ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 13 February 2015

TAKSUB MELULU MERBAHAYAKAN AGAMA ISLAM.

Taksub melulu bahaya kepada Islam.


AL-QURAN memberikan pedoman yang sangat jelas terhadap ketaatan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada pihak Penguasa.

Asas taat ini penting kerana dari ketaatan akan lahir rasa kepatuhan, keakuran dan ketundukkan yang tinggi terhadap suruhan dan larangan Allah.

Inilah asas membangun jiwa ibadullah dan ibadur rahman iaitu asas kehambaan yang tinggi terhadap Allah. Ia senafas dengan maksud dijadikan jin dan manusia untuk beribadah kepadaNya.

Ia menjadikan manusia memiliki sifat taqarrub Ilallah iaitu kedekatan diri dengan Allah dan sentiasa melakukan sesuatu untuk mendapatkan keredaanNya.

Taksub tidak sama dengan maksud taat. Taksub adalah sifat taat yang melulu tanpa pedoman ilmu dan petunjuk Allah. Ia bercampur dengan emosi kebencian dan dendam kesumat terhadap yang lain. Ia merasakan tokoh yang dipujanya adalah segala-gala hingga kadang-kadang menganggapnya "maksum" sehingga memperleceh orang lain yang seagama sebagai kafir dan jahiliah.

Golongan taksub ini amat berbahaya bagi Islam dan umatnya kerana ia mengambil sikap memihak. Pertimbangan berasaskan keadilan tidak dijadikan pedoman. Fikiran dan hati budinya tertutup untuk melihat kebaikan orang lain. Lalu sikap serta cakapnya sering mencela orang yang tidak disukainya. Ia amat berlawanan dengan kaedah Rasulullah SAW melakukan dakwah.

Al-Quran memberikan pedoman, watawasaubil haq, watawasaubis sabr - menyampaikan yang hak atau kebenaran menuntut kesabaran. Islam juga dalam dustur (code of ethics) dakwahnya menganjurkan bil hikmah walmauizati hasanah, wajadilhum billati hai ahsan - dengan bijaksana, pekerti teladan yang baik dan hujjah yang terbaik.

Islam agama dakwah. Terlibat dalam siasah pun jalur dakwah harus menjadi keutamaan. Melakukan dakwah adalah tugas para dai' dan murabbi (pendakwah dan pendidik). Yang memberi hidayah adalah Allah. Al-Quran membenci sifat isti'jal atau gopoh yang menyebabkan tidak wujud keseimbangan antara dukungan idealisme dan pemahaman terhadap realiti.

Ia menyebabkan kerosakan dalam diri dan musibah dalam masyarakat. Diri menjadi angkuh seolah-olah dia serba tahu dan autoriti agama dan hukum berada dipundaknya. Cenderung menghukum semahu-mahunya berasaskan nafsul amarah bissuk - rasa kebencian yang tinggi terhadap orang lain. Melihat musuhnya dengan suuzzan atau sangka buruk tanpa usul periksa. Mudah menjadikan khabar angin baik dalam facebook, blog atau twitter sebagai benar dan membuat persepsi tanpa usul periksa yang menjadi pra syarat dalam Islam.

Yang taksub ini merasakan pendapatnya saja yang betul dan pendapat orang lain semuanya salah. Suka menggelar dengan kalimah hodoh seperti tahgut, kafir dan zalim tanpa menginsafi bahawa sikapnya sendiri adalah zalim.

Sikap taksub ini amat berbahaya bagi perkembangan ilmu dan pemikiran. Ulama' fekah yang terkenal seperti Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi mengambil sikap berlapang dada dalam pendekatan fekah yang diambil.

Hal-hal usul (pokok) mereka bersama, hal-hal yang furu' atau ranting mereka berbeza. Hikmah perbezaan yang dilatari adabul ikhtilaf - etika berbeza menyebabkan hikmah wehdah atau kesatuan terpelihara dan maksud beragama terjadi.

Golongan taksub ini tidak menjadi asas ilmu sebagai sumber pedoman. Sedikit ilmu yang mereka tahu, latar dulunya jahil , menjadi muallaf dakwah, berkecimpung dalam politik dan menjadi jurucakap popular untuk memecah belahkan umat.

Mereka mendapat dukungan parti walaupun kepimpinan parti tahu mereka ini kurang ilmu tetapi dikemukakan untuk mendapat sokongan popular dari masyarakat.

Sebuah parti politik yang baik akan sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap kepimpinan dan kepengikutan. Pemimpin yang baik dan berperanan membangun kesejahteraan diberikan asas taat yang berpatutan. Pemimpin yang tersilap diberikan teguran membina secara adab dan etika.

Pengikut yang silap juga diberikan teguran supaya berada di landasan yang betul. Cara begini memungkinkan pemimpin memperbetulkan kesilapannya dan pengikut menginsafi kelemahannya.

Asas taat adalah sesuatu yang amat penting. Dalam konteks memperkasa umat Melayu asas taat ini adalah pedoman perjuangan yang baik untuk maju dan berjaya. Setiap pihak harus menjaga amanah kepimpinan dan kepengikutannya.

Dari situ proses muhasabah dan pembetulan diri dapat berlaku dan kualiti kepimpinan dan kepengikutan menjadi lebih baik. Sementara ketaksuban menjadi punca perpecahan di kalangan umat Melayu. Ini adalah suatu bencana yang mesti dihindarkan.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz3RcNmCTGK
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...