ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Monday, 5 January 2015

AL-MADAD

Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad Ya Rasulallah. Yang diterjemahkan: Pertolongan mu, pertolongan mu, pertolongan mu Ya Rasulullah.

Apa maksud Madad?

• مَدَد (ج. أَمْدَاد)[اسم] عون

[n] help, aid

• إِمْدَاد (ج. إِمْدَادَات)[اسم\مص.] معونة

[n/src] help, assistance

[اسم\مص.] تزويد

[n/src] equipping, providing

Sebahagian melaungkan qasidah ini tanpa ada niat memohon pertolongan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, dan kita berharap inilah yang diyakini kebanyakan mereka yang membaca Qasidah itu. Akan tetapi terdapat sebahagian mereka yang benar-benar meyakini bahawa boleh meminta tolong daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan baginda kerana mereka berpegang bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup di alam kubur, dan mampu mendoakan umatnya sebagaimana ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup.

Di sini, Al-Kahfi membawakan kepada pembaca fatwa-fatwa para ilmuan Islam berkaitan hal ini:

Fatwa Islamweb.net

Fatwa no: 230005

Tajuk:

حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة

Hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan (kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya)

Soalan:

ما حكم قول: مدد يا رسول الله، دون قصد الاستغاثة أو طلب العون؟ وما حكم من قالها جاهلا معناها؟

Apakah hukum berkata: Madad Ya Rasulullah tanpa niat memohon pertolongan? Apa pula hukumnya orang yang berkata demikian kerana tidak faham maksudnya.

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعد: فإن طلب المدد من الأموات عموما، إنما هو دعاء لغير الله تعالى، وهو شرك. وانظر الفتوى رقم: 41011 وما أحيل عليها. وإن كان القائل لا يقصد الاستغاثة، ولا طلب العون، فماذا يقصد إذن؟!

Memohon pertolongan daripada si mati secara umumnya sesungguhnya ia adalah bentuk doa kepada selain Allah. Ia syirik. Seandainya yang berkata tidak bermaksud mahu memohon pertolongan, lalu apa tujuan sebenarnya?

وعموما فمن قال ذلك وهو يجهل معناه، أو يجهل حكمه، فإنه يعذر بجهله حتى تقام عليه الحجة؛ كما سبق في الفتوى رقم: 172957

Umumnya, sesiapa yang menyatakan perkataan itu dalam keadaan jahil kepada maksudnya atau jahil kepada hukumnya, sesungguhnya dia diberikan keuzuran atau kebodohannya sehingga ditegakkan hujah kepadanya.

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=230005

Fatwa No: 41011

ما حكم من يقول: مدد يا رسول الله، أدركني يا رسول الله، يا رسول الله ادع لنا، ويعتقدون أن رسول الله حي يزورهم؟

Apakah hukumnya berkata: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, ya Rasulullah berdoalah untuk kami, dan beri’tiqad bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup dan menziarahi mereka?

Jawapan:

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:

فإن قول القائل “يا رسول الله، وأدركني يا رسول الله” هو من الدعاء الصريح لغير الله، وذلك كفر مخرج من الملة، فالله تعالى شرع لعباده أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، فلا يدعى إلا الله، ولا ينذر إلا لله، ولا يستغاث بغير الله، ولا يركع ولا يسجد إلا له… والدعاء والاستغاثة من أشرف العبادات، لاشتمالها على الذل والخضوع.

Sesungguhnya perkataan: Tolonglah kami ya Rasulullah, tunaikan permintaan kami Ya Rasulullah, merupakan doa kepada selain Allah. Ia merupakan kekufuran yang mengeluarkan daripada agama Allah. Allah mensyariatkan kepada hamba-hambaNya untuk menyembahNya dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu apa pun. Tidak dipohon doa kecuali kepada Allah, tidak dilakukan nazar kecuali kerana Allah, tidak memohon pertolongan selain daripada Allah, tidak rukuk dan sujud selain kepadanya. Doa dan istighasah (memohon pertolongan) merupakan semulia-mulia ibadat kerana ia merangkumi sifat merendah diri dan tunduk.

روى أحمد والترمذي وأبو داود وابن ماجه من حديث النعمان بن بشير أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الدعاء هو العبادة. وقرأ: وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ [غافر: 60].

وانظر المزيد في الفتوى رقم: 27752.

Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah meriwayatkan hadis an-Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berkata: Doa itu ibadah, kemudian membaca: Tuhan kalian berkata: Mintalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan.

وأما عن حياة رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه حي عند الله حياة لا كالحياة الدنيوية، فالله تعالى إذ اصطفى طائفة من خلقه بأن صيرهم بعد الموت أحياء عنده، كما قال تعالى: وَلا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران:169]. فرسول الله صلى الله عليه وسلم أولى بالاصطفاء، لأنه أفضل خلق الله،

Adapun kehidupan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, maka hidupnya di sisi Allah tidak seperti kehidupan di dunia. Sesungguhnya Allah apabila memilih sekelompok daripada makhluknya dengan membuatkan mereka hidup di sisiNya selepas kematian mereka. Sebagaimana firman Allah: Janganlah kalian menyangka mereka yang terbunuh di jalan Allah mati, bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mereka diberika rezeki. [Ali 'Imran : 169]. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lebih utama untuk terpilih kerana baginda sallallahu ‘alaihi wasallam merupakan makhluk Allah yang paling afdhal.

ولكن حياته لا تعني أنه يزور الناس في أماكنهم أو يحضر جلساتهم وأذكارهم ويدعو لهم، إذ لو جاز أن يفعل شيئا من ذلك، لفعله مع صحابته وخلفائه وهم أفضل أمته وأعز الخلق عليه.

والله أعلم.

Tetapi hidupnya tidak bermaksud baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan menziarahi manusia di tempat mereka, atau menghadiri majlis-majlis mereka, lalu berdoa untuk mereka. Seandainya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam boleh melakukan hal ini, nescaya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam akan melakukannya bersama-sama sahabat-sahabatnya, khalifah-khalifahnya kerana mereka adalah umatnya yang paling utama dan paling dicintai olehnya.

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=41011

Fatwa Shaikh Bin Baz

Soalan:

نسمع أقواما ينادون: مدد يا رسول الله، أو مدد يا نبي، فما الحكم في ذلك؟

Kami mendengar sekelompok manusia menyeru: Madad Ya Rasulallah, Madad Ya Nabi. Apakah hukum perbuatan tersebut?



هذا الكلام من الشرك الأكبر، ومعناه طلب الغوث من النبي- صلى الله عليه وسلم-

Perkataan ini merupakan satu syirik yang besar. Ia bermaksud memohon pertolongan daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.



وقد أجمع العلماء من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم- رضي الله عنهم- وأتباعهم من علماء السنة على أن الاستغاثة بالأموات من الأنبياء وغيرهم، أو الغائبين من الملائكة أو الجن وغيرهم، أو بالأصنام والأحجار والأشجار أو بالكواكب ونحوها من الشرك الأكبر

Ulama’-ulama; daripada kalangan sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in, dan jua anak-anak murid mereka daripada kalangan ulama’ Sunnah telah Ijma’ (sepakat) bahawa memohon pertolongan daripada si mati daripada kalangan nabi-nabi dan selain mereka, malaikat, jin dan selainnya, berhala, batu-batu, pokok-pokok mahupun bintang-bintang dan selainnya merupakan syirik besar.

Fatwa penuh di sini:

http://www.binbaz.org.sa/mat/229

Petikan daripada Al-Qaul Al-Mufid oleh Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

الثاني: دعاء المسألة، فهذا ليس كله شركاً، بل فيه تفصيل، فإن كان المخلوق قادراً على ذلك، فليس بشرك، كقوله: اسقني ماء لمن يستطيع ذلك. قال : “من دعاكم فأجيبوه”(1)، وقال تعالى: وإذا حضر القسمة أولو القربى واليتامى والمساكين فارزقوهم منه [النساء: 8]. فإذا مد الفقير يده، وقال: ارزقني، أي: اعطني، فليس بشرك، كما قال تعال: فارزقوهم منه، وأما أن دعا المخلوق بما لا يقدر عليه إلا الله، فإن دعوته شرك مخرج عن الملة.

مثال ذلك: أن تدعو إنساناً أن ينزل الغيث معتقداً أنه قادر على ذلك.

Kedua: Doa masalah. Untuk hal ini bukan kesemuanya menjadi syirik (apabila dipohon kepada selain Allah). Sebaliknya terdapat perincian padanya. Seandainya makhluk itu memang mampu ke atas apa yang dipohon, maka tidaklah ia menjadi syirik. Ia umpama perkataan: Berilah aku minum… kepada sesiapa yang mampu untuk memberi minuman itu. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Sesiapa yang meminta kepada kalian, tunaikanlah permintaannya [Musnad Ahmad, Abu Daud,, an-Nasaie, dan al-Hakim]. Allah Taala jua berfirman: Dan apabila sewaktu pembahagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu

Apabila seorang yang miskin menadahkan tangannya (kepada manusia), lalu berkata: Berikanlah rezeki kepada aku, ini bukanlah syirik. Ini sebagaimana firman Allah di atas: Berikanlah rezeki kepada mereka. Adapun jika seseorang memohon kepada makhluk sesuatu yang tiada sesuatu berkuasa ke atasnya melainkan Allah, maka permohonan atau doanya itu merupakan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada agama.

والمراد بقول الرسول: “من مات وهو يدعو من دون لله نداً” المراد الند في العبادة، أما الند في المسألة، ففيه التفصيل السابق. ومع الأسف، ففي بعض البلاد الإسلامية من يعتقد أن فلاناً المقبور الذي بقى جثة أو أكلته الأرض ينفع أو يضر، أو يأتي بالنسل لمن لا يولد لها، وهذا – والعياذ بالله – شرك أكبر مخرج من الملة، وإقرار هذا أشد من إقرار شرب الخمر والزنا واللواط، لأنه إقرار على كفر، وليس إقراراً على فسوق فقط.

Jadi, yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam: Barangsiapa yang mati dalam keadaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah yang dimaksudkan disini ialah penyekutuan dalam doa ibadah. Adapun penyekutuan dalam hal doa masalah, maka ia diperincikan sebagaimana telah disebutkan.

Sungguh menyedihkan, di sebahagian negara Islam, terdapat manusia yang berkeyakinan bahawa seseorang yang telah dikuburkan mampu memberi manfaat atau mudharat, mampu memberikan zuriat kepada mereka yang tiada zuriat. Ini semua – semoga dilindungi Allah- merupakan syirik yang besar yang mengeluarkan seseorang daripada agama. Berkeyakinan dengan kepercayaan ini lebih teruk daripada minum arak, zina mahupun liwat, ini kerana ia merupakan perkara membawa kepada kekufuran dan bukan setakat kepada kemaksiatan sahaja.

Dr. Safar al-Hawali hafizahullah berkata berkaitan Kehidupan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam Selepas Wafat:

أما إذا قيل: إنه ما دام حياً إذاً ندعوه، ونستغيث به، ونتوسل به، فنقول: لا، هذا خطأ، فالصحابة رضوان الله تعالى عليهم، كانوا يتوسلون بدعائه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، واستسقوا بدعائه في حياته، ولما مات استسقوا بعمه العباس ،

Adapun jika dikatakan: Sesungguhnya baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup (selepas kewafatannya), maka kita berdoa kepadanya, memohon pertolongannya, bertawassul dengannya. Kami berkata: Ini salah. Para sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in pernah bertawassul dengan doa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, dan meminta hujan dengan doa baginda sallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup. Apabila telah meninggal dunia, mereka meminta hujan melalui pakcik baginda iaitu al-’Abbas radiallahu ‘anhu.

فالنبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ موجود ولكن لم يقولوا أنه حي، وعرفوا أن هذا العمل يكون من الأحياء وأنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بموته لا تلحقه الأحكام التي كانت له في حياته ولكن في حدود ما ورد فقط،

Nabi sallallahu ‘alaihi wasalam wujud tetapi mereka (iaitu para sahabat radiallahu ‘anhum ajma’in) tidak menyatakan baginda sallallahu ‘alaihi wasallam masih hidup. Mereka memahami bahawa perbuatan (meminta doa, bertawassyul) hanya berlaku kepada yang masih hidup, dan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam apabila telah mati, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam tidak lagi terikat dengan hukum-hakam yang ada pada hidupnya, sebaliknya ia terbatas sekadar pada apa yang tertulis dalam nas sahaja.

والنبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في الحديث الصحيح أمر عمر أن يطلب من أويس القرني وهو تابعي، أن يستغفر له، فلماذا يطللب منه وهو من التابعين ولا يطلب ذلك من النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis yang sahih menyuruh ‘Umar meminta ‘Uwais al-Qarni mendoakan keampunan untuknya sedangkan ‘Uwais hanyalah seorang tabiin. Kenapa perlu meminta doa daripadanya sedangkan dia seorang tabiin, dan kenapa tidak meminta hal itu daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam?

نقول: هكذا شرع رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بعد وفاته لا نتقرب ولا نعمل أي عمل إلا بما ورد عنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقط، والكلام في هذا كثير، وحسبنا ذلك.

Kami berkata: Inilah syariat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatannya. Kita tidak mendekatkan diri kepada Allah, tidak beramal melainkan dengan apa yang datang daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahaja. Huraian tentang hal ini sungguh banyak, cukuplah untuk kita hal itu.

Saudara-saudara sekalian, renungilah hadis di bawah. Apalah sangat panggilan sayyid kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berbanding perkataan A-Madad, tetapi jika perkataan sayyid itupun Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam tegur, inikan pula perkataan al-Madad:

عَنْ مُطَرِّفٍ، قَالَ : قَالَ أَبِي : انْطَلَقْتُ فِي وَفْدِ بَنِي عَامِرٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقُلْنَا : أَنْتَ سَيِّدُنَا ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ السَّيِّدُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ‏”‏ ‏.‏ قُلْنَا : وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلاً ‏.‏ فَقَالَ ‏”‏ قُولُوا بِقَوْلِكُمْ أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ وَلاَ يَسْتَجْرِيَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ

Abdullah bin asy-Syikhkhir Radiallahu ‘anhu berkata, “Ketika aku pergi bersama delegasi Bani ‘Amir untuk menemui Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, kami berkata kepada baginda : Engkau adalah tuan kami. Baginda menjawab: Tuan kita adalah Allah Tabaraka wa Taa’la. Kami berkata lagi: Engkau adalah yang paling utama dan paling mulia. Baginda menjawab : Berkatalah dengan perkataan yang biasa kalian sebutkan atau seperti sebahagian ucapan kalian. Jangan sampai syaitan mengheret kalian. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Adab, hadis no : 4806, Shaikh al-Albani mensahihkannya]

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، يَقُولُ : عَلَى الْمِنْبَرِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ ، فَقُولُوا : عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma meriwayatkan beliau mendengar ‘Umar radiallahu berkata di atas mimbar: Aku pernah mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jangan melampau dalam memuliakan aku sebagaimana melampaunya Kristian dalam memuliahkan Ibn Maryam. Sesungguhnya aku hambaNya, sebutlah: Hamba Allah dan utusanNya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya’, hadis no: 3213]

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ النَّجْرَانِيِّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي جُنْدَبٌ ، قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ ، وَهُوَ يَقُولُ : ” إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللَّهِ ، أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، قَدِ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا ، كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا ، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا ، لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلًا ، أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ ، كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ ، أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ ، إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ ” .

Jundub radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda pada lima hari sebelum kewafatannya: Aku berlepas diri kepada Allah daripada menjadikan sesiapa di kalangan kalian sebagai kekasih ku. Sesungguhnya Allah telah menjadikan aku sebagai kekasihNya sebagaimana dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasihNya. Seandainya aku boleh mengambil seseorang daripada umat ku sebagai kekasih, nescaya aku menjadikan Abu Bakar kekasih ku. Sesungguhnya kaum sebelum kalian telah menjadikan kubur-kubur nabi dan orang soleh mereka sebagai masjid. Janganlah kalian jadikan kubur sebagai masjid, aku melarang kalian daripada hal itu.

[Sahih Muslim, Kitab al-Masajid, hadis no: 832]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا ، لَعَنَ اللَّهُ قَوْمًا اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kubur ku sembahan manusia, Allah telah melaknat kaum yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.

[Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah, hadis no: 7184, Shaikh Syu’aib al-Arnouth berkata: Isnadnya kuat]



Apakah contoh melampau dalam mengagungkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam?

Meletakkan sifat-sifat ketuhanan kepada Rasulullah sallalalhu ‘alaihi wassalam sebagaimana perkataan Al-Madad. Ia merupakan perbuatan syirik.

وأما الربوبية والإلهية فهما حق الله تعالى ، لا يشركه فى شئ منهما ملك مقرب ولا نبى مرسل .

Adapun sifat-sifat Rububiyyah mahupun Ilahiyyah. Kedua-duanya adalah hak Allah Taala. Tidak boleh menyekutukannya dengan sesuatu hatta dengan para malaikat yang rapat denganNya atau dengan para nabi yang diutus. (Fathul Majid)

قل لا أملك لنفسي نفعاً ولا ضراً إلا ما شاء الله ]الإعراف: 188[،

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mampu memberi manfaat kepada diri ku mahupun mudharat melainkan apa yang diKehendaki Allah [al-A’raf : 188]

وقال تعالى: قل إني لا أملك لكم ضراً ولا رشداً. قل إني لن يجيرني من الله أحد] الجن: 21،22[

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku tidak mampu meemudharatkan kalian dan tidak jua mampu memberi petunjuk. Sesungguhnya aku, tiada siapa pun yang dapat menyelamatkan aku daripada Allah. [al-Jin : 21-22]

فهو بشر مثلنا؛ إلا أنه يوحى إليه، قال تعال: قل إنما أنا بشر مثلكم يوحى إليّ أنما إلهكم إله واحد]فصلت: 6[

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku ini manusia seperti kalian, diberikan wahyu kepada aku. Sesungguhnya yang layak disembah hanyalah Tuhan yang Satu [Fussilat : 6]



Sumber: http://www.alhawali.com/index.cfm?method=home.SubContent&ContentID=1529

Seruan kami kepada semua umat Islam:

1) Tinggalkanlah lafaz-lafaz qasidah atau puisi yang mempunyai syubhat akidah. Qasidah, puisi semuanya bagus jika isinya bagus, dan rosak apabila isinya rosak. 2) Kembalilah kepada kesucian tauhid 3) Untuk para ilmuan Islam, bersuaralah sejelas-jelasnya menentang hal ini. Dakwah tidak dibentang dengan permaidani merah, katakan yang benar kerana keredhaan manusia kesemuanya tidak akan dapat digapai jika itulah yang kita mahukan. Carilah keredhaan Allah. 4) Untuk semua pencinta tauhid pembenci syirik, dakwahilah manusia dengan harap mereka kembali ke jalan Allah, bukan dengan cercaan dan ejekan yang hanya menjauhkan manusia daripada Allah.
Semoga Allah ampuni dosa kita semua, beri hidayah kepada kita semua untuk kembali kepada Tauhid, dan memberi kita kekuatan untuk istiqamah di atas jalan Tauhid.

Al-Madad, Al-Madad, Al-Madad…. Ya Allah.

1 comment:

  1. http://www.aswj-rg.com/2014/08/hukum-mengucapkan-madad-ya-rasulullah-pencerahan-buat-abu-anas-madani.html

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...