Apakah Dengan Jual Tanah Nama TH Akan Suci Kembali ?
Sunday, May 10, 20151comments
Semua orang dah tahu yang Tabung Haji atas dasar "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)", telah membuat keputusan akan menjual tanah kontroversi TRX seluas 1.5 ekar yang dibelinya dari 1MDB.
Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB.- astro awani.
Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/th-putuskan-jual-tanah-trx-pengerusi-th-59573?cp
"Salah satu pembeli telah menawarkan RM188.5 juta, iaitu harga yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ditambah dengan keuntungan sebanyak RM5 juta," - Sinar.
Hmmmm ....... saya dah boleh jangkakan jawapannya sekira kita bertanya soalan kenapa tidak Tabung Haji batalkan saja kontrek pembelian itu dan dikembalikan wang pembelian tanah dari 1MDB .... jawapannya sebab dah ada pembeli yang sanggup beli dengan keuntungan paling kurang RM5 juta.
Adakah tindakan Tabung Haji menjual tanah itu yang para pendeposit mahukan ? Atau pendeposit mahu transaksi itu dibatalkan ?
Adakah transaksi antara TH-1MDB akan batal dengan penjualan tanah itu oleh TH ? Tidak, transaksi itu masih wujud. TH cuma melakukan satu lagi transaksi tambahan dengan pihak lain.
Apakah melalui penjualan itu maka nama TH tidak lagi tercemar kerana terlibat dengan 1MDB ? Sebab transaksi itu masih wujud, maka kita masih katakan yang TH masih terlibat dengan 1MDB. Dan jika nama TH tercemar kerana penglibatan dengan 1MDB, maka pencemaran itu masih ada walaupun setelah tanah itu di jual kepada pihak ketiga.
Menggunakan ayat artikel di atas - perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB nama TH akan hanya bersih kembali setelah transaksi itu dibatalkan.
'Dibatalkan' di sini bermaksud tanah itu dikembalikan kepada 1MDB dan wang belian dikembalikan kepada TH. Dengan cara ini barulah boleh kita katakan transaksi itu telah terbatal.
Bukan saya yang cakap ok, tapi PM yang cakap begitu ! Saya cuma beri tafsiran tidak tercemar saja dalam konteks kes ini.
Jom kita ulangbaca apa Tun Mahathir tulis dalam artikel Tabung Haji -
3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.
7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.
8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.
Tun Mahathir pun sama dengan Najib, yakni mahukan transaksi itu dibatalkan supaya nama TH tidak tercemar kerana terlibat dengan 1MDB.
Sekali lagi saya tanya - Majoriti Pendeposit TH mahukan transaksi itu dibatalkan atau tanah itu dijual kepada pihak ketiga ? Tak sama antara keduanya.
TH nak jual kepada pihak ketiga kerana boleh dapat untung RM5 juta. Sebab RM.
TH setuju bayar 100% harga tanah kepada 1MDB kerana dakwanya ada diskaun harga jika dibayar penuh selepas sain perjanjian jual beli. Sebab RM juga.
Terbaru ada dakwaan kata 1MDB sanggup cagarkan satu lagi tanah yang nilainya 3 kali ganda dari tanah yang dibeli bagi menjamin transaksi itu !
Wow ! DESPERATEnya 1MDB nak dapatkan wang segera ..... kan ?
Kenapa tidak ada yang bertanya kepada 1MDB kenapa yang begitu terdesak nak dapatkan duit jualan itu ? Bukankah 1MDB masih ada RM4 billion di akaun BSI Singapura ?
Hasil jualan tanah ni bukannya banyak pun, tak sampai billion2 pun.... sekadar RM188.5 juta ..... kenapa sampai begitu terdesak nak cepat ? Pakai jerlah dulu duit yang ada di Singapura. RM4 billion ada tuh.....
Punyalah nak rezabkan wang di Singapura itu untuk bayar hutang luar sampai sanggup jual tanah ! Sebelum ini pun sama juga, hingga sanggup menimbulkan kontroversi menangguh hutang beberapa kali hingga terpaksa meminjam sebab nak bayar hutang RM2 billion. Kemudian pinjam lagi dari kerajaan hampir RM1 billion yang mana kegunaannya langsung tidak diberitahu.
Apapun ......... TAK BOLEH USIK DUIT DI SINGAPURA ! Baki Standby Credit dah habis di pakai ker sampai kena jual tanah pula ? ? ?
Persoalan penting yang 1MDB kena jawab - ADA KE TIDAK ADA DUIT DI SINGAPURA ITU ?
Ada laporan yang mendakwa 1MDB terpaksa bayar faedah bon sebanyak RM187.2 juta dalam waktu terdekat ( KLiK ) ..... ada kaitan ke dengan transaksi TH ini ?
Nah, bersandarkan senario di atas, salahkah kalau ramai yang punya pandangan transaksi TH-1MDB itu bermotifkan BAIL-OUT ?
Tidakkah TH dikira bersyubahat dengan 1MDB jika ternyata terlibat dalambailing out 1MDB ?
Kemelut 1MDB yang memerlukan bail out pula melibatkan banyak perkara yang mencurigakan yang setelah punyalah lama masih tidak dijawab oleh Menteri Kewangan dan 1MDB sendiri .... termasuk yang ini -
Kenapa TH pula yang tidak sabar2 menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan PAC bagi membersihkan terlebih dulu nama 1MDB sebelum berurusniaga ?
Kalaupun tanah itu terlepas pada pihak lain sebab TH lambat ambil peluang, apakah TH akan rugi ?
ITULAH ISU NYA ! Bersyubahat dengan 1MDB. Itulah yang menyebabkan ramai pendeposit melompat bila dapat tahu TH pun terlibat dalam kemelut 1MDB.
Banyak perdebatan berkisar tentang keuntungan lah, tentang nilai harga tanah la, tentang nilai dividen la .... apakah semuanya mesti kerana RM ?
Bagi syarikat biasa lain mungkin standardlah jika RM menjadi keutamaan tapi apakah RM juga menjadi keutamaan Tabung Haji ?
Kenapa 1MDB pilih Tabung Haji dan bukannya GLC lain yang juga berkemampuan baik dari segi modal maupun kemahiran ? Adakah kerana TH tidak perlu menjawab kepada mana2 board of directors, tak perlu hebahkan kepada sesiapa ? Wallahualam ..... persoalan itu terlintas juga di fikiran ....
Pendek kata, jika benar mahu mensucikan nama Tabung Haji, lakukanlah tindakan yang tepat. Bukannya dengan menjual tanah itu kepada pihak ketiga kerana takut terlepas untung RM5 juta TAPI dengan memulangkan semula tanah itu dan minta kembali wang belian dari 1MDB. Barulah suci kembali ......
Soal 1MDB nak jual kepada siapa pula tanah itu, itu soal lain untuk artikel lain. Sekarang artikel ini bincangkan tentang nasihat ' tidak tercemar 'nama TH yang disampaikan oleh PM.
Jangan kerana RM, apapun boleh .... ingat, ini TABUNG HAJI. Seperti luahan Siti Nurhaliza -
No comments:
Post a Comment