ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday 17 February 2015

INSTITUSI MUFTI MALAYSIA DICEMARI MUFTI WAHABI.

Ketahuilah bahawa dr asri bukan pemegang ijazah Syariah & Pengajian Islam. Ijazah pertamanya hanya dalam bahasa arab dan kesusasteraan sahaja. Tanyalah beliau sendiri. Tesis MA dan Phd tu setakat menulis dan diseliakan. Jika penyelia se aliran dengannya..maka luluslah.. dan bergelar Dr. Beliau kelihatan cukup berbangga dgn jenama kedoktorannya. Kalau kita tengok kat UM, UKM n UIA..takdak pun @ jarang2 Profesor atau PMadya yg buka web/blog/e-mail guna gelaran dr. Tapi beliau tetap bangga dengan dr nya. Ni pun..tanda ujub jugalah. Saya diberitahu oleh seorang sahabat yang mengikuti lawatan Halal dgn rombongan Mufti Ke New Zealand & Australia dulu dimana dr Asri pernah menyifatkan bahawa Mufti2 lain tak setaraf dengan beliau sebab tiada PHD. Masih ingat ke tuan? Mulai dari hari tu, pegawai berkenaan jatuh tsiqah (tak percaya) dengan dr asri bin Abdul Talib @ Zainul Abidin. Jadi benarlah bahawa sikap ujub, riyak dan bongkak itu memang ada padanya. Masya Allah.
Walaupun beliau tidak mempunyai asas agama, namun beliau memiliki semangat gedebe yang lebih dan suka menonjolkan diri. Akhirnya berpaut pada kepartian dan dilantik menjadi Mufti walaupun tak layak. Hasilnya, macam-macam huru hara yang dicetusnya. Dia senantiasa mengkritik orang lain. Tetapi lupa pada dirinya sendiri. Lihatlah artikelnya. Sasaran tulisan beliau ialah JAKIM, badan agama, Para ulamak, Mufti2, Guru2 agama, Guru Pondok dan individu yang menentang pendapatnya. Dia juga banyak memperjuangkan hak bukan Islam. Sehinggakan hak istimewa umat Islam hendak diberikan kepada bukan Islam. Contohnya : Zakat boleh diberi kepada orang kafir. Daging korban & akikah boleh diberi kpd orang kafir. Najis babi & anjing tak perlu disamak. Saf kanak2 dibelakang merupakan khurafat yg disandarkan kepada feqah dan macama-macam ada. Mufti Islam ke bukan Islam ni?
Disamping itu, beliau juga adalah seorang Mufti yang fanatik. Tiada dinukilkan pendapat ulamak yang paling banyak kecuali IBN TAIMIYYAH DAN IBN QAYYIM AL-JAUZIYYAH. Apabila ada tokoh yang menentang pendapatnya dicop pula tokoh berkenaan sebagai fanatik mazhab, syiah atau ahbasyh. Fuyyooo..kelas gitu.
Masya Allah, amat malang rakyat dan Kerajaan Perlis kerana memiliki seorang Mufti yang bersifat kurang adab. Sebelum ni pun, Mufti Perak telah menegurnya, Dr Abdul Aziz Hanafi telah berdebat dengannya. Dr Badrul Amin telah menjelaskan kekeliruannya. Dr Haron Din telah tempelak mubahalahnya. Bahkan Majlis Fatwa yang bersidang di Teganu telah sepakat menolak mubahalah anjurannya. Syeikh Nuruddin Banjari telah menjawab tohmahannya..namun dia tetap berkeras kepala. Bagi saya, Dr Asri kini sama dengan asri urduniyyah yang dulu. Nasihat saya, Hati2 Tuan Mufti, jika anda tenggelam…ramai pengikut anda kelemasan nanti. Kita sebenarnya malas nak layan. Lagipun, banyak kerja yang lebih penting perlu ditumpukan. Tapi kalau tak dijelaskan fenomena ‘Asrisme’ ni..masalah jugak umat ini. Allahu akbar.
Justeru, Saya amat setuju jika beliau diperadabkan bersesuaian dengan adab2 seorang Mufti. Atau tibalah masanya, kontraknya dikaji semula. Lebih baik jika dilantik hamba Allah yang lebih bertakwa dari beliau. Demi keharmonian agama dan kesejahteraan ummat Islam di negara kita. Saya tidak mahu, kerana seekor kerbau membawa lumpur..habis institusi mufti dicemari. Ini sekadar nasihat dari seorang muslim kepada saudara seislamnya. Intabih ya khuwi. Syukran
DARI BLOG BELIAU KLIK SINI
– USTAZ MODEN :
1 – MUFTI INI PATUT DIBUANG SEGERA SEBELUM MASYARAKAT SEMAKIN BERPECAH BELAH KERANA FAHAMAN SONGSANG DIBAWA BELIAU.
2 – DAN JUGA KECENDERUNGAN KEPADA KEPARTIAN BELIAU BOLEH MEROSAKKAN PANDANGAN AWAM TERHADAP INSTITUSI MUFTI YANG SEPATUTNYA BEBAS DARI PENGARUH POLITIK MANA MANA PARTI.

2 comments:

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...