Kesesatan Ahli PAS Ketika Hari Kematian Nik Aziz
By redzuan February 16, 2015 : 12:00 pm
Oleh rmf
Amat mengejutkan sama sekali, dan kita sendiri tidak terfikir sejauh ini mereka sanggup melakukannya, namun itu lah reality yang kita lihat bagaimana ketaksuban yang ditunjukkan oleh penyokong penykong PAS di media social.
Kematian tuan guru Nik Aziz Nik Mat seakan telah membuka semua yang tersembunyi dihati penyokong PAS selama ini,. Ketaksuban yang ditunjukkan melangkaui penikiran kita.
Sebelum ini , banjir telah melanda di negeri Kelantan dengan begitu teruk sekali, Namun dikalangan pengtaksub ada juga “karamah” nik aziz yang hendak mereka lontarkan untuk menunjukkan betapa “keramah”nya tuan guru mereka.
Ketaksuban pengikut PAS kepada Nik Aziz tidak dapat disembunyikan walau ketika mereka ditimpa musibah. Mereka seperti “Beriman” bahawa gambar Nik Aziz terpelihara dan “dijaga” daripada terkena lumpur. Tanda ia satu karamah yang ada pada orang tua bernama Nik Aziz.
Surau, masjid, mushaf2 Quran semua rosak kena lumpur tapi gambar Nik Aziz sekeping dalam frame tak kena (kononnya) penyokong Pas beriman adalah “karamah”
Setelah Nik Aziz menghembuskan nafasnya malam kelmarin , seluruh negara telah menerima berita tersebut dengan hati yang cukup tenang dan redha dengan ketentuan Allah. Tidak semua yang berfikiran sedemikian.
Sebagaimana berlakunya banjir , kali ini ketaksuban mereka telah tidak terjangkau akal fikiran kita. Berbagai cerita, penipuan dan pembohongan dilakukan di media social untuk “memuja” Allahyarham Nik Aziz.
Diantara perkara yang dilakukan ialah bagaiman mereka telah mengambarkan bahawa kumpulan awam mengiringi jenazah hingga ketanah perkuburan,
Mereka juga sanggup melakukan pengubasuaian atai “editing “ terhadap awan dan menukarnya menjadi kalimah Allah. Seterusnya ada juga yang membayangkan Allahyarhan saorang yang keramah dan jenazahnya berbau wangi sepanjang jalan.
Bukan itu sahaja , mereka mengatakan bahawa sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat akan terhindar dari siksaan kubur, tetapi sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri telah meninggal dunia pada hari Isnin.
Sewaktu di hospital terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa selepas satu jam arwah Tok Guru pulang kerumah,Maka Jururawat dan petugas telah membersihkan bilik berkenaan. Sebagaimana rutin harian semasa dibersihkan,telah berlaku perkara ajaib iaitu seluruh ruangan bilik berkenaan berbau bunga-bungaan dan harum kasturi.
Oleh yang demikian , jangan lah kerana ketaksuban yang terlampau dan menjadikan kita sebahagian dari mereka yang seakan telah mendewakan simati sehingga mengancam akidah kita sendiri. Kematian itu adalah benar dan semua orang akan merasainya.
Namun disebalik kematian itu jangan ada perbuatan perbuatan yang menyebabkan tergelincirnya aqidah kita sebagai orang islam. Berpada pada akan sesuatu itu adalah peringatan untuk diri kita.
No comments:
Post a Comment