Firqah Khawarij, Di Malaysia Ada??
Sejarah perkembangan Islam mencatat bahawa konflik politik yang hebat telah tercetus sesudah Khalifah Uthman bin Affan syahid dibunuh oleh golongan pemberontak. Bila Sayidina Ali dilantik sebagai Khalifah, Muawiyah yang dilantik oleh Khalifah Uthman sebagai Gabenor di wilayah Syam telah mencabar kekuasaan Khalifah Ali.
Cabaran ini sampai mencetuskan peperangan Siffin. Ada satu golongan orang Islam yang dulu-dulunya menyokong kuat Sayidina Ali Bin Abi Talib sebagai khalifah yang sah, tetapi kemudian menarik balik sokongan mereka sesudah Sayidina Ali bersetuju untuk berdamai dan menamatkan konflik politik dengan Muawiyah dan penyokongnya.
Golongan tersebut kecewa dengan sikap Khalifah Ali itu dan menganggapnya sebagai seorang pemimpin yang lemah. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menamatkan konflik kepimpinan itu dengan cara mereka sendiri.
Mereka juga mengambil sikap tidak patuh kepada Khalifah Ali dan bermusuh dengan Muawiyah, lalu mereka dipanggil golongan Khawarij. Akhirnya mereka berkomplot untuk membunuh Khalifah Ali, Muawiyah dan Amru Ibnul 'Ash yang menjadi pembantu Muawiyah.
Malangnya, hanya tindakan mereka terhadap Sayidina Ali berjaya. Yang lain gagal kerana berbagai-bagi sebab. Sesudah Muawiyah mengambil alih kuasa, kaum Khawarij dibur hebat dan terpaksa bergerak "di bawah tanah". Hanya sesudah keselamatan mereka dirasa benar-benar terjamin barulah mereka muncul kembali dengan berbagai-bagai fatwa dan fahaman baru yang ganjil dan ekstrim.
Kebanyakan fatwa mereka bertujuan untuk menghalalkan tindakan pembunuhan mereka terhadap beberapa khalifah khususnya Khalifah Uthman, Ali dan Muawiyah. Bahkan sebahagian daripada mereka mengutuk Siti Aisyah dan beberapa orang sahabat Nabi saw yang terlibat dalam konflik politik pada zaman Sayidina Ali, seperti Thalhah dan Zubir Bin Awam.
Fatwa Kafir Di antara amalan yang paling digemari oleh kaum Khawarij ialah membuat fatwa kafir terhadap lawannya. Ketua kaum khawarij bernama Nafi' bin Azraq berfatwa bahawa semua orang yang menentangnya adalah kafir dan halal darahnya, halal hartanya dirampas dan halal anak isterinya. Dia melihat semua lawannya sebagai bersalah dan berdosa. Semua orang yang berdosa dihukumnya kafir.
Kaum khawarij mengambil dalil dari ayat 26-27, surah Nuh secara salah yang merakamkan doa Nabi Nuh as kepada Tuhan memohon dibinasakan semua orang kafir yang menolak seruannya supaya anak cucu mereka tidak kafir juga. Menurut pendapat Ahlil Sunnah Wal Jamaah, tuduhan kafir terhadap orang mukmin adalah suatu perbuatan yang serius dan sangat besar akibatnya tanpa sebarang bukti yang kukuh dan sah.
Rasulullah saw pernah bersabda, "Bila seseorang itu memanggil saudaranya (mukmin) dengan panggilan 'Hai kafir, maka tetaplah tuduhan itu atas salah seorang daripadanya. Dalam riwayat lain hadis itu ditambah : "Jika orang yang dituduh itu tidak kafir, maka tetaplah hukuman itu kembali kepada orang yang menuduh." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Kaum Khawarij berfatwa bahawa orang mukmin itu tidak cukup dengan melafazkan kalimah syahadah sahaja.
Mereka menetapkan bahawa amalan seseorang mukmin menjadikan dia benar-benar mukmin atau kafir. Maka orang yang melakukan maksiat sama ada dosanya besar atau kecil, semuanya dihukumkan kafir. Oleh itu, Muawiyah Bin Abi Sufyan yang menentang Khailfah Ali dihukum sebagai kafir.
Begitu juga Siti Aisyah yang terlibat dalam Perang Jamal menentang Ali dihukum kafir juga. Menurut fatwa Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa syarat iman hanya dua, "Berikrar dengan lisan dan membenarkan dengan hati". Kalau orang yang telah berbuat demikian tiba-tiba terbunuh dalam satu kemalangan , dia dihukum mukmin walaupun belum sempat melaksanakan segala perintah Allah seperti sembahyang, puasa dan lain-lain.
Bila seorang mukmin melakukan segala perintah ibadah dengan baik, orang itu dihukum sebagai mukmin yang sempurna. Yang boleh dihukum sebagai kafir berdasarkan amalan mereka menurut Ahli Sunnah Waljamaah ialah orang yang tidak mendirikan solat misalnya dan berzina sambil berkeyakinan bahawa segala perintah yang terangkum dalam rukun Islam bukan perintah Allah, atau segala macam jenayah seperti mencuri danmaksiat seperti berzina tidak dilarang oleh Allah.
Tiada Dosa Kecil Menurut fatwa kaum Khawarij semua dosa yang dilakukan oleh manusia ialah dosa besar, tidak ada dosa yang boleh dihitung dosa kecil. Maka orang yang melakukan dosa kecil pun akan dihukum di dalam neraka. Fatwa ini bersifat melampau dan ekstrim pada hal Allah berfirman pada surah An-Nisa', ayat 31 yang bermaksud, "Jika kamu jauhi larangan besar, Kami ampuni perbuatan (dosa kecil) yang kamu lakukan". Ayat ini menjelaskan adanya dosa besar dan dosa kecil yang dilakukan oleh orang mukmin.
Jika mereka tidak melakukan dosa besar, Allah mengampuni segala dosa kecil mereka. Hanya bila dosa besar dilakukan juga, segala dosa kecil tidak akan diampuni, apalagi dosa besar dan orang yang melakukannya (dosa kecil atau besar) akan dihukum.
Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, dosa besar dikenal pasti sebanyak 7 jenis sahaja :- Syirik atau menyamakan Allah dengan makhluk.
Mengamalkan sihir.
Membunuh manusia tanpa alasan yang benar.
Mengambil harta kepunyaan anak-anak yatim.
Memakan riba dengan secara berganda.
Lari dari medan perang kerana agama Allah.
Menuduh curang wanita yang baik.
Dosa syirik tidak diampuni oleh Allah kecuali denga taubat nasuha dari pelakunya. Menurut Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah orang yang melakukan dosa (kecuali syirik) terus menerus tidak menjadikan dia kafir.
Jika dia masih beriman, dia adalah Muslim yang fasik atau derhaka. Orang ini di akhirat akan menerima hukuman atas dosa yang telah dilakukannya. Sesudah habis tempoh hukumannya dia akan dipindahkan dari neraka ke syurga.
Ada sebuah hadis riwayat Bukhari yang meriwayatkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud," Di akhirat kelak semua ahli syurga akan dimasukkan ke dalam syurga dan ahli neraka akan dimasukkan ke dalam neraka. Kemudian Allah memerintahkan malaikat mengeluarkan ahli neraka yang menyimpan dalam hatinya iman sehalus zarah, lalu dikeluarkan mereka daripada neraka".
Dengan kata lain, orang yang beriman walaupun hanya di bibir dan sekelumit di dalam hatinya, tetapi melakukan banyak dosa akan dihukum berdasarkan dosanya, tetapi akan dibebaskan daripada hukuman itu apabila habis tempoh hukumannya kecuali orang kafir yang akan menerima pembalasan dan hukuman selama-lamanya.
Anak Orang Kafir Satu lagi fatwa kaum khawarij yang keras dan melampau ialah mengenai anak orang kafir yang mati pada masa kecil. Menurut mereka anak itu akan masuk neraka kerana mereka kafir menurut kekufuran ibu bapa mereka.
Menurut fatwa Ahli Sunnah Waljamaah, anak kecil yang belum berumur baligh belum dikira berdosa kerana belum terlibat dalam hukum agama dan tidak pula mewarisi dosa ibu bapanya, walaupun ibu bapanya kafir. Oleh itu, bayi yang meninggal dunia akan dimasukkan ke dalam syurga, walau ibu bapanya kafir.
Kenapa Tok Guru bersedih?? Nak tanya Tok Guru di Malaysia ni juak sinonim "Khawarij" ada di belah mana?? Tentu Tok Guru pun malu nak jawab...kih kih kih. Wallahu' alam.
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment