ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.
AHMAD BAHAROM CREATION.
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"
Lawati page dan group ABC di Facebook.
1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/
Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.
BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah
1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun
Tuesday, 17 March 2015
CARA MENANGANI AJARAN SESAT.
Ajaran Sesat dan Cara Memeranginya
Pendahuluan
Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Di Malaysia, ajaran sesat bukanlah suatu perkara yang baru. Bahkan dipercayai telah mula berakar sejak abad ke-19[1] melalui Ajaran Taslim oleh Mohammad Shafie di Kampung Seronok, Seberang Perai, Pulau Pinang. Di Selangor, ajaran sesat pertama ialah Ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang bertapak di Jeram pada 1930-an.
Kebelakangan ini nama-nama ajaran sesat seperti Ayah Pin, Haji Kahar Rasul Melayu, Islam Jamaah dan ajaran Qadiani banyak menghiasi berita-berita berkenaan ajaran sesat. Secara pandangan mata kasarnya, masyarakat yang tidak terlibat dengan ajaran-ajaran sesat ini pasti pernah terfikir betapa tidak logiknya amalan-amalan yang dilakukan oleh ajaran-ajaran sesat ini.
Sebagai kajian kes, ajaran Haji Kahar Rasul Melayu yang bermula di Kg Kemensah, Ulu Klang, Selangor ini menonjolkan Haji Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai seorang rasul Umat Melayu. Antara ajaran[2] ´menarik´ dan ´pelik´ yang ditawarkan oleh ´Rasul Umat Melayu´ ini ialah berkenaan Surah Yaasin merupakan kitab suci yang diturunkan kepadanya dan solat lima waktu tidak wajib kerana ´Rasul Umat Melayu´ mendakwa tidak ada sebarang dalil daripada kitab suci Al-Quran berhubung kewajipan menunaikan solat.
Selain itu mengikut Imam Surau Kg Kemensah, Ustaz Zawawi, ‘Rasul Umat Melayu’ ini juga mendakwa bahawa meminum arak dapat menerangkan hati di samping boleh dibuat berwudhu’. Manakala Ketua Kg Kemensah[3], Mohd Razali Bulat yang mengakui mengenali Haji Kahar ini sejak kecil dan merupakan rakan sekampungnya menjelaskan bahawa ada suatu tarikan pada Haji Kahar ini yang menyebabkan ajarannya boleh berkembang dan mempunyai pengikut.
Antara yang disebut adalah bagaimana pertuturan Haji Kahar ini yang baik dan langsung tidak menyakiti hati orang lain dalam konteks pergaulan harian beliau bersama masyarakat. Perkara ini turut diakui oleh Aziz Wahab selaku Setiausaha JKKK Kg Kemensah di samping menyatakan bahawa gelaran Rasul Melayu itu pada asalnya bukan datang daripada mulut Haji Kahar sendiri, akan tetapi berkemungkinan besar dijaja oleh pengikut-pengikutnya.
Akhirnya beliau sendiri mengisytiharkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Rasul Umat Melayu, kerana dakwanya Nabi Muhammad saw adalah Rasul untuk orang Arab. Dan selepas tiga tahun[4] mengelak daripada dibicarakan atas beberapa pertuduhan, akhirnya beliau berjaya diberkas pada 16 September 2009 di sebuah kediaman di Sungai Long, Kajang dan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Faktor-faktor Mendorong Pengembangan Ajaran Sesat
Beberapa faktor[5] dikenalpasti sebagai antara punca yang mendorong seseorang individu itu terlibat dengan kumpulan ajaran sesat.
Jahil ilmu agama
Akidah rapuh
Lemah spiritual
Mudah terpengaruh
Teruja dengan ilmu kerohanian
Mengambil jalan mudah
Penguatkuasaan yang lemah
Tidak prihatin
Pengaruh luar
Ajaran Sesat yang lebih bahaya
Selama ini ajaran sesat yang lebih MENDAPAT perhatian pihak berkuasa agama dan pendedahan media adalah ajaran sesat dalam bentuk amalan seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian pendahuluan.
Namun begitu dewasa ini, perkembangan ajaran sesat menjadi semakin maju. Ajaran sesat tidak lagi tertumpu kepada ajaran dalam bentuk amalan yang secara akal waras dapat menilai betapa tidak masuk akal ajaran tersebut dengan Islam. Tetapi kini ajaran sesat telah berkembang kepada ajaran dalam bentuk pemikiran.
Nyatanya ajaran berbentuk pemikiran adalah lebih berbahaya[6] kerana pada dasarnya ia mengamalkan ajaran Islam tetapi sebenarnya menanamkan pemikiran yang mengeliru dan menyelewengkan. Antara yang menjadi ancaman adalah pemikiran Islam Liberal dan Pluralismen Agama di samping faham-faham sekularisme, sosialisme, kapitalisme dan aliran pemikiran yang sebenarnya menyesatkan umat Islam.
Islam Liberal[7] adalah satu bentuk pemikiran jahiliyah baru moden yang dianuti cerdik pandai Muslim khususnya yang berlatar belakang pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama gagasan para ulama. Pemikiran yang berasal dari ideologi Sekular-Liberal yang berasal dari Barat bertujuan untuk menimbulkan keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam.
Perkembangan ajaran Islam Liberal di nusantara khususnya di Indonesia telah berkembang dengan pesat sekali dengan jenama Jaringan Islam Liberal (JIL). Nama-nama tokoh[8] mereka seperti Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar-Abdalla dan Ahmad Sahal. Dan bagi mewajarkan pemikiran mereka ini, golongan ini menyatakan bahawa kehadiran mereka adalah bagi melawan fahaman Islam Militan dan faham ‘jihad’ sebagai pengesah serangan terhadap ajaran agama lain.
Golongan Islam Liberal ini dalam kerangka mengkritik sistem pemerintahan dan politik dalam Islam melalui karya seorang ulama Al-Azhar yang telah ditarik balik status Azharnya, Islam wa usul al-hukm, Ali Abdul Raziq. Dalam cubaan beliau untuk mencabar[9] pemikiran tentang kedudukan khilafah dan kerajaan dalam Islam, beliau menyatakan, “Risalah Muhammad- risalah bukan pemerintahan, agama bukan Negara, Muhammad adalah seorang rasul bukan raja. Al-Quran menafikan Muhammad adalah pemerintah, sunnah turut menafikan, sifat asasi Islam turut menafikannya”
Sementara Pluralisme Agama[10] pula menaja fahaman bahawa semua agama adalah sama tujuannya, yang berbeza adalah cara atau jalan menuju Tuhan. Dengan menggunakan firman Allah berikut untuk menyokong fahaman ini:-
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنقِمُونَ مِنَّا إِلاَّ أَنْ آمَنَّا بِاللّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
“Katakanlah: "Hai Ahli kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik?"(Al-Maidah:59)
Akan tetapi banyak lagi ayat-ayat lain yang menjelaskan kebenaran Islam dan sekaligus menolak fahaman pluralisme agama ini:-
إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ
“Sesungguhnya agama (yang diridai) di sisi Allah hanyalah Islam”(Ali Imran:19)
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”(Ali Imran:85)
Selain itu fahaman sekularisme yang umpama duri dalam daging di kalangan masyarakat Islam sudah menjadi sebati dalam kehidupan seharian. Ajaran memisahkan agama Islam dalam aspek kehidupan serta menjuzu’kan Islam kepada segmen-segmen kehidupan tertentu yang dirasakan sesuai dengan citarasa semasa.
Islam hanya diambil dan digunakan pada sisi-sisi yang memberi keuntungan. Justeru timbul fahaman bahawa Islam dan politik adalah perkara yang berasingan, politik tidak boleh dibawa di dalam masjid serta kemuncak sesat fahaman ini adalah berkenaan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi atau “hakimiyyah Ilahiyyah”[11] yang sepatutnya merupakan hak mutlak Allah dinafikan.
Pemuka-pemuka politik dan penguasa sentiasa merasakan bahawa sekali mereka berkuasa, kekuasaan itu tertakluk kepada mereka tanpa menyedari bahawa[12] hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dia-lah satu-satunya Pencipta:-
إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِلّهِ
“Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah”(Al-An’am:57)
Cara Memerangi Ajaran Sesat
Setelah dikenalpasti jenis-jenis ajaran sesat dan juga beberapa faktor yang mendorong pengembangannya, perlu dibincangkan kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi terus berkembangnya ajaran-ajaran sesat.
Meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam: tidak kira sama ada ajaran sesat berbentuk amalan mahupun pemikiran, kefahaman seseorang Muslim terhadap pegangan agamanya perlu diperteguh. Soal aqidah khususnya perlu dipelajari di samping disiplin ilmu yang lain juga perlu diperkemas.
Di sinilah masjid dan surau khususnya yang lebih dekat dengan masyarakat memainkan peranannya secara berkesan. Kuliah-kuliah pengajian dengan topik-topik pengajian yang menarik di samping tenaga pengajar yang berupaya menarik minat mengaji di kalangan masyarakat perlu diperhebatkan.
Masjid dan surau bukan sekadar tempat untuk solat berjemaah, membaca Yaasin dan tahlil mahupun acara-acara ritual semata-mata, tetapi masjid dan surau adalah pusat perkembangan ilmu dan menangkis pemikiran-pemikiran yang menyesatkan ummat.
Dengan imarahnya masjid dan surau dengan kelas pengajian, pasti ajaran-ajaran sesat yang pelik-pelik tidak MENDAPAT tempat di hati masyarakat yang dahagakan ilmu untuk mendalami ajaran Islam.
Membaiki sistem penguatkuasaan: banyak komen dibuat terhadap sistem penguatkuasaan pihak berkuasa agama dalam membanteras ajaran sesat. Antaranya menyatakan hukuman yang terlalu ringan[13] berbanding zaman Khulafa’ Rasyidin yang sudah mengenakan hukuman bunuh terhadap ajaran sesat ataupun yang mengaku sebagai nabi.
Hukuman dan denda seperti dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 mahupun ‘penalti 356’ yang digelar dari Akta 559 boleh dikatakan ‘gagal’ membendung secara tuntas gejala ajaran sesat ini.
Sistem pemulihan pihak-pihak yang pernah terlibat dengan mana-mana ajaran sesat juga perlu dikaji dan diperbaiki mengikut peredaran masa kerana dinamika ajaran sesat juga sentiasa berubah mengikut zaman yang mana penyelidikan harus diberikan kepada ajaran sesat dalam bentuk pemikiran kerana ia lebih kompleks dan mencabar untuk diatasi.
tauliah yang lebih relevan: pengimbangan antara pentauliahan dengan membanteras penyebaran ajaran sesat perlu diteliti. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa sesi temuduga untuk mendapatkan tauliah mengajar di sesebuah negeri bukan untuk menilai kredibiliti dan tahap keilmuan seseorang pendakwah. Tetapi yang menjadi pokok persoalan adalah untuk mengetahui kecenderungan pendakwah ini terhadap aliran pendekatan “Wahabi” ataupun sebaliknya.
Manakah lebih utama, tahap keilmuan seseorang itu sama ada sudah memperolehi kelulusan di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun kedoktoran ataupun memperolehi tauliah untuk menyampaikan Islam? Jika pentauliahan itu lebih penting, nescaya sekian ramai lulusan bidang agama di Negara ini akan tersekat daripada menyampaikan Islam dan sekaligus membuka ruang kepada pengembangan ajaran sesat akibat keperluan aktiviti dakwah yang tidak dapat diisi oleh pendakwah-pendakwah yang ditauliahkan.
Pun begitu untuk mengetepikan terus pentauliahan ini juga tidak boleh dilaksanakan bagi mengelakkan pengembangan ajaran-ajaran sesat oleh individu yang tidak mempunyai autoriti dan kefaqihan dalam bidang agama menyebarkan ajaran yang dirasakannya benar.
Justeru satu sistem pentauliahan yang lebih relevan perlu dicadangkan. Sistem yang dapat mengimbangi antara keperluan mengisi aktiviti dakwah yang sah dan benar serta bagi mengelakkan berkembangnya ajaran sesat akibat tiadanya satu sistem ‘pelesenan’ kepada pihak yang ingin menyampaikan Islam. Dan juga sistem yang jauh daripada prejudis terhadap aliran pemikiran yang berbeza dan juga keterbukaan dalam menerima perbezaan pandangan dan pendapat dalam Islam.
Mungkin saranan dan tuntutan[14] daripada Kumpulan Intelektual Muslim Muda khusus berkenaan sistem tauliah ini wajar diambil sebagai usaha untuk mengembangkan Islam di samping membuktikan keterbukaan Islam.
Penutup
Ajaran sesat bukanlah suatu perkara yang boleh diselesaikan dalam sehari semalam. Bahkan dinamika ajaran sesat yang muncul mengikut peredaran zaman memerlukan cendekiawan Islam dan ulama yang juga lebih dinamik dan mampu serta lebih berani mematahkan sebarang bentuk ajaran sesat sama ada dari segi amalan mahupun pemikiran secara lebih terbuka, adil dan akademik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
ReplyDeletebekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
Boleh saya tahu, tulisan ini diambil dari mana ya? Dalam buku 'memerangi ajaran sesat' atau buku yang lain?
ReplyDelete