ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Tuesday, 17 February 2015

8 DALIL NIK AZIZ TERGELINCIR DARI AQIDAH ASWAJA.

FAHAMAN WAHHABI dan NIK ABDUL AZIZ
1. ‘AQIDAH MENJISIMKAN ALLAH
· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BENTUK
– Wahhabi mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia berupa wajahNya, mereka berkata : “Allah ta’ala mempunyai zat yang berbentuk” – Rujuk : ‘Aqidah Ahlul Iman fi Khalqi Adam ‘ala Shurati al-Rahman, Karangan Mahmud al-Tuwaijiri, m/s : 40, 91, Darul Liwa’ Riyadh
– Pemimpin Wahhabi ( Ibnu Baz )mengatakan : “Penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela” – Rujuk : ‘Tanbihat fi Rod ‘ala Man Taawwal Sifat” m/s :19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah Lilifta’.
– Berkata pula Nik Abdul Aziz :
“..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya
– Nik Abdul Aziz katanya lagi :
“..jadi denge sebab Allah ta’ala ni ye lebih bghego (berharga) ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah (di atas)..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.
2. AMALAN MAULID NABI
– Wahhabi mengharamkan perayaan dan jamuan makan sempena maulid Nabi, mereka juga mengatakan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan Yahudi – Rujuk : ‘al-Tauhid, m/s : 116. Riyadh Saudi
– Ibnu Baz pula berkata : ”Perayaan Maulidur-Rasul adalah menyamai orang Yahudi”.- Rujuk : Tahzir min al-Bid’ah, m/s : 5
– Nik Abdul Aziz pula katanya :
“..kito buat maulud ni pertamanya krano kito nak bertanding nok betewah…denge org kristian..” – Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul
3. ORANG ISLAM
– Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang mengingkari aqidah mereka (Wahhabi) yang sesat – Rujuk : Suhubul Wabilah, sebagaimana yang diceritakan dalam kitab karangan Mufti Mekah, Muhamad bin Abdullah al-Hanbali
” Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:
“Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan jikalau melawan umno tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.
4. MENGATAKAN ARAH ATAS KEMULIAAN BAGI ALLAH
– Golongan Mujassimah dan Wahhabi mengatakan arah atas bukan seperti arah di bawah, arah di bawah merupakan kekurangan bagiNya, wajib menyucikan Allah daripadaNya. Adapun arah atas merupakan kesempurnaan bagiNya mulia dan sebagainya.
– Nik Abdul Aziz pula berkata :
“..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..mulia..terhormat bernilai..de begitu begini..mako umumnyo oghe-oghe besa oghe-oghe terhormat ni duduk datah..aa..gitu aa duduk datah..kalu oghe tuo kito besa bos kito dok atah kosi..o..kalu gapo lagi hok-hok datah maknonyo..atah katil atah kusi atah kuddo..datah almari kito letok baghe-baghe beghego..jadi denge sebab Allah ta’ala ni ye lebih bghego ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.
5. MENGATAKAN ALLAH BERTEMPAT
– Ibnu Baz mengatakan bahawa Zat Allah ta’ala itu di atas ‘arasy. – Rujuk : Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11, tahun 1415H, m/s : 73-74 Makkah.
– Katanya Nik Abdul Aziz :
“..kalu oghe-oghe dudok atah kusi..tentulah tuhe ni tidok dudok atah kusi..atah lagi..nok kato datah lagi tak dok doh la..atah pohon kayu tok menasaboh sikit rabut..jadi hok atah skali gak langit..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.
6. SAMBUTAN MAULID NABI
– Ibnu Fauzan berkata : ”Orang jahil dari kalangan umat Islam dan ulama’-ulama’ mereka yang sesat merayakan maulidur-Rasul” – Rujuk : ‘al-Tauhid, m/s : 120, Riyadh Saudi
– Nik Abdul Aziz pula katanya :
“..akhir sekali org Islam berpikir..kalulah org Kristian buleh tutup pejabat..buleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa..eh..kami pun perlu jugok..buat perkara yang sama..untuk sambut Nabi Muhammad..” – Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul
7. MAHA SUCI ALLAH DARI PERGERAKAN
· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERSIFAT TURUN SECARA HISSI
– Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, mereka berkata : “Allah ta’ala turun dari penjuru atas ke bawah” – Rujuk : Syarh al-Tohawi, karangan Ibnu Abil Iz, m/s : 286
– Wahhabi berkata bahawa Allah bergerak. Mengikuti tanggapan mereka Allah berpindah dari pihak atas ke bawah dan dari bawah ke atas – Rujuk : Fatawa Aqidah, karangan Usaimin, m/s : 742
– Nik Abdul Aziz katanya :
“..Nabi sebut bahawo Allah ta’ala turun..turun ke langit dunia di male Nisfu Sya’ban untuk tugas mengampun doso..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya
– Kata Nik Abdul Aziz lagi :
“..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk di tempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya’ban..Aku turun turun turun.. hinggo sapa ke langit dunio..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya
8. SAMBUTAN MENGINGATI ISRA’ DAN MI’RAJ
– Wahhabi mengatakan haram menyambutnya sedangkan dalam masa yang sama menyambut perayaan secara kemuncak ketua mereka Muhamad bin Abdul Wahab selama seminggu – Rujuk : ‘al-Tauhid’, m/s : 120, karangan Ibnu Fauzan dan kitab ‘Bahs Usbu’ Sheik Muhamad bin Abdul Wahab
– Nik Aziz pula berkata :
“..hinggo bule rejab ye dikenali sbagai bule isra’ mikraj itupun kito tuka namo drpd bule isra’ mikraj kpd bulan semayang..” – Rujuk temuramah Nik Abdul Aziz dalam TV PAS.
PERSOALANNYA :
· Kenapa dalam banyak-banyak bulan, bulan Rejab juga yang dipilihnya untuk ditukarkan sambutan Isra’ dan Mi’raj kepada ‘Bulan Sembahyang’??
· Apakah motif Nik Abdul Aziz menukarkan ‘Bulan Isra’ dan Mi’raj kepada ‘Bulan Sembahyang’?? Adakah ada udang di sebalik mee??
· Adakah perkara yang tak kena kalau menyambut Isra’ dan Mi’raj?? Atau ada ‘fatwa’ dari mana-mana pihak??
· Sekiranya Nik Abdul Aziz tidak menggalakkan sambutan Maulidur-Rasul dengan alasan tidak ada kaitan di antara Nabi dengan umat Islam kerana belum dilantik menjadi Nabi dan mengatakan hanya “Nabi budak kampung” pada waktu itu, kenapa tidak meneruskan saja sambutan Isra’ dan Mi’raj?? Bukankah Isra’ dan Mi’raj ini berlaku semasa kenabian??
· Kenapa Nuzul Quran disambut manakala Isra’ dan Mi’raj dibuang dari Kalendar Kerajaan Negeri PAS?? Tidakkah kedua-dua peristiwa penting dalam sejarah umat Islam ini berlaku semasa kenabian??
· Bukankah Allah menyebut jelas tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj di dalam Quran? Sekiranya nama Isra’ dan Mi’raj tidak penting, kenapa dinamakan Surah al-Isra’ di dalam al-Quran? Kenapa Allah tak menamakan saja surah tersebut Surah al-Solat misalnya??
Sekiranya terdapat keraguan pada penulisan dalam blog ini, saudara-audari pembaca budimkan kenyataan yang menjadi isu sebagaimana yang dinyatakan setiap kali isu dibentangkan. HARAP BERSIKAP MATANG
Nik Abdul Aziz Mempercayai Allah Turun Dari Langit
PERSAMAAN AQIDAH NIK ABDUL AZIZ DAN IBNU TAIMIYAH
Berkata Nik Abdul Aziz :
“..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk ditempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya’ban..Aku turun turun turun..hinggo sapa ke langit dunio..”
Berkata Ibnu Taimiyah aL-Mujassim :
“..kemudian, sesungguhnya majoriti ahlus-Sunnah mengatakan : “ Bahawasanya Dia turun dan tidak sunyi daripadanya ‘Arasy” – Rujuk : al-Minhaj, jilid 1, m/s : 26, Dar Kotob Ilmiyah, Beirut Lebanon.
Lihatlah kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang mempunyai persamaan dengan aqidah Ibnu Taimiyah. Kenyataan sebegini jelas membawa kepada kekufuran dengan menisbahkan Allah Ta’ala turun dengan ZatNya. Maha Suci Allah Ta’ala daripada kekufuran ini. Na’uzubillahi min zalik..
VIDEO USTAZ NIK AZIZ FATWA TUHAN BERSILA LENDIK DI ATAS ARASY

VIDEO USTAZ NIK AZIZ FATWA NABI MUHAMMAD AWANG MAD ATAU BUDAK KAMPUNG,SAMA SEPERTI MUHAMMAD RAMAI2 ZAMAN SEKARANG.
baca lebih detail di sumber : http://www.facebook.com/notes/
ustaz moden : semoga kita dapat hindari dari akidah mujassamah yang meruntuhkan akidah ala wahabi ini.amin.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...