ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Sunday, 22 March 2015
SYARAT PELAKSANAAN HUDUD.
SYARAT PELAKSANAAN HUDUD.
Isu perbincangan pelaksanaan hudud dalam dunia Islam berlaku daripada dahulu lagi termasuk di negara kita Malaysia, ianya kembali menjadi perbincangan hangat di semua peringkat daripada tokoh politik di Dewan Rakyat hinggalah ke rakyat biasa di warung.
Positifnya perbincangan ini kerana ia menggambarkan masyarakat Islam mengambil berat tentang kewajipan dan perintah Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.
Sebenarnya, selama 13 kurun umat Islam menjadikan syariat Islam sebagai sumber dalam kehidupan mereka, sehinggalah penjajah masuk ke negara umat Islam menjajah mereka.
Antara perkara awal yang dilakukan oleh penjajah ketika itu ialah mengubah peraturan dan undang-undang Islam yang ada kepada undang-undang sekular.
Sejak itu, golongan reformis dan mujaddid ummah tidak pernah lupa untuk mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada sistem Islam yang asal antaranya pelaksanaan syariat Allah.
Almarhum Syeikh Mahmud Syaltut menulis sebuah buku Al-Islam Aqidah wa Syariah untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa aqidah dan syariah adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Ini kerana sebahagian orang menyangka pembahagian Islam itu kepada aqidah, ibadah, akhlak syariah dan sebagainya, sedangkan semuanya terletak di bawah ahkam syariah.
Pada hakikatnya, sekiranya kita mengambil dan memilih syariat Islam, pasti kita mengambil semuanya sekali, bukannya yang berkaitan dengan hukum jenayah sahaja yang merupakan antara ayat-ayat yang terakhir diturunkan dalam surah Al-Maidah dan surah An-Nur.
Prof Dr Yusof Al-Qaradawi dalam salah satu komentarnya tentang pelaksanaan hudud menyebut “Ayat yang menyentuh berkenaan dengan hudud sebanyak 10 ayat sahaja, tetapi kenapa kita memberi penekanan kepada ayat-ayat tersebut dan meninggalkan atau melupakan lebih 6,000 ayat yang lain?”
Faktor ini mungkin berlaku kerana sebahagian kita melihat bahawa pelaksanaan hukum hudud merupakan sejelas-jelas lambang kewujudan negara Islam dan khilafah Islamiyah.
Umat Islam melihat pelaksanaan hukum hudud sebagai cara yang nyata membezakan pelaksanaan undang-undang barat dengan undang undang Islam walaupun sistem kekeluargaan Islam, sistem zakat dan kewangan Islam yang lain sudah diamalkan.
Kenyataan di atas adalah benar, tetapi meyakini keadilan dan keindahan syariat Allah adalah satu perkara dan bila ianya patut dilaksanakan adalah satu perkara yang berbeza.
Dalam perundangan Islam, seorang hakim sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pencuri perlu memastikan bahawa yang tertuduh sudah mendapatkan segala haknya sebagai rakyat daripada pemerintah, samada dalam bentuk makan minum, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh dirinya dan keluarganya.
Maka jika berlaku jenayah, ia dilakukan oleh pencuri itu bukannya kerana faktor kesempitan hidup.
Khalifah Saidina Umar menangguhkan hukuman hudud daripada dilaksanakan pada tahun yang dinamakan tahun kemarau atau tahun kelaparan kerana negara ketika itu tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam memastikan rakyatnya mendapat cukup makan minum mereka.
Sesungguhnya pelaksanaan syariah Islam adalah dengan maqasid bukannya dengan hudud, hukuman pada kesalahan hanyalah sebagai jalan dan ianya bukan matlamat.
Dalam kita membicarakan isu hudud ini, perbincangan harus berarah kepada dua sudut:
1.Keyakinan bahawa undang-undang ini ialah untuk menghalang jenayah dan kejelekan dosa tersebut serta menghalang kesan buruk kepada manusia. Pasti sekali perundangan Islam tidak bertindak zalim kepada manusia.
2.Syariat Islam meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pelaksanaan hukum hudud tersebut sebagaimana juga syariat meletakkan keadaan dan suasana yang membolehkan pelaksanaan hukum tersebut ditangguh dahulu.
Sekiranya dua perkara di atas diabaikan, ianya bermaksud pelaksanaan hukum tersebut keluar daripada maqasid syariah.
Ini dapat kita fahami daripada sabda Rasulullah yang bermaksud, "Hindarilah atau jauhilah hukuman hudud dengan sebab ada syubhat atau kesamaran" (Hadis Riwayat Tirmizi).
Dalam semangat yang sama, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah menyebut, “Kesilapan kerana aku memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapan aku menjatuhkan hukuman”.
Rasulullah sendiri sebelum melaksanakan hukum hudud bagi pencuri baginda terlebih dulu melaksanakan Islam secara keseluruhnnya. Sebagai contoh dalam aspek sosio ekonomi kewajipan zakat.
Firman Allah:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk (Al-Baqarah ayat 43).
Justeru, antara konsep zakat ialah diambil harta daripada orang kaya dan dipulangkan kembali kepada orang miskin di kalangan mereka.
Dalam realiti hari ini ia boleh diterjemah dalam penegakkan keadilan sosio-ekonomi, iaitu diberi pekerjaan kepada penganggur, dibina kehidupan secara Islam.
Dalam keadaan ini barulah dijalankan hukum dan dilaksanakan hukum hudud.
Bagaimana hendak melaksanakan hudud dalam keadaan manusia tertekan yang tidak mempunyai pekerjaan atau hilang pekerjaan, manusia tertekan mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga, orang yang sakit tidak mempunyai keupayaan untuk membiayai perubatan mereka?
Masih wujud orang-orang miskin yang masih berteduh di bawah jambatan dan tiada rumah untuk mereka kembali.
Menjadi satu kewajipan ditegakkan keadilan sosial dan diberikan hak kepada mereka, maka selepas itu barulah boleh kita bicarakan soal pelaksanaan hudud, Allah mensyariatkan hudud bertujuan untuk menahan supaya dosa dan jenayah itu tidak berlaku dan menghapuskannya jika ianya sudah berlaku.
Pada suatu hari, tokoh tabien, Hasan Al-Basri mengajar di dalam masjid dan beliau terdengar riuh rendah yang berlaku di luar masjid, beliau bertanya anak-anak muridnya apa yang sudah berlaku, mereka menjawab ada pencuri di luar dan dianya sudah berjaya ditangkap.
Pencuri secara sembunyi menangkap pencuri secara terang-terangan.
Beliau memberi kiasan dan gambaran bahawa orang berkuasa mencuri duit secara sembunyi tidak ditangkap tetapi orang miskin dan rakyat biasa sahaja yang ditangkap dan dihukum.
Dr Tawfiq As-Syawi, pakar perundangan Islam dan penggerak Ikhwan Islam bersama Hassan Al-Banna berpendapat pelaksanaan hukum hudud dan hukum jenayah syariah jika dibuat sebelum diselesaikan terlebih dahulu sistem ekonomi dan keadilan sosial, akan memberi senjata baru kepada pemerintah untuk menzalimi rakyatnya.
Justeru, kita tidak mahu segera melaksanakan hudud kerana gesaan atau tekanan orang lain atau untuk menggambarkan kita lebih ke depan dalam perjuangan Islam, tetapi bersandarkan kepada maslahah dan tuntutan agama.
Mesti ada perancangan rapi daripada pelbagai sudut dan ada jaminan keadilan bahawa semua orang sama di hadapan undang-undang tanpa memilih pangkat, status dan kedudukan serta dilaksanakan pengajaran dan pendidikan Islam yang menyeluruh dalam masyarakat.
Bagaimana hendak melaksanakan hudud jika negara dan rakyat masih belum mengamalkan kesyumulan Islam, pendidikan dan kesedaran agama masih dipinggirkan dan hak asasi rakyat dinafikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan