'Fatwa' Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melabelkan pengundi-pengundi DUN Tenang yang tidak mengundi PAS dan mengundi BN dianggap sebagai jahiliah!
Nik Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."
Siapakah Nik Aziz yang boleh membuat fatwa sedemikian? Beliau bukan sekadar ‘Tok Guru’ yang kurang ilmu, tetapi juga seorang ahli PAS yang disimpulkan sebagai penyeleweng. Tidak ada ayat-ayat al-Quran yang menyatakan sedemikian, kecuali dikarang sendiri PAS bagi mengelirukan rakyat.
Terdesaknya PAS apabila mengetahui calonnya, Normala Samsudin bukan sahaja kehilangan intergriti sebagai calon pilihan raya bahkan dipercayai akan mengalami kekalahan teruk memandangkan reputasi PAS di Tenang semakin menurun. Desakan ini menyebabkan PAS tiada pilihan lain kecuali mengeluarkan fatwa bagi mendapatkan kembali sokongan pengundi walaupun PAS tahu perbuatan itu ‘mahal’ harganya yang akan dibayar PAS khususnya menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Jika sebelum ini Nik Aziz mendakwa undi BN membawa ke neraka, kali ini dakwaannya undi BN membawa jahilliah.
Apakah pula pandangan Nik Aziz sekiranya pengundi atau ahli PAS mengundi dan menyokong calon DAP dan PKR? Apakah itu akan masuk syurga!
Mengikut kenyataan terbaru, DAP Sarawak dalam resolusinya menolak sekeras-kerasnya pembentukan Malaysia sebagai negara Islam. DAP tidak akan menyokong negara Islam dan tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Sebaliknya, mereka tetap dengan pendirian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara liberal bertunjangkan Malaysian Malaysia.
Pengundi-pengundi DUN Tenang perlu bersikap rasional dalam hal ini. Dalam tempoh berkempen, PAS dan Pakatan Pembangkang bukan sahaja menabur pelbagai janji bahkan menabur fitnah pelbagai macam fitnah. Apakah parti sebegini yang menjadi pilihan pengundi DUN Tenang? Sebaliknya, BN menerusi calonnya Mohd Azahar Ibrahim yang sebelum ini banyak diserang secara peribadi tetap meneruskan agendanya dengan mememui pengundi, memahami masalah rakyat dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang mengalami masalah banjir. Karektar inilah yang dicari sebagai pemimpin.
No comments:
Post a Comment