HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM
HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM
Assalamualaikum. Bila membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, kita akan kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid’ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid’ah mukaffirah (Bid’ah membawa kepada kekufuran) atau bid’ah mufasikkah (bid’ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.
Pembuat bid’ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.
Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid’ah, antaranya ialah :
1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam
Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.
Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.
Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :
“Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah” *
*Lihat Sunan Abi’Asim. NO 1101. Hadis Sahih.
Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.
“Dari Wail radiallahu ‘anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan” *
*H/R Muslim 1846.
Syara’ tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :
“Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua”**
*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan
**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.
Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.
Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.
“Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu”*
*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.
Aku pastekan pendapat Ust Hasrizal lak tentang masalah ini... bukannya apa setiap kali pilihanraya, pasti isu ini dibangkitkan semula oleh golongan2 tertentu.. So korang baca r dua2 pandangan, kemudian fikirkan dan pertimbangkan dengan rasional... Itu tugas kita sebagai masyarakat, kita perlu banyak baca dan bandingkan pelbagai pendapat dan pandangan....
KEMUSYKILAN 3
Selain persoalan demokrasi dan pilihanraya, muncul pula duri-duri dan miang buluh golongan ultra salafi yang melabelkan pembangkang sebagai khawarij, mengkritik dan mempertikaikan pemerintah secara terbuka adalah suatu dosa, dan hadith-hadith yang dahulunya dipelajari secara sistematik dalam wacana Siasah Syariyyah, tiris lalu menjadi lopak-lopak di forum internet, lalu dibincangkan tanpa hujung pangkal oleh anak muda yang bernafsu tinggi kepada idea dan fikrah.
Hadith larangan menentang pemerintah selagi mana solat ditegakkan dan yang seumpama dengannya ditabur bagai butir beras kepada ayam-ayam kais ilmu pagi dan petang hingga gagal dikonsepkan dengan betul. Hadith yang dibahaskan secara tidak harmoni dengan Usul Fiqh, mengkesampingkan Qawaid Fiqhiyyah apatah lagi untuk dikukuhkan dengan sosiologi agama, menjadikan tafsiran ultra salafi sangat literalis hingga lebih mementingkan tafsirannya terhadap teks, biar pun tafsiran itu gagal menghubungkan teks dengan konteks.
Semuanya jadi sebegitu mudah, dan proses pembelajaran berstruktur lagi berintegrasi di antara pelbagai disiplin keilmuan Islam, tidak lagi dianggap perlu. Hanya dengan membaca artikel, berforum, mendengar rakaman kuliah, golongan muda ini sudah menganggap diri mereka bersedia untuk mencabut skru tanpa sedar akan upaya diri untuk memasangnya semula dengan betul.
Apa yang berlaku, hanyalah kerugian masa, tenaga dan peranan golongan sedar yang sudah sedia sedikit itu.
Besar manakah pendukung fahaman seperti ini?
Mungkin penonton Anugerah Juara Lagu lebih ramai, tetapi kuasa internet menjadikan pemikiran seorang pun, boleh menggoncang ribuan yang membacanya, lalu memberi bekas kepada proses demokrasi dan pilihanraya, khususnya kepada golongan muda.
Ia adalah contoh kesan structured knowledge yang dibentangkan sebagai bilah-bilah dialog artikel tanpa asas, atau forum yang sering terbabas.
Mungkin idea pembangkang Islamist dilabel Khawarij itu boleh dimanipulasi untuk melemahkan pembangkang dan menguntungkan pihak yang ingin menang, tetapi saya melihatnya lebih kepada gangguan sistem yang merugikan semua pihak tanpa ada sesiapa yang untung di perjalanan jangka masa panjang.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment