ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Friday, 6 March 2015
PAS BUKAN PARTI ISLAM
PAS BUKAN PARTI ISLAM.
Perjuangan Yang Tidak Berlandaskan Aqidah Ahli Sunnah.
Selaku uamt Islam yang mengakui menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ), kita patut memahami dan mendalami dasar-dasar ilmu membetulkan diri sendiri, disampin dapat dijadikan panduan untuk menilai pengaruh penyebaran aqidah yang sesat dan yang menyeleweng.
Dengan itu kita tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan aqidah yang salah itu. Mazhab ASWJ ialah diantara salah satu mazahab yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. akan muncul pada akhir zaman dicelah-celah 73 mazhab dan ia sebagai mazhab yang sah dan diterima oleh Allah. untuk pengtahuan bahawa pegangan dan rujukan atau landasan Ahlussunnah Wal Jamaah ialah Al Quran, Al Hadis dan Qias, samada di bidang aqidah, ibadah, mu'ammalah, termasuk juga di bidang politik.
Dalam hal berpolitik, walau pun PAS dan para pemimpin mereka mendawa menganut mazhab ASWJ, tetapi dari segi lisanul hal ( amalan ), PAS sebenarnya dilihat lebih cenderung berfahaman Muktazilah dan Syiah dan kadang-kadang lantaran terlalu bersemangat, mereka sering terjebab dan terbawa-bawa cara fahaman Khawarij.
Buktinya bacalah kenyataan dibawah ini dan kaji pada realiti, sikap dan tindak tanduk para pengikut dan pemimpin Pas sendiri. Walau pun pada hakikatnya, apa yang terkandung didalam fikiran dan hati orang Pas kita tidak boleh ketahui, hanya Allah, tetapi apa yang menjadi penilaian kita ialah pada tindak tanduk zahir mereka. Nabi s.a.w. sendiri menilai keadaan zahir, hakikat didalam hati seseorang itu diserahkan kapada Allah.
Setakat ini apa yang dapat dilihat pada zahir di segi tindak tanduk, percakapan, dalam tulisan dan lain-lain, kita dapati sikap PAS yang suka mengkafirkan dan menghukum zalim dan munafiq terhadap sesama Islam secara yakin serta mengutuk mengejek, menghina mereka, Sikap demikian mengambarkan bahawa mereka menyerupai orang-orang Muktazilah, Syiah dan Khawarij.
PAS BUKAN PARTI ISLAM
Perjuangan Yang Tidak Berlandaskan Aqidah Ahli Sunnnah.
Sikap-sikap Muktazilah, Syi'ah dan Khawarij.
Di terangkan sifat dan sikap serta pembawaan mazhab-mazhab Muktazilah, Syi'ah dan Khawarij, sebagai pembndingan untuk membuktikan bahawa unsur-unsur tersebut diamalkan oleh PAS dan ia bukan cara Ahlussunnah Wal Jamaah, yang mana ASWJ diamalkan oleh majoriti umat Islam Malaysia serta ia telah menjadi pegangan asas Jabatan-Jabatan Agama Islam di negeri-negeri didalam Malaysia.
Diantara unsur-unsur dan ciri-ciri yang bukan ASWJ yang terdapat di dalam PAS ialah.
Cepat Menghukum kafir, dan syirik kapada orang yang melakukan dosa besar sedang ia masih mengakui Islam dan melakukan sembahyang, Sikap suka dan cepat menghukum kafir, sesat serta syirik keatas sesama Islam yang mengamalkan dosa ia cara Muktazilah dan Khawarij.
Mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita tidak boleh cepat menghukum kafir atau syirik kapada orang yang melakukan dosa, walaupun dosa besar, selagi ia masih mengakui beragama Islam dan melakukan sembahyang.
Suka Mengutuk orang lain dihadapan umum. Ini adalah cara Syiah. Sedangkan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, kalau seseorang Islam itu melakukan dosa, kita kena nasihat secara empat mata, bukan menegur dan mendedahkan aibnya secara terbuka dihadapan umum. Itu pun kalau telah menegurnya, kita kena beri masa beberapa ketika sahingga ia sedar dan membuat perubahan dengan sendirinya. Bukan memaksanya membuat perubahan.
Perjuangan Yang Tidak berlandasakan Aqidah Ahli Sunnah.
Sikap Muktazilah.
Mereka mudah mengutuk dan menghukum kafir, sesat dan syirik kapada orang Islam yang melakukan dosa beser.
Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mensifatkan, orang Islam yang melakukan dosa besar belum jadi kafir dan kita tidak boleh menghukumnya seabagai kafir selagi ia mengucap syahadah, mengakui dirinya Islam dan melakukan sambahyang.
Pendirian ASWJ terhadap orang Islam yang melakukan dosa besar pula ialah kalau imannya masih ada, ia tidak kekal didalam neraka, akhirnya ia dimasukkan ke surga. Oleh sebab itu pendirian ASWJ tidak akan menghukum kafir atau sesat terhadap orang yang terkenal sebagai orang Islam dan ia mengakui pula sebagai orang Islam.
Tetapi bagi PAS, siapa sahaja menyokong BN dihukum sebagai kafir dan sembelihannya tidak boleh dimakan serta tidak boleh menyembayangkan jenazahnya. Sikap ini menunjukkan bahawa mereka berpendirian seperti pendirian golongan bermazhab Wahabi dan Muktazilah. Siapa yang cepat menghukum kafir keatas orang yang membuat maksiat, tandanya ia berpegang dengan mazhab Muktazilah.
Kerana pendirian ASWJ tidak akan segera menghukum seseorang itu kafir, jika maksiat yang dilakukan itu diyakininya sebagai satu yang dilarang, tetapi ia melakukannya kerana tidak dapat mengawal hawa nafsu. Pekara itu dijelaskan oleh Al Qurtubi, seorang ulama ASWJ dengan memetik kenyataan dari Ibnu Mas'ud dan Al Hasan. Kata Al Qurtubi, menurut Ibnu Mas'ud dan Al Hasan, bahawa "Ayat 44 surah Maidah, iaitu; Siapaa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH ( Al Quran), maka mereka itu adalah orang yang kafir.' Ayat ini maksudnya umum, iaitu dimaksudkan kapada semua orang yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH, samada dikalangan orang Muslim, Yahudi atau puak kuffa.
Adapun orang Isalm yang mempercayai dan menyakini akan kewajipannya selaku seorang Islam, tapi ia tidak melaksanakan yang diperantah itu, sebaliknya ia melakukan pekara yang dilarang (haram), sedang ia sedar bahawa pekara itu haram, maka tergolonglah ia sebagai orang muslim yang fasiq ('asi) dan bukan kafir. Maka urusannya dikembalikan ( terserah ) kapada ALLAH, samada di akhirat nanti ia diazab atau diampuni dosanya".
bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment