1MDB - Jika Najib Ikhlas, Tidak Ada Apa2 Nak Sorok .... Najib Akan Ber'Temu' dan Jelaskan Pada Rakyat
Friday, May 8, 201526comments
Boleh percayakah laporan astroawani di atas ?
Bukankah dua bulan lepas Najib dah jawab semasa peristiwa bersejarah Solidariti Bersama Najib ?
Waktu itu Ketua2 Bahagian kata - Najib dah jelaskan semuanya ..... 1MDB tidak ada masalah. Semua OK. Kita akan turun berjumpa akarumbi untuk tolong jelaskan ...... Ada mereka turun ?
Kemudian giliran Pemuda pula bulan lepas .......baik punya lambung !
Pemuda semua berpuashati dengan penjelasan Najib. Kita akan turun berjumpa akarumbi ....... ada mereka berjumpa sesiapa ?
Siapa yang tipu siapa ?
Apa yang payah sangat ni Najib ooooooi ? NAK SOROK APA ?
Adakan sesi soal jawab bersama media di mana media bebas bertanya soalan dan Najib juga bebas menjawab sambil dibantu oleh pengurusan 1MDB. Lagi baik kalau dapat adakan satu forum terbuka antara Najib dengan Tun Mahathir ..... di mana kita cuma mahukan kebenaran tentang 1MDB.
Takkan itu pun tak berani ? ? Peluang untuk settlekan masalah ini once and for all. Jimat masa, jimat tenaga, dan jimat wang ! Tak perlu nak serang sesiapa, tak perlu nak ungkit cerita tuk nenek, tak perlu tak bayar sesiapa..... kan senang begitu ?
Tak perlu nak diheret Umno dalam kemelut 1MDB ini. Malah pemimpin2 Umno pun sepatutnya bersatu suara menuntut 1MDB dan Menteri Kewangan supaya tampil dan menjelaskan duduk perkara kepada rakyat.
Ini bukan isu Umno tapi ini isu rakyat.
Beberapa bulan lalu hutang RM42 billion, sekarang dah RM49 billion ..... lagi lama lagi bertambah. Tanah yang umpama hadiah percuma pula semakin lama semakin hilang bertukar tangan ..... hasilnya buat belanja hangus bayar faedah.
Last2 habuk pun tarak ..... tanah dijual, IPP kena lelong, maruah tergadai ... hasilnya apa ?
No comments:
Post a Comment