian kepada TH.
Apa yang Najib tidak ceritakan kepada rakyat Sabah di Tawau TH sudah menyelamatkan 1MDB yang menggunakan wang jualan untuk membayar sebahagian hutangnya kepada beberapa bank tempatan pada bulan Mei ini. Bukankah ini namanya "bailout"? Mengapakah Najib tidak mengarahkan 1MDB menjual tanah itu kepada syarikat-syarikat lain? Jawapannya sukar hendak mendapat pembeli yang punya wang tunai RM188.5 juta untuk bayar sekali gus kepada 1MDB. Najib boleh arah TH membeli dan membayar tunai kerana TH mempunyai ase sekitar RM50bil, dan boleh bayar tunai. Ini muslihat Najib kerana dia sudah meletakkan kroninya sebagai pengerusi TH.
Allah Maha Kuasa dan satu demi satu bala menimpa Najib. Peristiwa menggunakan wang TH untuk menyelamatkan 1MDB menjadi puncak protes rakyat terhadap Najib, dan ini akan dijaja oleh pembangkang sampai PRU 14 nanti. Demi mempertahankan kuasa politik Melayu dan UMNO Najib mesti letak jawatan sekarang. UMNO akan menempah maut menghadapi PRU 14 kalau Najib dan Rosmah masih bersemayam di Putrajaya untuk memimpin BN menghadapi PRU 14.
No comments:
Post a Comment