ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Friday, 20 February 2015

JAHILLIYAH

Pengalaman saya, manusia yang saya jumpa semua nak jadi baik. Belum pernah saya jumpa yang memang nak jadi jahat. Sejahat-jahat yang saya jumpa pun tetap terzahir ‘kebaikan’ pada diri mereka sekalipun sedikit.

Seperti yang diketahui, fitrah manusia itu adalah selari dengan kebaikan.

“ Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya, sama ada menjadi yahudi, nasrani dan majusi. ”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

Manusia asalnya baik. Seperti asalnya roh ketika di alam arwah yang berikrar akan Allah itu adalah Rabbnya.

“ Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap ruh mereka (Berfirman Allah Taala), ‘Bukankah Aku ini tuhanmu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau tuhan kami), kami bersaksi.’ (Kami melakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya ketika itu kami lalai terhadap perkara ini. ”

[Al- A’raaf: 172]

Dek kerana perjalanan seorang hamba menuntutnya transit di alam dunia. Maka, banyaknya manusia yang asalnya baik itu bertukar menjadi jahat. ‘Perubahan’ ini didorong atas banyak faktor. Bermula dengan didikan ibu bapa yang salah, pergaulan dengan teman yang jahat, atau persekitaran yang rosak.

Islam datang memperbaiki keadaan ini. Islam menyediakan cara hidup yang menjamin seseorang yang fitrahnya baik itu untuk kekal baik. Manakala yang terlanjur jahat itu dituntut untuk kembali menjadi baik dengan mengamalkan Islam.

Seseorang yang mengabaikan Islam dalam kehidupannya di dunia ini, automatiknya dia adalah seorang yang jahat (melainkan Islam tidak sampai kepadanya).

Baik atau jahat sebenarnya dinilai melalui pandangan Allah Taala. Pandangan manusia hanya terlihat pada yang zahir semata-mata. Yang baik pada pandangan Allah Taala itulah kebaikan yang hakiki dan paksi kepada kebaikan ini adalah keimanan. Ya, keimanan. Tanpa keimanan, kebaikan apa jua adalah sia-sia.

“ Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”

[Al- Furqaan: 23]

Karat Jahiliyyah

Sepanjang saya menjalani proses tarbiyyah, bergerak ke arah kebaikan acap kali tersekat dengan karat jahiliyyah yang sangat kuat melekat. Tarbiyyah dan jahiliyyah saling bertentangan antara satu sama lain. Atas sebab inilah tarbiyyah perlu berterusan demi menolak unsur-unsur jahiliyyah masuk menjadi sebati dalam diri.

As Syahid Sayyid Qutb menjelaskan jahiliyyah hakikatnya adalah penyelewengan daripada jalan Islam. Ia wujud tanpa mengira tempat atau waktu. Jahiliyyah dan Islam tidak dapat bercampur.

Sayyid Qutb mengumpamakan jahiliyyah seperti ‘permainan kanak-kanak’ yang leka dalam dunia fantasinya. Analogi mudah ialah seperti kanak-kanak yang asyik bermain ‘masak-masak’. Dari sudut pandangan orang dewasa ia hanyalah satu perkara yang tiada nilainya. Benda yang dibuat bukan `real’ tetapi telatah mereka seperti ia benar-benar berlaku. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan keseronokan bermain tidak boleh dikacau. Mereka menjadi marah bila keselesaannya diganggu.

Apabila kita memahami Islam dengan pemahaman yang sebenar, maka kita merasa hairan dan kasihan terhadap manusia yang berlumba-lumba mengejar ‘jahiliyyah’. Perkara yang tiada nilai disisi Allah Taala ini, diusahakan dan dipertahankan sehingga menjadi darah daging yang sukar dipisahkan. Ia melibatkan pelbagai aspek dari masalah dalaman hati hinggalah terhadap aspek luaran individu, masyarakat dan negara. [1]

Generasi awal jahiliyyah yang wujud pada zaman Nabi Muhammad S.A.W telah ditelan zaman, tetapi sifat jahiliyyah itulah yang diwarisi zaman- berzaman.

Sifat jahiliyyah sukar dibuang melainkan dengan mengambil Islam dengan pemahaman dan praktis yang benar. Karat jahiliyyah yang telah mendarah daging mesti dikikis dengan tarbiyyah yang berterusan.

Belenggu Nafsu

Nafsu dan manusia berpisah tiada. Nafsu sebahagian daripada manusia. Apa yang perlu dilakukan adalah menundukkan nafsu. Jangan biarkan nafsu menjadi raja, biar hati dan akal yang sihat serta jiwa yang bersih yang menjadi nakhoda.

“ Tidak benar-benar beriman seseorang sehingga hawa nafsunya tunduk kepada apa yang telah aku sampaikan.”

[Riwayat Al Hakim]

Perkataan ‘al- hawa’ ditinjau daripada bahasa bermaksud kecenderungan, keinginan atau kecintaan yang mutlak. Manakala, ‘al- hawa’ disebut secara mutlak seperti dalam hadis ini membawa maksud kecenderungan kepada apa yang menyalahi kebenaran.

Ternyata, hawa nafsu ini memberi impak yang besar kepada keimanan kita. Seseorang memiliki kecacatan (meskipun tidak jatuh kepada kufur) pada imannya apabila tidak mampu menundukkan hawa nafsunya.

Melawan hawa nafsu ini memerlukan mujahadah dan mujahadah melawan hawa nafsu itu adalah sangat berat. Tidak tertanggung melainkan dengan keikhlasan memohon pertolongan Allah jua.

Gari Duniawi

Hakikat kehidupan masa kini menyaksikan urusan dunia seakan menghantui kita. Kesibukan rutin kerja yang gagal disusun akan menghalang kita melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim.

Kita sebagai muslim tentunya mempunyai tanggungjawab yang sedia maklum merangkumi tanggungjawab kita kepada Allah sebagai Ilaah dan Rabb juga tanggungjawab kita dengan sesama manusia.

Sesungguhnya matlamat utama kita adalah sebagai hamba dan khalifah Allah. Justeru, matlamat ini adalah menjadi keutamaan mengatasi matlamat-matlamat yang lain.

Penutup: 3 Serangkai

3 perkara ini iaitu karat jahiliyyah, belenggu nafsu dan gari dunia adalah umpama 3 serangkai yang bersiap sedia mengheret kita ke dalam penjara jiwa. Jiwa kita akan terperangkap malahan menjadi hamba kepada 3 serangkai ini jika kita tidak membebaskan jiwa dengan mengikuti syariat Ilahi.

3 serangkai ini jugalah menjadi ‘senjata’ syaitan yang ampuh untuk menyerang kita bertubi-tubi ditambah dengan ‘senjata- senjata canggih’ yang lain.

Maka, bagaimanakah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘senjata- senjata’ ini? Adakah dengan biasa-biasa sahaja, buat-buat tak tahu atau berjuang bersungguh-sungguh agar tidak tewas dalam medan ‘perang’ antara syaitan dan manusia? Pilihan adalah di tangan kita.

“ Dan janganlah syaitan menghalang kamu (daripada menuruti jalan yang benar), sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. ”

[Az- Zukhruf: 62]

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...