2-Jelaskan di mana dan kadar pulangannya baki sebanyak RM29 bil termasuk dana di Cayman. Jelaskan berapa yang boleh dikembalikan dan bagaimana mahu dikembalikan. Jelaskan juga kenapa 1MDB begitu kelamkabut sekali mencari wang bagi membayar hutang RM2 bil baru2 ini dan sejauh mana peranan Ananda Krishnan dalam semua ini .
3-Jelaskan kenapa begitu tinggi sekali fee yang dibayar kepada Goldman Sachs bagi penjualan bon. Kadar fee biasa hanya 1% tapi kenapa dibayar sehingga 10%
4-Jelaskan bagaimana yang dikatakan sebagai strategik dan membantu membawa masuk pelaburan luar ke dalam negara jika RM29 bil itu dilabur di luar negara.
5-Apakah wujud tipu muslihat dalam proses mengumpul dana melalui penjualan bon yang membolehkan pihak yang memilikinya, menjual dipasaran secondary untuk mendapat untuk berbillion ringgit ? Hmmm ... tak berapa faham untuk terjemahkan bab bon ini tapi melalui penjelasan rakan, ada jalan untuk membuat untung banyak jika ada satu pihak lain wujud antara Goldman Sachs dengan pembeli bon. 1MDB perlu jelaskan mekanisma penjualan bon nya.
6-Dengan pinjaman berjumlah RM42 bil dan purata faedah 6%, kos faedah saja mencecah RM2.5 bil. Jika 1MDB mengalami kerugian sejak dimulakan, jelaskan bagaimana 1MDB mahu terus menjelaskan hutang serta faedah apalagi bila nilai aset tenaga adalah di bawah kos
7-Jelaskan bentuk bisness model 1MDB. Bagaimana mahu menjana keuntungan kalau kos pinjaman saja sudah 6%
8-Jelaskan bagaimana pembangunan hartanah itu dikatakan sebagai strategik dan kenapa kita perlukan rakan kongsi dari luar sedangkan Malaysia memiliki kepakaran yang diperlukan. Tidakkah itu bakal mewujudkan lebihan ruang pejabat di KL dan meminggirkan pemaju tempatan
9-Jelaskan peranan dan tanggungjawab ahli lembaga pengarah dan pihak pengurusan dalam semua isu ini, terutamanya jika mengambilkira pendedahan oleh Sarawak Report yang tidak pernah dinafikan dengan tegas, bahawa terdapat peranan pihak luar dalam membuat keputusan
10-Jelaskan peranan Jho Low dalam 1MDB, bila bermula, sejauh mana dan siapa yang beri kuasa kepadanya untuk membuat keputusan besar bagi pihak 1MDB
Jika 1MDB boleh memberi penjelasan penuh dan memuaskan kepada semua ini, maka mereka harus berbuat demikian dengan segera untuk mengurangkan kebimbangan besar awam dan spekulasi, yang telah memberi kesan kepada nilai ringgit dan penarafan berdaulat kami. Pada masa yang sama ia akan melegakan tekanan yang besar ke atas Perdana Menteri untuk berundur.
Jika 1MDB tidak boleh menjawab dengan memuaskan walaupun satu aspek ini 10 pendedahan, maka ia adalah tanggungjawab lembaga 1MDB dan kerajaan untuk segera menubuhkan satu audit forensik, meletakkan organisasi di bawah pengurusan penjaga benar-benar baru yang terdiri daripada orang-orang yang bersifat sempurna dan mendapatkan ke bahagian bawah keseluruhan isu itu.
Audit forensik akan mempunyai mandat untuk bukan sahaja pulih sepenuhnya semua aset tetapi untuk tahan untuk akaun semua mereka yang bertanggungjawab untuk salah laku di dalam dan di luar syarikat dan membawa mereka ke muka pengadilan. Ia juga akan melihat ke dalam mengambil tindakan terhadap semua penasihat kewangan dan ganti rugi tuntutan daripada mereka untuk apa-apa yang mereka boleh lakukan untuk mencederakan 1MDB.
No comments:
Post a Comment