Honestly, rasanya kalau letak Nuha lagi lah sedap kena balun dalam media baru. Kalau confirmed sahaja Nuha, rasanya bertalu-talu serangan terhadap keluarga dan Istana Segambut merebak di dalam media. Tak percaya? Cuba.
Kak Wan kena fikir panjang. Ada inner circle yang sengaja mahu Kak Wan letakkan Nuha, dan akhirnya pengaruh keluarga Istana Segambut sendiri akan musnah dan hancur. Siapa untung? Kak Wan patut tanya siapa yang untung di kalangan inner circle Kak Wan itu.
Blog ini percaya Kak Wan pun tahu, bagaimana orang kuat di dalam inner circle Istana Segambut juga relay banyak informasi dalaman kepada lawan. Kak Wan tahu. Kak Wan tahu juga ada orang kuat yang banyak buat side deal dengan pemimpin UMNO. Kak Wan tahu.
Tapi kenapa tak ambil tindakan? Sebab Kak Wan bukan Presiden yang ada tulang belakang. Weak. Kalau angin kuat sedikit, Kak Wan boleh rebah.
Cuba Kak Wan fikir siapa yang pertama sekali sebut nama Nuha di dalam mesyuarat inner circle. Bukan Pak Sheikh. Bukan Kak Wan. Bukan juga Rafizi. Siapa? Kenapa dia nak sangat Nuha bertanding.
Kepada sesetengah orang, keluarga Istana Segambut sudah tidak lagi sinonim dengan REFORMASI. Sudah jauh. Mereka sudah tak percaya.
Untuk guna Nuha sebagai poster girl Free Anwar mungkin ok. Tapi nak suruh Nuha bertanding sebenarnya nak mendatangkan masalah kepada keluarga.
Kak Wan tengok situasi Izzah? Nuha juga nak kena benda yang sama?
Sebagai Presiden, Kak Wan perlu gunakan kuasa dan berikan wisdom yang sebenar.
Siapa pemimpin paling diketepikan (tanpa sebab) di dalam PKR.
Yes. Yusmadi.
Yusmadi wajar diberikan peluang. Kembalikan Yusmadi di dalam special circle Kak Wan. Tidak perlu masuk inner circle yang biasa itu. Buat layer lain.
Hati-hatilah Kak Wan. Dalam derita Kak Wan, masih ramai yang nak main game. Pada mereka, kuasa lebih penting. Air mata Kak Wan sudah turun nilai. Free pun belum tentu orang beli.
Lelaki A
Boss, apa jadi lepas ni? PS (Pak Sheikh) dah masuk dalam? Kita macamana? Takkan nak duduk diam sahaja? We need to do something. At least to show our support to KW (Kak Wan).
Lelaki B
Bro, lu ni sampai bila nak jadi bodoh? Berbelas tahun kita ikut dia. Berbelas tahun. Don’t you think this is his fault. Semua orang cakap benda sama bila mat tu masuk office dia. Same thing. Buat juga. To me, he is already a history. We need to move forward bro.
Lelaki A
Betul tu boss. Tapi kesian KW and family. Boss tahulah dia bukan kuat sangat. Tak macam dulu. 1998/9 was different. Ini masa lain. Masa tu funding pun hebat. Sekarang? Kita pun tahu letih.
Lelaki B
Tahu pun. Sebab itu aku kata, don’t be a fool. PS selalu quote Confucius. Bro pun ingat.
“Before you embark on a journey of revenge, dig two graves.”
Dia pun tahu risiko. Dia ok lah. Harta ratusan juta. Kita ni? Kita ni baru nak hidup bro. Jangan jadi bodoh.
Lelaki A
Cadangan boss?
Lelaki B
Pada aku, Anwar ni dah habis time bro. Dah out. Orang pun dah penat. Nak suruh orang tinggal kerja, anak, bini; nak menjerit balik ‘Free Anwar’, aku tak rasa orang nak lah bro. Kerja bodoh.
Aku akan cakap dengan Azmin, buat duit. Buat sebanyak mana duit. Kalau dia nak jadi Presiden PKR/Ketua Pembangkang, kita bantu sampai habis. Tak guna kita protect Anwar bro. Dah habis cerita. Ni ada dengar, dia nak anak dia Nuha pulak bertanding. Ni apa kes? Dia ingat ini parti keluarga ke?
Mak Janda tu satu hal. Ni Nuha pulak. Lepas ni kalau dia pun jadi solo…apa pulak orang kata. Bodoh la.
Lelaki A
Ok lah macam tu boss. Kita support Azmin habis-habisan.
Lelaki B
Politik kena pandai bro. Jangan ikut kebodohan orang. Kita ikut Azmin. Dia leader baru kita bro.
Anwar? Biar dia rilek la bro. Dalam Sg Buloh pun banyak punggung apa!
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
No comments:
Post a Comment