Sebagaimana telah kita pelajari daripada al-Quran, orang-orang yang beriman menghadapi sekelompok orang kafir dan munafik yang menggunakan berbagai cara untuk menyesatkan mereka dari jalan yang benar.
Al-Quran memberikan contoh terperinci tentang penghinaan dan umpatan yang digunakan oleh orang-orang kafir: “Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah s.w.t, gangguan yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.” ( Ali Imran: 186)
Di dalam ayat di atas, Allah s.w.t menjelaskan bahawa pembohongan dan fitnah yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman sebenarnya baik bagi mereka. Dalam ayat lainnya, Allah s.w.t menghubungkan kenyataan tersebut dengan contoh lain pada masa Rasulullah s.a.w, yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan dia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil sebahagian terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.” (an-Nur: 11)
Keadaan yang dihadapi oleh orang-orang yang beriman pada masa lalu ini merupakan taktik yang dimainkan oleh para golongan kafir untuk menghalang dan menjauhkan mereka dari ketaatan pada prinsip-prinsip Islam. Namun, orang-orang yang beriman tetap teguh menyakini bahawa maksud jahat ini pada akhirnya akan terungkap dan menguntungkan orang-orang yang beriman tersebut.
Itulah sebabnya mengapa orang-orang yang merespon fitnah mereka dengan sikap biasa saja dan bijaksana. Tidak meskipun mereka lupa bahawa kesabaran dan rasa percaya mereka kepada Allah s.w.t akan membawa kepada kejayaan.
Mereka menyedari seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang tetap bersabar, Allah s.w.t akan membuatnya sabar. Tidak ada anugerah yang lebih baik daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari)
Sebagaimana contoh-contoh pada masa lalu tersebut, amatlah penting bagi orang-orang yang beriman sekarang ini untuk menyerahkan diri mereka akan kebenaran bahawa segalanya berjalan sesuai dengan maksud Ilahi.
Seseorang mukmin yang hidup dengan prinsip-prinsip ini juga akan mendapat ganjaran terbesar di dunia. Kerana Allah s.w.t berjanji untuk menolong hamba-Nya yang percaya pada-Nya. Dan Dia memastikan bahawa mereka tidak akan mencari jalan keluar lainnya selain dengan-Nya.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang mampu mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu? Lantaran itu hendaklah kepada Allah sahaja mereka mukmin bertawakal.” (Ali Imran: 160)
Sepanjang sejarah, masyarakat kafir selalu menganggap bahawa komitmen golongan mukminin terhadap agama Allah s.w.t, cara hidup mereka dengan prinsip-prinsip Islam, serta penyebaran risalah Allah s.w.t ini adalah ancaman bagi mereka. Itulah sebabnya mengapa, demi untuk menghancurkan akhlak golongan mukminin mereka melakukan cara-cara yang jahat seperti memfitnah dan menipu daya. Jika cara-cara demikian gagal, mereka tidak segan-segan melakukan cara-cara yang lebih keras, seperti mengancam, menyekap, dan menangkap atau menyeret golongan Mukmin keluar daripada rumah mereka.
Perlakuan buruk yang diterima oleh golongan beriman dalam perjuangan mereka dengan orang-orang kafir adalah bukti betapa orang-orang yang kafir itu tidak tahu malu. Namun orang-orang mukmin selalu mencari kebaikan dalam perlakuan kasar yang mereka terima. Mereka tahu bahawa Allah s.w.t pasti telah menggariskan perkara tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu. Mereka sangat sedar bahawa kebajikan yang benar adalah dengan bersabar dan yakin kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t menggambarkan perkara ini dalam ayat berikut:
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu adalah beriman kepada Allah s.w.t, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang yang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (al-Baqarah: 177)
Sebahagian dari sifat positif yang istimewa ini diilustrasikan dalam surah al-Ahzab, dihubungkan dengan peristiwa yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Menurut kisah tersebut, selama pertempuran orang-orang Mukmin diuji dan didera penderitaan ketika golongan kafir menyerang mereka dari segala penjuru. Dalam keadaan demikian, golongan munafik dan mereka yang memiliki penyakit di hatinya memberikan berbagai alasan yang menujukkan siapa diri mereka sebenarnya. Dalam situasi demikian, golongan munafik yang telah berbaur selama beberapa waktu dengan komuniti golongan Mukim ini mulai dikenali sebagai ‘gergaji mata dua’. Orang seperti itu tidak ada bezanya dengan sel-sel barah yang membiak di dalam tubuh. Mereka cepat sekali mundur pada ketika-ketika sukar, walaupun pertolongan dan rezeki Allah s.w.t selalu diberikan kepada orang-orang yang beriman.
Sementara golongan munafik menghina, orang-orang yang beriman yakin akan kebaikan dalam kesukaran yang mereka hadapi. Seseorang Mukmin menyedarkan diri mereka sendiri untuk menjalankan apa yang diperintahkan di dalam al-Quran, dan mencapai tingkat keimanan dan kesetiaan kepada Allah s.w.t yang lebih tinggi.
“Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan Allah s.w.t dan Rasul-Nya kepada kita.’ Dan benarlah Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.” (al-Ahzab: 22)
Sebagaimana yang dicontohkan di atas, ujian boleh menjadi sebuah keberkahan yang besar bagi orang-orang yang beriman, sementara bagi orang-orang yang yang tidak dapat menghargai kebaikan, ujian yang sama dapat menyesatkan mereka kepada kekufuran. Sedangkan ujian tersebut diberikan untuk menghapuskan usaha-usaha golongan kafir serta untuk membezakan kebaikan dari kejahatan. Dalam surah al-Ahzab dikisahkan tentang orang beriman yang tidak mampu mencapai kejayaan, lantaran itu dia marah dan dengki, yang bermakud: “Dan Allah menghalau mereka yang kafir itu yang keadaan mereka penuh kejengkelan, (lagi) mereka tidak memperolehi keuntungan apa pun. Dan Allah menghindarkan orang-orang mukmin dari peperangan. Dan adalah Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (al-Ahzab: 25)
ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment